19

150 21 2
                                    


BAM!

"AH MERAPU! "

"DIA ORANG YANG LEMAH! SEBAB TU MAMPUS AWAL! "
Tajam matanya mencerlung lelaki muda itu.

"Aku sendiri akan bunuh mereka"

"Kalau nak harap kau orang, buang masa! "

Amarahnya menggelodak. Berani-berani dua orang penceroboh kawasan hutan miliknya membunuh anak-anak buahnya.

Otaknya ligat memikirkan cara untuk memerangkap mereka. Jari jemarinya bercantum. Senyuman ngeri terukir perlahan-lahan.

"Culik penduduk kampung bawa ke sini"

"Pastikan kau culik keluarga yang ada anak perempuan kecil "

"Biar aku kerat-kerat badan budak perempuan tu depan mereka. Aku tak sabar nak tengok apa reaksi orang yang mencabar kesabaran aku! Tunjuk belang sangat kan! "

"B.. baik"

Senyuman ngerinya melebar. Dia mula berfantasi kejam. Dia mahu menyeksa mereka sehingga mereka meronta-ronta meminta belas kasihan dari dirinya. Tiada siapa yang boleh melawan dia!

×××

Aku mengeluh perlahan. Sudah berapa hari berlalu tapi aku dan lelaki Ziggurat ini masih tidak keluar dari hutan tebal. Hutan ini terlalu luas!

Aku tak mahu berjumpa dengan lanun hutan lagi!

Aku melorotkan badan pada kuda. Mata aku memerhatikan lelaki Ziggurat ini memasang unggun api.

"Orang tua"

"Siapa orang tua, aku orang muda "

"Siapa suruh tak bagitahu nama kau dekat aku " aku ketawa kecil.

"You've already heard my name, it's just you who don't realized "

"When? Is it important to hide your name from me? I thought we were companions "

Dia ketawa.

Apa masalah dia ni?.

"I will tell you soon "

"Soon when? When I become wrinkled old women? Hah cuba bagitahu aku. Soon kau tu menyakitkan hati aku"

"When we got seperate"

Aku tersentak. Riak wajah aku berubah.

"Kenapa kau nak seperate dengan aku?" Suara aku bergetar.

"Kau tak boleh tinggalkan aku. Sampai bila-bila pun kau tak boleh pergi. Sampai mati pun kau kena ada dengan aku! "Aku bersuara geram. Tidak tahu apa kena dengan aku sekarang ni. Entah kenapa aku aku tiba-tiba sahaja teremosi.

"Habis tu kau nak masuk kubur dengan aku sekali ke? "Dia balas selamba.

Aku kembali ke realiti.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now