25

73 13 8
                                    

Peringatan: cerita ni tiada unsur feminism













Aku tahu, Warner sedang merenung sekujur tubuh aku saat ini. Pandangannya itu membuatkan tubuh aku menggeletar seriau.

Keinginan untuk mencucuk-cucuk biji matanya semakin membara. Nafas berat aku hela.

Aku perlu naik ke kapal tidak kira apa jua keadaan, sama ada kalah atau menang.

Dan semestinya untuk menang, aku mesti membunuh Warner!

Aku lihat Warner menepuk debu pasir yang melekat di tapak tangannya. Kedua-dua tangannya menyeluk poket dan dua pisau sabit di tariknya keluar.

Klang!

Bunyi sabit bersatu menyakitkan telinga aku. Dia mengasah sabit-sabitnya berulang kali.

"You are impressive, little woman "

Aku mengetatkan wajah.  Tidak suka jika orang mentafsir perasaan aku berdasarkan riak wajah ini.

Biar aku sahaja yang tahu apa yang aku rasa saat ini.

"And it makes me want to rip you apart " senyuman ngerinya terbit lebar. Aku mengerut dahi. Sukar untuk aku fahami bicaranya.

ZASS! Aku tersentak. Deru angin kedengaran kuat apabila dia melepasi aku.

Sekujur tubuh aku statik kaku.

Adrenalina aku tiba-tiba menjadi semakin laju. Aku menunduk melihat titisan merah jatuh membasahi tanah.

Ini—

Ini darah aku..

Laju tangan kiri aku melekap pada lengan kanan. Basah.

Dan pedih.

Mata aku terangkat melihat dia yang menikam pandangan mata aku sambil lidahnya menjilat darah di bilah sabit.

Warner..

Dia—

:
:
:

Dia meniru cara aku berlawan!

Aku masih terkesima dengan kelajuannya yang hampir sama dengan aku.

"Aysun! "

"Stay focus! "

Aku tersentak mendengar suara Hud memanggil aku. Aku menarik nafas dalam. Perlahan-lahan tangan aku pada lengan di jatuhkan ke sisi.

Warner ketawa.

"Hebat macam mana pun kau berlawan. Perempuan  memang manusia lemah. You're not in the same level like us, men. Go back home mere woman. Don't act tough! " Dia meludah sisa mukusnya ke tanah.

"After all, women are made to be slaves that can entertain and satisfy us HAHAHAHA" tawaannya kini di ikuti tawaan penonton di sekeliling.

Tawaan mereka mengguris hati aku.

Sial.

Hujung bibir aku terangkat sinis sebelum tawa aku pula yang meletus. Aku ketawa kuat dan lagi kuat daripada mereka sehingga mereka diam terkesima.

Biar mereka tahu;

Aku juga boleh ketawa keji.






Perlahan-lahan tawa aku hilang.

Kain perca di poket aku keluarkan "Warner Agnez, aku rasa kau perlu tahu sesuatu juga".

" I'm doing this to go home"  kain perca yang terbuka gulungannya ini aku balut laju pada lengan kiri aku yang berjaya di torehnya.

AYSUN: The Unbendजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें