5

193 20 2
                                    

10 TAHUN kini berlalu, namun memori itu masih segar di ingatan aku.

Sakit, perit, sedih dan marah sebati dengan diri ini. Bernanah dan berdarah namun tidak terlihat oleh mata kasar. Aku tertawa sinis. Siapa saja yang ingin melihat derita orang lain? Mereka hanya mahu orang lain memahami derita mereka saja!

Semakin aku membesar, semakin bertambah rasa kecewa apabila tiada yang ingin mempertahankan aku dan ibu.

Zap!

Anak panah yang baru aku pasang pada pemanah di genggam kuat. Aku tarik talinya selaras dengan sasaran aku. Sebelah mata terpejam. Aku lepaskan tali ini dan ...

Zap!

Sekali lagi.

Titik tengah pointer yang ada pada batang pokok besar itu aku berjaya tewaskan dengan sasaran ini.

"Nusa "

Aku menoleh.

"Ayah "

Wajah panglima di hadapan aku ini sudah kelihatan kedutannya, jelas menunjukkan dia semakin berusia. Namun susuk inilah yang menyayangi aku seolah-olah aku adalah anak gadisnya. Daripada panggilan 'pak cik Yazid ' kini berubah kepada 'ayah'.

Di saat ayah kandung sendiri membuang aku seperti sampah berulat, Jeneral Yazid mengangkat martabat aku sebagai anaknya.

"Mereka semua tak ada di istana sekarang, ayah rasa.. inilah peluang kamu untuk berjumpa dengan permaisuri Mawaddah"

"Mereka pergi mana pula kali ni? Bukan Raja Tahir sakit ke? " Hairan aku.

Ayah ketawa.

"Macam lah Nusa tak tau dengan perangai dua beranak tu. Gila harta. Gila duniawi "

Aku tersenyum sinis.

Rasanya, inilah yang Raja Tahir mahukan. Bukan?

Isteri tercinta dan anak lelaki peneraju generasi pemerintahan agung-nya konon. Sampaikan dia sakit di kamar, dua manusia itu masih sibuk dengan urusan dunia.

Raja Tahir, lelaki tua masih membenci aku sampai sekarang. Aku sendiri tak faham. Bagaimana boleh wujud bapa yang membenci benih sendiri. Aku tidak faham apa yang hinanya dengan diri aku ini.

Sukar sangatkah untuk menerima hakikat bahawa aku ini anaknya. Memalukan sangatkah aku untuk di panggil sang anak.

"Nusa pergi dulu ya ayah " ujar aku sambil menanggalkan sarung pemanah. Crossbow itu aku beri pada ayah.

"Hati-hati"

Aku hanya mengangguk dengan senyuman lalu beredar.

Reben hitam yang mengikat rambut aku leraikan dan aku simpan ke dalam poket.

Mata ini terangkat melihat istana megah dari puncak bukit yang menghijau ini. Saat pandangan ini menatap istana emas itu, beribu rasa yang membenam di raga dan menyimpan berjuta dendam dan amarah ini menggelodak.

Aku akan ambil hak aku.

I'll conquer the castle and  even this empire, The Al-Andalus.

Bermula saat ini,

Ini sumpah aku.

×××

Aku memerhati Sultan Tahir di sebalik tirai emas ini. Lelaki tua itu tenat. Sudah hampir tandus nyawanya, namun masih angkuh. Lagaknya seperti pangkat dan hartanya bisa di bawa mati.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now