𝐍𝐀 𝟒𝟗

5.9K 315 3
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TUBUH lemah melorot jatuh perlahan-lahan ke lantai. Wajah yang sembap dek kerana menangis tak henti-henti. Bawah perut ditekan-tekan beberapa kali. Bibir tak henti-henti beristighfar. Hari-hari aku berdoa agar cepat keluar daripada neraka ciptaan Hans ini.

Sakit bersalin tempoh hari masih belum sembuh kini ditambah pula sakit disebabkan seseorang. Sudah beberapa minggu aku menghilangkan diri. Tiap-tiap hari aku menyebut nama-nama mereka di dalam doaku.

"A...abang, saya sakit." Tangisku semakin kuat bergema di dalam bilik. Mengapa aku perlu pergi daripada hidup suami dan anak-anakku sebegini? Sungguh aku tak pernah tahu apa rancangan Hans sebenarnya. Aku diugut. Aku tak mahu Noah terluka.

Selama beberapa minggu ini aku langsung tidak pernah dilayan dengan elok. Hidupku berubah sepenuhnya. Kadang-kadang aku terfikir untuk larikan diri namun awal-awal lagi Hans sudah memberi amaran. Dia akan buat sesuatu kepada anak dan suami aku.

"Ya Allah, anak-anak aku mesti lapar. Mak jenis apa aku ni. Tinggalkan anak tinggalkan suami. Mesti Noah fikir macam-macam tentang aku." Aku kembali menangis sekuat-kuatnya apabila baju di bahagian dada terasa basah. Air susu yang sepatutnya menjadi kepunyaan anak-anakku.Hanya sekali aku berjumpa dengan mereka.

"Noah..."

BAM!

Terkejut aku dibuatnya apabila pintu tiba-tiba dirempuh daripada luar. Liur ditelan kesat tatkala sepasang mata tajam memandang aku dengan pandangan yang tajam tepat ke anak mataku. Tubuh menggigil ketakutan. Aku perbetulkan dudukku.

"Siap cepat, malam nanti kita semua pergi New York. Kau mesti suka kan Ulyana? Ya lah, kitakan nak balik ke negara kebangkitan kau. Kau kan berjaya di situ jadi aku yakin kau akan suka dengan keputusan aku." Hans menayangkan senyuman manis membuatkan aku semakin gerun dengan perwatakan dia yang berubah-ubah. Bibir dikemam mendengar kata-kata Hans. Perlahan-lahan aku geleng kepala sambil mata dilarikan daripada bertembung dengan anak matanya.

"A...aku tak n..ak ikut kau." Aku beranikan diri untuk bersuara akhirnya. Laju sahaja Hans mendekati aku yang sedang duduk memeluk lutut . Kedengaran bibirnya ketawa kuat.

"Kau jangan nak ikut kepala otak kau sangat Ulyana. Jangan sampai aku cari anak-anak kau..." Terpejam rapat mataku apabila Hans mendekatkan wajahnya. Tawanya semakin kuat bergema di dalam bilik ini.

"Aku tak teragak-agak nak buat anak kau sama macam aku buat dekat kau sekarang.Oh lagi satu, kau mesti nak balik ke dalam pangkuan Noah kan?"Laju aku mengangguk kepala. Mata bundarku kembali bercahaya sebaik sahaja mendengar nama Noah.

"Kau terlambat Ulyana Sophia. Dia. Dah. Benci. Kau. Kesiankan hidup kau ni? Daripada dulu lagi asyik timbulkan masalah lepastu lari dari masalah sama sahaja macam mak kau." Serta merta mataku mula berkaca-kaca kembali. Tangan dikepalkan membentuk penumbuk.

"Sekarang kau sedar kan? Hanya aku yang mampu kutip kau." Ujarnya cukup mendesingkan telingaku.Aku menunduk menekur lantai. Tak mahu melihat wajahnya. Buatkan sakit hati aku semakin bertambah-tambah.

"Kau salah! Kau penghancur segala-galanya Hans! Kau hancuran kebahagiaan yang aku baru nak bina dengan Noah. Kau rosakkan keluarga aku yang pernah bahagia dahulu! Kau...kau dengki dengan aku kan sebenarnya?!" Kedua tangan menolak jauh dadanya membuatkan dia turut terundur ke belakang. Bibirnya melakar senyuman senget.

Dadaku berombak ganas seraya mukaku memerah . Amarah yang aku tahan tidak dapat dikawal lagi buat kali ini. Mata mencerlung tajam mata Hans. Seolah-olah aku sedang mencabarnya.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now