𝐓𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝 - 𝐍𝐨𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐡𝐞𝐫 𝐱 𝐔𝐥𝐲𝐚𝐧𝐚 𝐒𝐨𝐩𝐡𝐢𝐚

7.2K 359 7
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SENYUMAN manis terukir di bibir apabila melihat tiga beradik beradik yang sakan bermain bersama. Kadang-kadang terdengar juga bunyi pergaduhan. Yang itu memang wajib! Aku seronok melihat Nawar Ayreen walaupun baru berumur tiga tahun tetapi dia sudah pun pandai menjaga adik dan...abang. Ukail memang seorang yang periang dan agak pelik, jangan lupa dia jugalah ketua dari segala masalah yang timbul.

Nawar dan Ukail banyak membantu aku dalam pelbagai perkara. Senyuman mereka berdua bagaikan penawar untuk aku. Aku langsung tidak berkesempatan untuk melihat mereka berdua membesar depan mata.

Dengan adanya Nada Ufairah, aku belajar semua perkara. Akhirnya aku dapat rasakan bagaimana susahnya Noah menjaga anak-anak semasa aku tiada di sampingnya. Segala penat lelah terubat sebaik sahaja melihat wajah anak dan juga suami.

Noah? Langsung tiada perkataan yang boleh menggambarkan dia. Dia adalah suami terhebat buat aku. Pertemuan kami memang tidak seindah orang lain namun kisah kami antara kisah yang terindah.Kan?

Mungkin ada yang berjanji daripada kecil apabila mereka besar mereka mahu bersama namun aku dan dia lain. Kami hanya sempat berkenalan seketika sebelum terlibat dengan kemalangan yang tragik melibatkan ramai nyawa. Semasa dia berpindah masuk ke sekolah, aku langsung tahu yang orang itu adalah dia.

"Sayang abang termenung apa hm?" Sempat dia cuit hidung aku sebelum membaringkan tubuh di sebelahku. Dia mengiring memandang aku sambil tangan menongkat ke kepala. Hati aku boleh cair setiap kali melihat dia. Memang seakan magis.

"Kenapa tak main dengan anak-anak? Nada mana? Tadi menangis macam nak susu." Noah mencebik sebelum dengan selambanya dia labuhkan kepala ke atas ribaku. Amboi! Sedap betul dia landing.

"Biarlah diaorang main, abang nak dating dengan sayang abang ni." Aku tolak mukanya dengan jari membuatkan dia tersenyum miang. Perangai tak semenggah dia dah nak keluar lah tu. Tolonglah, umur dah 30 tapi perangai mengalahkan anak-anak.

"Abang duduk elok-eloklah habis kedut kain saya ni." Sudahlah kami berada di tempat terbuka. Kononnya dia nak ajak aku keluar dating sama-sama. Kemain dia ajak dating dekat pantai. Dia kena tahu yang angan-angan dia untuk keluar berdua itu tidak akan terjadi. Angan-angannya terus lesap bila tiga ketul budak merengek nak ikut.

"Siapa suruh sunshine pakai kain? Padanlah muka, abang tak kira balik nanti kita kena buat satu pusingan lagi. Biar kali ni abang menang." Aku gulingkan bola mata ke atas malas melayan perangai mengada dia. Dah kalah tu buat cara kalah.

"Pia!"

Yang ini seorang lagi. Aku tutup mata sambil menarik nafas kemudian aku melihat Nada yang terkedek-kedek melangkah ke arah aku dan Noah. Semua ni angkara mama yang selalu panggil nama aku depan budak kecil ni. Kan dah lekat nama tu.

"Mummy sayang bukan Pia." Dia hanya hiraukan aku. Nada melangkah pula mendekati ke arah Noah yang tengah santai sambil matanya terturup. Aku hanya menggeleng kepala, tahu apa yang dia nak buat.

Satu

Dua

Tiga

"Aduh!!" Terus aku berpaling ke arah lain apabila Noah sudah bangun dari baringannya. Tangannya memegang perut yang terasa senak manakala Nada seronok ketawakan si daddy. Mana tak senaknya dah kalau Nada melompat atas perut dia.

"Dy, Kail babap." Agak dah. Memang datang nak mengadu lah ni. Aku pandang pula ke arah tangan gebu itu menunjuk. Nampaklah susuk tubuh abang sulungnya yang otak senget sebelah tu.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now