𝐍𝐀 𝟓𝟎

6.6K 323 3
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TANGAN setia menepuk tuan puteri yang sudah lali di dalam dakapan hangatku. Daripada tadi lagi Nawar menangi tak henti-henti. Aku pun turut buntu tidak tahu apa yang patut dibuat. Tidak pernah lagi Nawar mengamuk sebegini. Akhir sekali aku mengambil keputusan untuk menidurkan dia selepas letih memujuk.

Mata menjeling ke arah Ukail yang sibuk memunggah di lantai. Yang ini seorang lagi, asyik memunggah je kerja. Ukail memang sejenis tidak suka membuat kecoh tapi kalau sekali dah buka mulut mahu bersilat aku. Nawar pula semakin diva. Kecil-kecil dah pandai judge orang. Ikut siapalah ya?

Anak kembar aku sudah masuk 10 bulan. Selama beberapa bulan menjaga Nawar dan Ukail memang aku akui banyak sangat ujian. Selama sepuluh bulan juga aku berusaha mencari Ulyana namun semuanya buang masa. Tiada satu pun usaha aku menjadi.

"Bilalah sunshine abang nak balik ni?" Hanya itu sahaja persoalan yang selalu berlegar-legar di dalam fikiranku. Hanya soalan itu juga yang selalu meniti dari bibirku. .

Aku tongkatkan tangan ke dagu seraya membetulkan kedudukan. Wajah manis Nawar sudah nyenyak dibuai mimpi buatkan aku tersenyum suka. Memang tidak dapat aku nafikan wajah Nawar memang sebijik muka Ulyana. Jika aku rindukan si permaisuri aku akan setia merenung si puteri kecil peninggalannya ini.

Jari jemariku bermain-main di wajah Nawar. Dia kalau tidur memang tak akan sedar apa pun. Sama macam mummy dia. Rambut kerinting Nawar aku selitkan ke telinganya. Bibir Nawar memuncung saat tidur. Memang habit barangkali.

"Ukail dengan Nawar dah besar sunshine. Sekejap saja masa berlalu. Baru semalam abang rasa macam abang timang mereka berdua. Sekarang dua-dua dah terkedek-kedek jalan. Comel sangat. Si Nawar pun tak nak kalah dengan Ukail. Kalau sunshine ada mesti lagi seronok kan?" Ukail terkedek-kedek menuju ke arah katil.

Katil dia panjat dengan lincahnya lalu tangan kecilnya menarik-narik kaki aku. Bibir melakar senyuman manis melihat telatah Ukail yang sudah pun selamat naik atas katil. Selamba dia sahaja tolak badan aku. Aku menginjak sedikit mahu memberi ruang kepadanya. Laju sahaja dia merangkak mendekati Nawar.

Tak banyak cakap dia terus letak kepala di sebelah Nawar. Aku turut memeluk erat kedua-duanya. Makin melebar senyumanku melihat Ukail memeluk tubuh Nawar dari sisi. Macam aku dengan Ariana satu ketika dahulu.

"Kail mesti rindu mummy juga kan?" Pantas aku menarik tangan comel Ukail yang mahu menenyeh mata sendiri. Aku geleng kepala beberapa kali kepadanya. Dia hadiahkan jelingan tajam kepadaku. Haih anak-anak.

Tubuh kecil Ukail aku tarik supaya mendekat ke arahku. Mahu tidurkan yang ini pula.Ukail pusingkan tubuh menghadap aku. Tangan kecil dia menggenggam lengan aku menyuruh aku menepuk dia. Dia pejamkan mata rapat.

"Ulyana Sophia, buah hati daddy. Muka mummy sama macam Nawar sangat. Jadi Kail, bila rasa rindu mummy Kail tenung je muka Nawar. Mummy baik...baik sangat. Dia suka tolong orang..." Aku bercerita seperti biasa. Inilah rutin harianku bila mahu tidurkan Ukail. Jika aku tak sebut tentang mummy dia mesti dia akan mengamuk.

"Cinta dan kasih seorang Ulyana Sophia kepada Noah Asher seumpama jarum. Ianya sudah pun tersulam tepat di dada namun sakitnya masih lagi terasa.Walaupun tenunannya cantik dan indah...ia tetap meninggalkan parut yang kekal." Ukail sudah terlelap sambil tangannya masih menggenggam lenganku. Aku usap sayang wajahnya. Ciuman hangat aku hadiahkan tepat mengena pipinya.

Aku tersenyum hambar kemudian mata terkedip-kedip mahu tidur.Tangan masih tidak lepas memeluk kedua-dua buah hati yang kini menjadi penyemangat untuk teruskan perjuangan.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now