𝐍𝐀 𝟏𝟖

7K 370 7
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SEMUA orang menunduk hormat sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam hotel. Hari ini sengaja aku mahu datang lambat. Sengaja nak cabar api kemarahan Tuan Nuh kesayangan semua.

Laju langkahku di bawa ke arah lif yang khas untuk aku sahaja. Memang selama ini aku selalu guna sahaja mana-mana lif. Namun disebabkan aku perlu lancarkan satu misi , terpaksa juga terlihat angkuh.

Kalau ada yang pernah kenal aku di zaman remaja sudah tentu mereka akan kata aku begitu sekarang. Angkuh , dingin dan keras kepala. Tiba-tiba bibirku membentuk senyuman tapi tidak lama setelah aku sedar. Aku disampuk jembalang mana pula ni.

Jari telunjuk menekan butang lif. Seraya itu pintu lif terbuka luas . Baru aku mahu masuk namun langkahku kaku. Aku pandang wajah cantik di dalam lif itu yang sedang memandangku tajam.

Liur ditelan kesat kemudian aku masuk ke dalam lif tanpa pedulikan gadis itu. Dapat aku lihat wajah tidak puas hatinya dari ekor mata.

"Harap muka saja handsome tapi buta." Akhirnya dia bersuara setelah lama terkumat-kamit memaki aku dalam diam.

Aku pusingkan tubuh ke belakang. Baru lah aku boleh melihat wajah cantik dia dengan lebih jelas.

"Waalaikumsalam, cik adik manis. Harap muka sahaja cantik tapi adab kelaut." Tangan naik menyilang ke dada. Senyuman manis terukir di wajah.

"Siapa yang pandai-pandai bagi kebenaran untuk kau guna lif aku?" Tajam aku mencerlung ke dalam anak mata coklatnya. Mata cantik itu seakan memukau aku. 

"Siapa suruh kau tak tulis nama. Jadi suka hati nenek aku lah nak guna lif sapa pun." Kening dia jongketkan kepadaku. Air liur ditelan.

Kenapa 'dia' versi sekarang ini tampak lebih menarik . Jika sekarang aku ialah aku 10 tahun lalu sudah tentu aku mampu untuk berlawan mulut malah akanku sakitkan hati dia lagi.

"Ni hotel aku, hak aku. Jadi suka hati atok aku lah nak letak nama ke tak." Bukannya mengalah malahan sempat aku perli dia.

"Tak silap aku majlis pelantikan kau lagi sebulan. Jadi hotel ni masih hak milik uncle Nuh." Jawabnya sambil mata tidak lepas menjeling aku. Nanti sekejap...

"Uncle Nuh?"

Sophia diam memandang aku. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Aku sengetkan kepala memandang dia.

"Lain kali jangan nak buat bising dekat sini." Terlopong dia apabila aku bertindak untuk menjentik kuat dahi licin dia.

" Kalau tak nak aku buat kecoh lain kali sila datang ke butik aku yang cantik.  Tak perlu aku susah payah datang sini lagi!" Marah sangat bunyinya. Aku lihat ke arah sekeliling. Senyuman manis terbit di bibir apabila terlintas satu idea di kepala.

Kaki melangkah mendekatinya. Sophia gelabah dengan tindakan aku yang tiba-tiba sahaja mendekat. Tanpa banyak kata aku mengepung tubuh kecil dia di sebalik dinding lif. Wajah cantik itu aku  perhati lama. Sungguh aku tidak sangka semua ini. 

Ting!

Hidungnya aku cuit perlahan sebelum mahu melangkah keluar. Dia kaku di tempat tadi. Nafas aku hembus  perlahan .

Kini aku kenyitkan mata kepadanya sambil tangan ligat menekan semua butang lif. Tanpa banyak kata aku berlalu meninggalkan dia.

"Goodbye sweetie."

DAGU ditongkat dengan sebelah tangan , aku masih menanti kehadiran dia . Entah apa yang lambat sangat . Automatik bibir meloretkan senyuman apabila wajah itu berlayar di fikiran.

"Kau nak buat aku melutut cium kaki kau pun aku sanggup Ulyana Sophia." Memang bodoh apabila aku tidak dapat mengecam dia semasa terlanggar tempoh hari. Sungguh aku kagum melihat perubahan dia sehingga mampu perdayakan aku. Bahkan parut di betisnya dahulu langsung tidak kelihatan.

Jangan cakap aku gatal!

Dia yang suka sangat pakai baju tak cukup kain . Aku tahu dia muncul semula bukan untuk berbaik. Lihat dari cara percakapannya pun aku tahu.

"Aku tak sabar nak tunggu game kau."

"Aku tak nak jumpa sesiapa sekarang." Ternganga Ulyana dibuatnya apabila baru melangkah masuk. Rambut yang cantik tadi sedikit serabai.

"Aku ada meeting dengan kau  satu jam yang lepas. Sekarang aku free dan aku malas nak tengok muka kau." Makin luas mulutnya terlopong. Tawa aku tahan sebaik mungkin. Ulyana melangkah masuk dengan termengah-mengah. Naik lif pun penat.

Dia tarik nafas sebelum menghempas beg tangan kuat ke atas meja. Gaya macam tengah tahan marah dah tu,

"Eh, kau tu lambat 45 minit! Lepastu aku terperangkap dalam lif 15 minit. And now kau halau aku  balik!" Jelas dia tidak percaya. Aku berdehem sekilas. Wajah putih dia semakin memerah akibat marah. She's look so gorgeous. Damn apa yang aku cakap ni!

"Alasan. Manusia suka sangat bagi alasan." Mata mencerlung tajam anak matanya. Dia ketap bibir.

Come on Ulyana...

Marah aku lagi.

"Kau memang dah buang masa aku." Dia berura mahu keluar namun aku lebih pantas.

"Duduk." Laju dia labuhkan duduk. See? Sebenarnya dia bukannya mahu pergi sangat. Mengada saja lebih.

"Aku  boleh cepatkan  kerja kau tapi kau kena teman aku lunch." Kening aku jongket memandang dia. Ulyana jeling aku.

"Kenapa aku kena teman kau sedangkan ini bukannya kerja aku? Ke nak mengurat aku?" Meremang segala bulu roma aku. Tambahan dia tengah merenung wajahku dengan tekun.

No Ulyana..

"Geli aku , lagipun kau cakap yang kau ni owner.Jadi kau boleh buat sesuka hati kau." Jawabku angkuh. Tangan pula disilangkan ke dada.

"Huh kata-kata dari  bakal ceo." Dia gulingkan bola mata ke atas. Malas aku mahu cakap lebih.

"Osom, kalau aku menang kau kena  ikut aku tapi kalau aku kalah kau bawa je aku ke mana sahaja aku ikut."

Akhirnya senyuman terloret dibibir munggilnya. Terpaku  sebentar aku dibuatnya. Jangan seksa jantung aku Ulyana.

"Okay deal."

Dalam kiraan tiga kami hulurkan tangan. Wajah bangga  aku tayangkan kepadanya. Aku menang. Dia batu dan aku air.

"Tiga kali lah!" Kepala aku geleng . Melampau ni. Aku tak cakap pun boleh main banyak kali.

"Dah kalah buat cara kalah."

NOAH ASHER (COMPLETE)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang