𝐍𝐀 𝟏𝟑

7K 345 1
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Lapan tahun kemudian,

SALAM diberi dari luar. Rambut coklat aku yang berterbangan aku perbetulkan . Baju yang sedikit sendat aku kenakan hari ini bersama dengan  seluar panjang.  Aku hentak kaki apabila pintu masih tidak dibuka.  Tangan menekan loceng banyak kali . Badan ditegakkan apabila mendengar bunyi pintu. 

"Tadaa!" Aku depakan tangan seakan membuat kejutan kepadanya. Senyumanku terus pudar melihat wajah tua itu kembali melangkah masuk. Tergapai-gapai tanganku apabila membuka  kasut tumit tinggi. Beg pakaian aku tarik dengan kuat disebabkan berat sangat.

"Mama masak apa  harini hm?" Bukannya aku  tidak nampak lauk pauk yang terhidang di atas meja  makan, tetapi sengaja membuat  tidak nampak.

Sedap betul lauk harini. Aku labuhkan duduk di kerusi meja makan. Nampaknya mama memang membuat persiapan menunggu aku balik. Nasi disendukkan kemudian aku  mengambil segala  lauk yang  ada. Tunggu mama macam lambat lagi baik aku melantak dulu.

Sekejap sahaja pinggan aku dipenuhi dengan pelbagai jenis lauk. Lebar senyuman aku  saat ini.

"Makan lah banyak-banyak nanti gemuk balik baru tau." Tersembur nasi yang berada di dalam mulut aku. Air oren aku ambil sebelum meneguk rakus. Pedih ulu hati tetapi pedih lagi  dengan kata-kata mama. Bibir mencebik tidak puas hati. Aku tahu mama sengaja .  Sebenarnya  hubungan kami masih seperti dahulu namun aku hanya membuat tak tahu dengan segala makian dia.

"Suka betul mama cakap bukan-bukan.Pia dah cantik sekarang and ramai lelaki berpusu-pusu nak Pia." Aku kibaskan rambut panjangku ke belakang.

Nasi aku sumbat sehingga penuh mulut. Rindunya aku dengan masakkan mama. Hampir setahun juga aku tak rasa akibat menyambung pelajaran di Paris.

"Kita jadi perempuan ni jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Takut-takut Allah boleh tarik dalam sekelip mata." Mama senyum sinis sambil memotong buah oren di dapur.

Amboii perli.

Kunyahanku automatik terhenti . Bibir dicebik beberapa kali. Mama memang suka potong mood aku.

"Pia pergi kubur papa tadi, terjumpa uncle Nuh." Aku nampak mama kaku . Segala kerjanya terhenti .

"Dia buat apa dekat sana?" Kepala aku garu . Ligat aku cuba memikirkan kembali apa yang dia buat.

"Mama rasa kalau orang pergi kubur buat apa?" Aku angkat kening. Tanya soalan pelik-pelik. Aku pun sempat sembang sikit sahaja dengan uncle Nuh.Tak betah aku mahu bersembang lama-lama. Lagi lama aku tenung muka dia semakin aku teringatkan kepada...

"Pergi kubur pakai macam tu ke?" Mata aku gulingkan ke atas. Aku bangun dari meja makan dengan pinggan yang sudah kosong.

"Ma fikir Pia ni jahil sangat ke?"

TUBUH aku hempaskan ke atas tilam yang  empuk itu. Daripada tadi dia seakan-akan menyeru namaku untuk bergolek-golek di atasnya. Jam sudah pun menginjak pukul dua pagi dan aku baru dapat rehatkan badan. Berkerut dahiku melihat sesuatu di atas meja tidurku.

Aku bangun dari baringan kemudian mendekati meja tidurku. Laci di atas sekali aku tarik. Bingkai gambar yang elok tersusun di dalam laci aku ambil. Gambar lama . Senyuman terbentuk di wajahku apabila melihat gambar keluarga aku seketika dahulu.

Bahagia..

Sudah hampir 10 tahun papa pergi meninggalkan kami. 10 tahun ini juga merubah kehidupan aku. Semuanya berubah.

Mama pun sudah berbeza sejak kehilangan papa. Dia asyik menyalahkan aku di atas kematian papa dan maksu.Aku hidup bersama dendam dikeliling pinggang. Jika dulu semua orang nampak aku lemah, percayalah kini mereka takut untuk menyakiti aku lagi.

Kalau ikutkan hati yang terluka ini,aku langsung tidak mahu pulang ke tanah air. Aku tahu kalau aku pulang, wajah-wajah dahulu kembali menyapa wajahku. Aku kembangkan perniagaan aku di sini buat sementara waktu. Setelah semua selesai aku sendiri akan angkat kaki dari sini.

Bingkai gambar tadi aku letak ke tepi kini terdapat satu lagi bingkai yang sudah retak dan terdapat sedikit kesan darah.

"Aku rindu kau...aku akan pastikan kita berjumpa dalam masa yang terdekat." Gambar itu membuatkan memori aku terlayar semasa kejadian dahulu.

"Aku dah capai semua impian aku cuma satu sahaja lagi yang belum...aku nak tengok kau hancur sehancur-hancurnya Noah Asher." Tangan mencapai telefon di sebelah kemudian mendail nombor seseorang. Telefon itu aku lekapkan ke telinga apabila mendengar talian disambung.

"Good morning." Bibir diketap menahan tawa  mendengar dengusan seseorang di dalam talian.

"Seriously Ulyana Sophia? Two o clock? Sekarang time tidur lah gila!" Ketawaku meletus akibat tidak tahan mendengar bebelan Ariana. Dari dulu bebel je kerja. Aku gam mulut tu baru tahu. Ariana berdengkur halus di dalam talian.

"Oi keluar jom." Ajak aku tanpa rasa sebersalah. Ariana menguap kuat.

"Ya Allah Ulyana sumpah aku nak nangis sekarang." Kepala aku gelengkan beberapa kali.

"Tak de lah aku just nak ajak kau jumpa esok." Kalau aku ada di hadapan dia sekarang mesti dah kena sembelih.

"Eh perempuan! Esok-esok pun boleh kau call."

Tut..

Aku mencebik apabila panggilan sudah putus. Itu lah kau  Ulyana siapa suruh susah tidur sangat. Keluhan keluar dibibirku.

"Jumpa esok Noah."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now