3

210 25 2
                                    



Tangisan bayi kini sekali lagi kedengaran menandakan bahawa sang putera telah berjaya di lahirkan.

Di sebalik bukaan pintu yang sedikit, ada Permaisuri Mawaddah yang sedang mengintai keadaan di dalam bilik dari luar. Sepasang matanya memandang wajah Raja Tahir yang semestinya sedang tersenyum lebar.

Sesaat kemudian matanya beralih memandang bayi di dalam dukungan lelaki itu. Bayi itu di pandang silih berganti dengan Nusaybah di dalam dukungannya.

Matanya membayang andai yang di dukung adalah bayinya dan yang sedang bersandar di katil itu adalah dirinya. Hampa. Dia bukan kecewa dengan anugerah tuhan ini.

Dia cuma terkilan.

Dengan hati yang berat dan sayu, permaisuri Mawaddah melangkah membawa diri pergi bersama bayinya.

***

"Selamat hari jadi, Putera Razeen! "

"Selamat ulangtahun kelahiran yang ke enam tahun Putera Mahkota Razeen! "

"Semoga di rahmati Allah "

Kek besar yang megah kelihatan itu di potong sekali hiris oleh seorang kanak lelaki. Rambut hitam pekatnya di usap lembut lelaki berusia di sebelahnya. Jelas terukir senyum lebarnya memandang kerumunan kerabat-kerabat diraja yang sedang menepuk-nepuk tangan buatnya.

"Terima kasih ayah ibu, Razeen sayang ayah ibu " Putera Razeen memeluk Permaisuri Juliana dan Raja Tahir.

"Sama-sama Razeen ibu "

Di sebalik kerumunan ramai. Seorang gadis kecil memandang keluarga bahagia di atas pentas istana itu dengan pandangan cemburu. Pintu kayu dewan istana itu di genggamannya kuat.

8 tahun dia hidup.

Dan selama 8 tahun itu, langsung tidak pernah ada majlis sebegini buat dirinya.

Dia Kemam bibir.

Dia juga mahu potong kek bersama ayah dan ibunya seperti kanak lelaki itu. Tapi di saat hari kelahirannya, satu istana sepi. Hanya ibunya sahaja yang bersungguh-sungguh menyambut hari bahagianya.

Putera Razeen memandang sekeliling sebelum mata birunya terhenti pada gadis yang juga menatapnya.

Perlahan-lahan senyuman sinis terukir pada wajah putera kecil itu. Menandakan kemenangan sentiasa berpihak pada dirinya.

Wajah sinis itu di tatap kembali dengan pandangan tajam si gadis. Tangannya di genggam kuat. Gigi gerahamnya di ketap kuat.

"Nusaybah buat apa dekat sini? "

Wajahnya mengendur kembali. Laju gadis itu berpaling.

"Ibu? "

"Jom, ibu ada beli buku-buku yang Nusa suka. Berdiri depan pintu macam ni sekali pun, mereka tak akan undang kita Nusa "

Nusaybah perlahan-lahan mengangguk. Tangannya yang menggenggam pintu dewan istana itu perlahan-lahan di turunkan. Permaisuri Mawaddah menghulur tangan lalu di sambut si gadis.

Dalam beberapa langkah, Nusaybah menoleh kembali memandang isi dewan yang masih meriah itu.

Dalam hatinya, dia tertanya-tanya. Apakah ibunya tidak ada rasa cemburu dengan permaisuri Juliana seperti mana rasa cemburunya terhadap Putera Razeen?

Dia kembali berpaling, meneruskan langkahnya.

***

Sepasang mata hijau emeraldnya semakin berkilauan dan bersinar saat melihat susunan buku-buku baru yang menghiasi rak bukunya. Nusaybah tersenyum lebar.

AYSUN: The Unbendजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें