𝐍𝐀 𝟒𝟏

7.2K 316 8
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SUASANA di dalam rumah tika ini sunyi sepi. Tiada lagi gelak tawa mereka seperti selalu.Noah mencempung tubuhku menaiki tangga seperti selalu. Cuma bezanya sekarang, wajahnya tidak dihiasi senyuman manis. Bibir cantik dia pula diam terkunci.Tiba sahaja di bilik Noah terus membawa aku menuju ke arah katil. Tubuhku diletakkan perlahan-lahan.

Rangkulan di leher Noah aku ketatkan tidak mahu terlepas. Perbuatan aku membuatkan wajahnya terdorong sedikit ke hadapan.Hampir sahaja hidungnya berlaga dengan hidung aku.Wajah tampan itu tampak letih.Jika selalu wajah itu ceria tetapi tidak untuk malam ini. Dingin.Bibir diketap rapat seakan terkunci. Noah pantas melepaskan rangkulan aku. Bayangannya mula menghilang. Dia keluar meninggalkan aku sendirian di sini.

Keluhan kesal dilepaskan. Tangan kecilku naik meraup wajah kasar. Aku mahu menuturkan kata maaf namun bibir ini seakan dikunci.

"Dia dah benci aku ke?" Aku tarik rambut resah.Aku kaku apabila terpandang pantulan wajahku dari cermin meja solek yang elok tergantung. Pantas aku bangun dari katil menuju ke arah meja solek.Wajah yang kusut dan serabut. Lebam yang mula membiru aku pegang perlahan. Terasa pandangan mataku mula kabur.

Setitik demi setitik air mata jatuh membasahi pipi. Memori ketika dipukul Hans mula berlayar. Entah mengapa aku tidak mampu untuk berlawan tika itu.

"Jangan menangis." Cepat-cepat aku hapuskan air mata apabila suara Noah bergema.Dapat aku lihat Noah yang melangkah menghampiriku. Tiba-tiba tubuhku tenggelam di dalam pelukan hangatnya.

Kaku.

Noah usap sayang kepalaku. Lama berpelukan begitu kemudian tiba-tiba sahaja tubuhku terapung . Pantas tangan naik merangkul leher Noah.Dia membawaku ke arah katil. Kaki aku gerak-gerakkan tanda aku tidak mahu. Namun Noah tetap meletakkan aku ke atas katil

"Tak nak tidur." Kataku sebelum bangun duduk bersila. Bibir dicebik melihat Noah yang masih diam.

Benci Noah versi yang ini.

"Awak tak sayang saya." Dia masih lagi selesa berdiam diri. Noah mencapai satu bekas yang berisikan air di tepi katil.Mata menjelingnya sekilas lalu dengan selambanya aku membaringkan tubuh. Selimut aku tarik menutupi tubuh.Dengan mudah dia merentap selimut aku. Pandanganku kabur kembali.

"Sini aku tengok muka kau."

Noah bahasakan dirinya 'Aku'?

Bergetar anak mata memandangnya. Mahu tak mahu aku tetap menuruti arahannya. Aku bangun duduk. Wajah yang dipenuhi luka aku tunjuk.

"Awak tak sayang saya ek?" Noah tidak terus menjawab. Tangannya membelek-belek lukaku.

"Kau tu sayang aku ke?" Buat seketika hatiku terasa ditoreh dengan kata-kata Noah. Aku diam merenung wajahnya yang tekun.

"Awak termakan dengan kata-kata dia? Awak pun takut kalau jadi apa-apa dekat awak? Sebab saya pembaw..."

"Dah lambat ni sunshine tidur."

TANGAN naik menutup mulut. Aku menuruni tangga dengan mata yang separuh terbuka. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi.Aku terjaga pun disebabkan Noah menghilang. Merajuk lagi barangkali. Langkahku terhenti apabila telinga menangkap satu bunyi yang aneh.

Terus luas mataku mencari-cari punca bunyi tersebut. Bulu romaku berdiri tegak. Liur ditelan. Bunyi yang mendayu-dayu.Setahu aku rumah ini tiada sebarang alat music.Dengan berhati-hati aku mengikut arah bunyi itu.

Terkebil-kebil mataku memandang sebuah bilik yang terbuka luas di sebelah tangga. Dahi berkerut hairan.Tak pernah nampak pun.Apabila aku mendekat bunyi alunan itu semakin kuat. Daripada luar aku nampak susuk tubuh yang membelakangi aku.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now