37

80 9 8
                                    



"Berdiri depan aku, Ren "

"Hah? "

Aku tak buang masa menjawab. Laju aku tarik lengannya sehingga dia tertolak ke hadapan. Aku menapak berdiri di belakang Ren. Temangu-mangu Ren si buatnya.

Sipi-sipi mata aku cuba melihat Hud. Aku masih tak ada kekuatan untuk melihat wajahnya. Tapi aku sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah tatapannya pada aku saat ini. Adakah tatapannya sama seperti semalam ataupun tatapan redup yang sering aku lihat sebelum ini.

Entah. Aku tidak tahu.

Memang salah aku. Aku yang terlalu sibuk mencari sesuatu yang aku tidak perlu tahu. Tapi— bagi aku.. perkara itu masih ada kaitannya dengan aku. Aku mengeluh. Celaka.

"Alara "

Alara di sisi aku mendongak wajah. "Hm? ".

"Do you want to be with me or Hud? "

'Both'

Aku ketawa. "Obviously you can, but— nevermind ". Aku menggaru sisi dahi.

Tak apalah. Memandangkan semalam dia dengan Hud, mungkin hari ini dia mahu bersama aku pula.

"Kapal dah siap di baiki " Tuan Bard memulas tombol pintu.

BANG!

"SIR BARD!! "

Aku tersentak. Drastik aku mendukung Alara. Mata aku melihat Tuan Bard yang jatuh terduduk sambil tangannya memegang luka di perutnya.

"Take her out from this house " belum sempat aku mengeluarkan pedang, Larry sudah menghalang aku.

"What about all of—"

"It's okay, we take it from here " Kaizen mencelah.

Sempat mata aku mengerling ke arah Hud. Tak lama. Aku terus dukung Alara di bahu. Damn this!

Aku terus berlari keluar dari rumah sewa ini melalui tingkap di bahagian belakang. Tubuh Alara yang menggeletar aku tepuk-tepuk perlahan.

Mata aku mengerling belakang. Melihat rumah sewa itu kini di kepung askar-askar dan lanun.

Aku tergamam.

Ini seragam askar Ziggurat.

BOOM!—

Larian aku terhenti. Nafas aku tersekat melihat rumah sewa itu meletup sepenuhnya.

"No.. no—way.. ".

Aku kaku. Tidak sedar di hadapan ada yang sedang mengejar aku. Alara yang aku turunkan sebentar tadi menarik-narik tangan aku. Memaksa aku untuk meneruskan larian.

Silih berganti aku memandang Alara dan rumah sewa itu.

Aku buntu. "Ergh... Jahanam! " Pantas aku menoleh kembali. Tangan Alara aku genggam kuat. Aku tarik dia untuk terus berlari lebih laju.

"Run to the horse"

Sebaik tiba di hadapan kuda hitam ini, aku angkat dia naik ke atas lalu aku panjat laju kuda. Cemeti aku tarik, memaksa kuda hitam ini untuk berlari. Sempat aku kerling ke belakang melihat kuda-kuda askar Ziggurat mengejar aku.

Air mata yang mengalir aku seka kasar.

I failed again.


***

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now