21

157 13 5
                                    

Aku melangkah menghampiri lelaki Ziggurat yang sibuk mengaul gulai kawah di temani beberapa penduduk kampung. Dia kelihatan tenang dan seolah-olah tiada masalah yang sedang melandanya sekarang ini.

Padahal aku tahu otaknya sedang di landa berjuta ribut taufan.

Aku yang di sini pula masih cuba memproses segala yang baru sahaja aku dengar sebentar tadi. Jadi lanun-lanun hutan yang aku jumpa sebelum ini tidak lengkap jumlahnya!?

Aku tidak sangka pula jumlah mereka sebegitu ramai.

Dan siapa saja yang mampu bunuh 100 orang dalam masa sehari?!

Mr. Capricious menoleh belakang dan secara tak langsung matanya menangkap pandangan aku.

Seperti biasa, dia berjalan ke arah aku dengan senyuman nipisnya yang tidak pernah lekang. Di tangannya pula ada sepinggan roti berisi daging.

"Still mad at me? "

"Why not? "Aku menyilang tangan.

Dia ketawa.

Aku mula rasa seriau, bulu roman aku menegak. Aku hairan bagaimana dia masih boleh ketawa selepas membunuh sebegitu ramai orang. Sedangkan aku inj yang cuma bunuh beberapa orang sahaja sudah menggeletar tangan.

"Heard that you tortured and killed him" dia tersenyum sinis memandang aku.

Aku hanya mengangguk dengan senyuman manis.

"And heard that you killed more than hundred and put their dead bodies everywhere " aku menyengetkan kepala.

Dia tersentak.

Senyuman jengkelnya terbit kembali. Kali ini dengan lebih sinis.

"Why not? " Kali ini dia mengajuk semula ayat aku.

Sial.

"Kenapa kau perlu bunuh semua sekali? Lagi pun bukan semua yang ganggu kita" aku menyanggul kembali rambut aku.

"Cause I want to "

"No "

"Kau ada sebab lain dan aku tahu " pintas aku

Dia berjalan merapati aku. Badannya di bongkokkan menyamakan paras wajahnya dengan wajah aku. Terasa hembusan nafasnya di cuping telinga aku.

"If I don't kill them, you won't be here"

"Aku tak pernah tinggalkan kau, aku sentiasa ada memerhatikan kau dan budak perempuan tu, Aysun"

"It's just you who can't see me"

Aku menelan air liur.

"I am no different from a shadow, i can stab people behind their back without they realizing it "

"And I hunt anyone who tried to make me as their prey "

Wajahnya di paling sedikit membuatkan sepasang matanya melihat  sisi wajah aku.

"Pftt HAHAHAH "

"Kenapa kau serius sangat ni Aysun " lelaki Ziggurat itu membetulkan kembali posisi berdirinya.

Aku mendengus.

"Sial "

Screeee!

Aku mendongak langit. Seekor burung helang terbang ke arah aku. Aku mengeluh malas. Burung siapa lagi kalau bukan adik tiri puaka aku tu?!

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now