𝐍𝐀 𝟐𝟖

7.6K 377 9
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PERNAH dengar tak kes isteri kejar suami? Kalau tak pernah dengar mari kita tunjuk bagaimana kes macam tu terjadi.

"Tak padan dengan sakit ada hati nak masuk kerja senyap-senyap." Daripada rumah sehinggalah sampai di hadapan hotel gah ini mulut aku tak berhenti membebel.

Sebabkan Noah aku datang dengan berpakaian selekeh. Sudah seperti bangla karpet. Tak guna betul.Dengan seluar pendeknya. Hoodienya. Haih penatlah macam ni. Nasib baik aku ni sejenis yang tak kisahkan mulut orang.

Yang aku kisah sekarang ni laki aku!

Aku lompat turun dari Kawasaki Ninja hitam kepunyaan Noah. Err dapat jugalah aku rasa naik motor dia. Curi motor suami tak salah kan?

"Buat malu je orang tengok." Cermin mata hitam aku  pakaikan ke mata. Tak lah malu sangat ye dok?

"Kalau aku masuk pakai cermin mata ni rasa-rasa ada yang cam tak? Kang tak pasal-pasal kena serbu." Ya lah , berita pasal aku masih hangat tau! Walaupun dah sebulan berlalu.Aku hembus nafas kasar kemudian melangkah masuk menuju ke lobi hotel. Ramainya orang.

Terpusing-pusing aku mencari kaunter. Cermin mata hitam aku turunkan sedikit ke hidung. See it! Nampak juga akhirnya. Kepala hoodie aku tarik agar menutup kepala. Baru sahaja aku mahu membuka langkah tiba-tiba terasa kepala hoodie ditarik kasar dari belakang.

Secara tidak langsung tubuhku terpusing dengan kasar sehingga terjatuh cermin mata hitamku. Aku tunduk cari cermin mata dahulu.

Mahal oii!

"Wow, rempit style huh?" Kepala aku dongakkan memandang gerangan di hadapan. Seronok dia usya aku.

"Shuh pergi main jauh-jauh saya dah ada suami." Aku kibas-kibas tangan cuba menghalaunya. Malah sakan dia ketawa.

"Oh ada suami..."

"Kenapa keluar rumah tak bagitahu suami cik kak?" Dia jongketkan kening beberapa kali. Fikir takut ah.

"Awak tu buat apa dekat sini?" Kedua tangan naik mencekak pinggang. Mode mummy singa on. Noah mengeluh lemah. Dia melangkan selangkah mendekati aku. Namun aku turut melangkah setapak menjauhinya sehingga...

PRAKK

"Bunyi apa tu?" Bisik aku perlahan kepada Noah. Wajahnya tampak pucat membuatkan dahiku berkerut hairan. Akhirnya aku turut memandang ke arah yang dilihat Noah. Sesaat...dua saat..Terlompat aku apabila sedar aku sedang memijak sesuatu.

"N...Noah.." Dia tayang sengihan untuk aku. Bergetar-getar anak mata aku melihat cermin mata yang sudah patah.

"My baby Dior!" Terus duduk bercangkung aku . Serpihan cermin mata itu dibelek satu persatu. Benci Noah!

"Bangun sunshine malu orang nampak." Aku sumbat cili karang dalam mulut dia. Bising! Tercebik-cebik bibirku. Mata sudah berkaca menunggu masa sahaja air mata mahu mengalir. Oh my baby Dior.

"Nanti aku beli yang baru Sophia." Aku geleng kepala semahunya. Dia ingat aku tak ada duit ke?

"Ni semua salah awak!Kalau awak tak tarik saya mesti cermin mata saya tak jatuh." Petah bibir berbicara sambil air mata yang mula merembes. Buat malu kau ni Ulyana.

"This is not my fault sunshine.Aku tarik sebab aku terkejut nampak kau dekat sini.Aku tanya kau ni kau buat apa dekat sini?" Perlahan-lahan aku bangun berdiri.Dapat aku bayangkan wajahku sekarang. Mulut muncung serupa itik.

NOAH ASHER (COMPLETE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن