7

191 27 0
                                    

"ha.. ha.. "

Aku memegang kedua-dua lutut. Pedang di tangan yang telah di cemari darah-darah kotor aku campak ketepi.

Aku sudah tidak selamat lagi di sini. Mereka mula memburu aku. Aku terdiam sesaat.

Aku.. tidak selamat di empayar sendiri?

"Pft.."

"Ha.. HAHAHAHAHA " aku ketawa seperti orang hilang akal.

Helaian rambut yang menutup wajah ini aku raup ke belakang. Aku sudah mengotorkan tangan sendiri. Berpuluh-puluh askar aku telah bunuh.

Namun aku masih tidak mampu membunuh adik tiri sendiri. Entah kenapa aku rasakan berat hati untuk membunuh lelaki yang sepatutnya aku anggap adik itu.

Pedang di tanah aku capai kembali. Perlahan-lahan kaki ini melangkah ke rumah kayu tidak jauh di hadapan.

Aku mengerut dahi.

Kenapa pintu tidak berkunci?

Setahu aku ayah tidak bawa kunci pintu ini sejak kelmarin. Dan.. cuma aku dah ayah sahaja yang ada kunci pintu rumah kayu ini.

Pak!

Aku tersentak apabila bunyi buku yang jatuh kedengaran. Pedang aku angkat bersedia. Laju pintu ini aku tendang.

Aku menghunus pedang pada seorang manusia yang sedang menunduk ingin mengutip buku tebal itu kembali.

Wajahnya tidak kelihatan di sebalik hud hitam yang dipakainya. Dia perlahan-lahan bangun.

"Siapa kau? " Aku menolak tudung hud yang menutup separuh wajahnya dengan hujung mata pedang.

Dia menatap aku.

Lelaki ni bisu ke?

"Kau pekak ke? "

Dia mengeluh. Buku di tangan di letak atas meja. Kedua-dua tangannya di angkat. "Manusia"

Aku merengus geram.

"Apa kau buat dekat tempat ayah aku?! " Aku menyoal bengang.

Dia tersentak. Sesaat kemudian dia ketawa kecil. Hujung pedang yang aku halakan pada wajahnya di sentuh lalu di tolak kebawah.

"Sejak bila Jeneral Yazid ada anak? "

Aku terdiam.

"Perlu ke kau tahu? "

"Aku tak nak tahu pun "

Aku mendesis geram. Kenapa lelaki ni biadap sangat.

"Kau..tak kenal ke aku siapa?!! " Aku menempik kuat. Penuh dengan rasa geram.

"Kenal "

"Then why did you talk with me with that attitude man? "

"Cause you're not a princess for me"

Aku tergamam. Air mata mula bertakung.

"Sekejap. Aku salah cakap ke? " Dia terkedu melihat aku yang sudah terdiam ini.

"Ahh. maksud aku.. yes, you're a princess but not in my reign dear "

Aku mengerut dahi.

"Apa kau merapu ni? "

Dia menghela nafas. Lelaki itu menapak ke belakang dan duduk menyilang kaki atas meja.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now