𝐍𝐀 𝟒𝟐

7.1K 345 1
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BAKUL yang penuh dengan pelbagai barangan itu aku kerling sekilas. Kemudian aku kerling pula susuk di sebelah yang sibuk memilih baju.Tergeleng kepalaku melihat dia yang asyik menilik kedua helai baju berwarna biru dan pink. Di baju itu tertulis 'I love mummy and daddy.'Entah apa yang direnungnya sedangkan kedua baju itu sepasang.Kalau dia ambil warna pink pun dia akan tetap juga dapat yang biru itu.

"Abang, kan saya dah cakap saya tak nak warna hitam! Nanti gelap masa depan anak macam bapak dia." Fuh terus aku lepaskan baju comel yang berwarna hitam. Kata-katanya amat..

Menusuk ke dalam jiwa auch.

Dia kata masa depan aku gelap?

"Eleh, kalau macam tu sunshine pilihlah sorang. Tadi kemain beria suruh kita pilih. Bila dah pilih dimarahnya kita pula." Tubuh montel itu aku jeling sekilas apabila dia langsung tidak menghiraukan aku.

"Comel tak baju ni?" Berkerut hairan dahiku melihat Ulyana menunjukkan dua pasang baju. Daripada tadi dia hanya melihat baju-baju yang sememangnya beli satu dapat pula yang satu lagi.

Senang cerita baju-baju itu semua untuk bayi kembar. Tengok pun aku tahu. Dah kalau satu pink satu biru takkanlah baju kenduri anak jiran aku pula.

"Kita tak tahu lagikan baby boy or girl?" Telan liur aku sebaik sahaja melihat senyuman misteri Ulyana. Perut yang sudah berusia lima bulan itu diusap.

Macam belon.

"Abang ku sayang, saya dah lima bulan dan saya dah tahu anak abang ni lelaki atau perempuan." Mulutku yang separuh terbuka ditutup oleh tangan kecilnya.

Mak aih dia main rahsia-rahsia.

"Sejak bila sunshine pandai berahsia nii." Pipi bulat dia aku cubit geram. Serentak dengan itu bibir munggilnya mula bergerak-gerak membebel.

"Makan jom." Terkedek-kedek Ulyana berjalan meninggalkan aku di belakang. Mata mengerling bakul di tangan. Ni siapa yang bayar?Dari jauh aku dapat lihat senyuman manis di wajah cantik itu. Amboi siap bersembang dengan adik kaunter tu.

Tak sedar diri betul ada hati nak mengurat anak ikan. Kaki diaturkan ke arahnya. Bakul yang dipenuhi barangan bayi aku letakkan ke atas kaunter.

"Banyak shopping untuk anak ke?" Ulyana menjenguk bakul itu sebelum mengangguk puas. Aku diam malas nak menjawab dengan pertanyaan si isteri.Selesai sahaja membuat bayaran tiba-tiba tubuhku ditarik keluar daripada kedai itu. Apa lagi kalini...

"Lapar abang." Tangan kecil dia menggosok perut membuatkan senyuman di bibir mula terbentuk.

"Sayang abang nak makan apa?" Dapat aku lihat Ulyana sibuk mengerling sekeliling cuba mencari makanan yang dia mahu. Bukan main laju mak buyung ni berjalan.Terberanak dekat sini baru dia tau.

"Abang..."

"No." Bibirnya mencebik sebaik sahaja mendapat jawapan. Ah, bukannya aku tak tahu apa yang dia nakkan.

"Alaa,nak aiskrim. Lama saya tak makan tau. Lagipun bukan saya yang nak tapi ni ni." Kemain dia menunding jari menunjuk ke arah perut bulatnya.Anak aku kena fitnah.

"Tak boleh maksudnya tak boleh sunshine. Ingat abang tak tahu ke sunshine abang ni siang malam pagi petang asyik makan benda manis aje." Tangan aku silangkan ke dada seraya mata dialihkan ke arah lain.Tak kuat nak melayan hasutan isteri.

"Noah kedekut." Kata-katanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Aku melangkah dengan perlahan pergi daripada kedai aiskrim itu.Bibir melepaskan keluhan kesal. Daripada ekor mata aku dapat melihat Ulyana dengan selambanya duduk bersila di depan kedai aiskrim itu. Tepuk dahi aku dibuatnya.

"Habislah anak-anak aku degil macam ni."Gumam aku cukup perlahan.Langkah dibawa ke arah si isteri yang seronok duduk bersila.

"Nak aiskrim atau nak balik sendiri." Laju sahaja dia panggung kepala memandangku. Pandangan orang sekeliling aku endahkan.

"Tapi abang, saya teringin nanti macam mana kalau saya tak sempat nak makan?" Dia mula dah drama tv3 dia.Malas mahu bertekak lama-lama. Badan di bongkokkan sedikit. Tangan masuk menyelit di celahan ketiak Ulyana kemudian tubuhnya aku angkat tanpa banyak bunyi. Ulyana makin suka adalah.

"Harini je lepastu tak boleh dah."

NAFAS dihela lembut sambil tangan menggosok tangan yang berada di dalam genggamanku. Wajahnya tampak gelisah.

"Abang rasa kita kena marah tak?" Soalnya ragu-ragu. Aku yang sedang duduk melutut di tepi pintu kereta menggeleng kepala.

"Kenapa pula dia nak marah? Kita kahwin atas restu dia juga. Dah cepat keluar." Teragak-agak dia keluar dari dalam kereta. Mata bundarnya melihat sebuah banglo yang terhidang di depan mata.

"Abang ada sunshine." Aku tarik tangan Ulyana perlahan . Kedua kami melangkah ke arah pintu masuk yang sudah terbuka luas.

"Mama..." Senyuman tipis dia hadiahkan sebelum bertindak untuk mencapai tangan tua itu.Aku hanya diam menjadi pemerhati. Langsung tiada niat mahu mengganggu dua beranak itu.

"Bunting dah kau? Bukan aku cakap dekat kau jangan jejak kaki dekat rumah aku lagi ke? Kau nyanyuk ke aku yang nyanyuk?" Mendengar sahaja kata-katanya aku sedikit mendekati mereka. Risau jikalau ada berlaku apa-apa.

"M...mama Pia rindu. Lama kita tak jumpa kan?" Mama diam sambil matanya tidak lepas memandang Ulyana.

"Mama sihat?" Ulyana masih tidak berputus asa.

"Aku sihat tapi lepas tengok muka kau terus rasa nak gali kubur siap-siap." Ikutkan hati mahu sahaja aku bersuara tetapi kenangkan Ulyana terus tidak jadi.

"K..kalau macam tu Pia balik du.."

"Masuk aku tak nak menantu aku fikir yang aku ni kejam sangat." Mama terus meninggalkan kami berdua.

"Abang." Ulyana pusing tubuh sambil matanya mencari keberadaan aku. Perlahan-lahan aku merangkul erat tubuhnya daripada tepi.

"Jangan nangis dah jom masuk." Dia leraikan pelukan kemudian terkedek-kedek masuk ke dalam rumah. Tingkah lakunya yang comel sentiasa menarik perhatian aku.

Aku turut melangkah masuk ke dalam banglo yang besar. Suasana di dalam banglo ini agak suram. Mungkin kerana mama hanya tinggal seorang diri. Sebab itulah rumah ini tiada seri. Tubuhku berdiri tegak sebaik sahaja mata terhidang dengan aksi anak beranak itu.

"Mama, Pia rindu mama sangat. Maafkan Pia boleh ma? Pia salah ma, semua ni salah Pia. Mama boleh terus salahkan Pia tapi tolong ma...tolong maafkan Pia."Wajah cantik Ulyana tersembam di dalam pelukan mama. Mungkin dia tak nampak tetapi aku nampak...mama turut menangis.

"Semoga isteri abang dah tak sedih."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now