10

175 24 11
                                    


"selamat pulang Hud Pasha " dia membongkok badan. Pasti lelaki ini pengawal istana.

Mr. Capricous di sebelah aku ini hanya tersenyum nipis lalu melangkah laju. Terkial-kial aku mengejar langkahnya.

Mentang mentang lah kaki dia panjang!

"I know you won't answer this. But i'm really curious about who are you"

"Stay curious then "

Aku mendengus.

Aku memandang sekeliling. Senibina istana ini teramatlah unik. Bumbungnya tinggi di hiasi mahligai-mahligai indah. Dindingnya terukir dengan flora fauna serta beberapa ukiran tradisi Ziggurat.  Tidak banyak binaan emas seperti di istana Al-Andalus. Namun auranya terasa megah.

"Kau suka seni bina istana ni Aysun? "

"Hmmm suka "

"This castle used to be a royal church "

Aku mengangguk. "I've read bout it before ". Aku tersenyum melihatnya. Jemari ini gatal menyentuh dinding berukir di sebelah kiri aku.

"Kenapa nama gereja dia royal Churchill? " Aku menyoalnya kembali.

"Sebab dulu gereja ni cuma bangsawan sahaja yang boleh masuk. Sedangkan paderi dan sisters semuanya datang dari golongan bangsawan "

"Macam mana gereja agung ni tiba-tiba boleh jadi istana? " Aku masih tidak mampu berhenti menyoal Mr. Capricous. Sebolehnya aku mahu terus bertanya sehingga pagi esok.

"Ziggurat's janissary spread their wings to this land and making their own empire "

"You mean their soldiers right? " Aku mengerlingnya sesaat.

Dia mengangguk.

"How about your homeland princessa? Tak nak cerita dekat aku macam mana susur-galur takhta keturunan Ar-Razi? " Dia menjungkit kening sebelah. Matanya menjeling aku yang berjalan di sebelahnya sekilas lalu.

Aku menghela nafas.

"Sultan Tahir tak bagi aku belajar susur galur takhta Al-Andalus. I wanted to learn it so bad, but he burned my books " aku mengeluh dalam bicara ini.

"Kau tak nampak lagi ke Aysun? "

"Nampak apa? "

"He tried to hide something from you"

"Sistem hierarki Al-Andalus " sambungnya lagi.

"Sultan Tahir takut kau akan mula bertindak kalau kau dah tahu rahsia dia "

Aku mengerut dahi. Bibir aku tersenyum sinis. "Macam mana kau boleh tahu lebih daripada aku ni? " Aku pandang dia lama. Emosi pula aku apabila lelaki Ziggurat ini lebih berpengetahuan daripada aku.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now