𝐍𝐀 𝟏𝟎

8.6K 353 6
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TIGA hari aku pergi sekolah dan tiga hari juga aku langsung tidak nampak kelibat dia. Sepatutnya aku tak perlu pun kisah.Aku diam merenung ke luar tingkap. Keluhan terbit dari bibir entah buat keberapa kali sudah. Hati ku tak tenang.

Disebabkan harini hujan aku hanya duduk terperap di dalam rumah . Malas keluar.

Saya memang cari awak selama ni.

Our first time met meninggalkan kisah hitam.

Hanya itu yang berlegar-legar di dalam kepala aku. Kenapa aku rasa pertemuan pertama kami bukan sewaktu dia melanggar aku namun sebaliknya. Tangan melambong seutas gelang kecil. Aku tenung dengan gelang itu penuh minat.

Aku terhutang budi dengan si pemilik gelang manik ini.

"Apa yang aku dah buat ni?" Mata mengerling sekilas laptop yang menayang rakaman video. Ya video Ulyana haritu. Video itu aku sebarkan ke dalam group sekolah. Aku tahu dia tengok. Hati ku sakit melihat video ini namun dalam masa yang sama aku puas.

BAM!

Pintu bilik ku dirempuh kuat dari luar. Tak perlu tengok pun aku dah tahu siapa. Tak lain tak bukan mesti nak ajak gaduh. Aku pusingkan kerusi menghadap dia.

"Welcome home Nayla Ariana." Kening sebelah aku angkat. Wajahnya bengis . Aku diam menaham tawa.

"Apa yang kau buat Noah Asher?" Soalnya seraya mendekati aku. Tangan disilang ke dada.

"Buat apa ya?" Kataku sengaja buat-buat tak faham. Ariana mengeluarkan Iphone kepunyaannya. Dia tunjukkan video yang tular di dalam group sekarang. Aku tayang wajah selamba .

"Aku dah dapat agak niat sebenar kau Noah. Kau sengaja nak dekat dengan dia. Kau ada masalah hidup ke Noah Asher?" Dia menolak tubuhku kasar. Aku hanya diam . Kenapa dia perlu sibuk hal aku.

"Kau ni lelaki jenis apa hah Ash? Eh aku tau yang kauu tu ada masalah mental tapi please jangan libatkan orang lain. Aku penat! Tak cukup ka u mainkan hati dia kau malukan dia pulak." Dia menunjal dada aku . Rahang aku ketap menahan amarah. Kenapa Ariana perlu sebut semua ni?

"Sedar sikit Ariana. Orang yang kau cakap ada sakit mental ni abang kau." Dadaku berombak ganas. Ariana tersenyum .

"Kau juga kena tau yang orang yang kau buli tu ialah orang yang selamatkan kau."

"Kau patut pulihkan ingatan kau yang tak betul tu."

NASI yang terhidang di dalam pinggan itu aku tenung. Aku menunggu papa pulang . Hari sudah pun malam.Tidak tahu kenapa aku rasa sangat rindu kepada papa. Meja makan hanya dipenuhi dengan makanan kegemaran aku.

Hujan masih lebat di luar. Aku mengeluh .

"Pia!!" Tersentak aku daripada lamunan apabila mama menjerit dengan cemas. Belum sempat aku mahu bertanya mama sudah pun mengalirkan air mata. Aku mula tidak sedap hati.

"Ma kenapa ni?"

"Papa terlibat kemalangan." Jantungku hampir luruh mendengar . Cepat-cepat aku bangun basuh tangan.

Sampai sahaja di hospital kami digemparkan dengan berita lain. Tubuhku melorot jatuh ke bawah apabila mendengar tentang berita kematian papa. "Papa kenapa tinggal Pia..."

"Kenapa papa keluar tadi?" Mutiara jernih mula jatuh membasahi wajahku. Aku tidak kuat untuk hadapi semua ini.

"Betul cakap kau Noah..aku memang tak akan bahagia." Aku peluk lutut erat kemudian menghamburkan tangisan.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now