BAB 12

7.3K 400 10
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BEFORE THE MANIPULATIVE COME OUT...

TANAH merah yang terhidang di depan mata aku pandang tidak percaya. Air mataku kian melebat membasahi wajahku. Aku geleng kepala tidak percaya.Terketar-ketar tanganku memegang batu nisan tersebut. Apa lagi yang aku perlu hadap ni ya Allah.

Air mata laju membasahi wajah. Aku dongakkan kepala memandang mama dan pak ngah. Bibir aku ketap menahan esakkan.

"Kau memang bawa bala kan?!"

Terhinjut bahuku apabila Pak Ngah tiba-tiba menjerkah aku. Semua mata memandang kami berdua silih ganti . Dadaku berombak ganas . Pak Ngah menarik aku agar bangun daripada meratapi kubur yang masih merah itu.

"Ma..Pia tak salah ma..Pia tak sangka maksu akan..." Aku pandang mama yang langsung tidak memandang aku. Aku bangun dari duduk .

"Tak bersalah konon. Eh kalau bukan sebab kau mengada-ngada sangat nak naik motor mesti benda ni tak akan jadi." Saat ini kepala ku memutar kembali memori beberapa hari lepas. Aku memaksa maksu untuk ajar aku bawa motor... Aku ingat saat dia menjerit panggil nama aku. Aku juga ingat saat dia dilanggar di hadapan mata aku.

"Pak Ngah maafkan Pia." Tubuhku jatuh terduduk di hadapan pak ngah. Aku pegang kakinya meminta ampun namun dia menolak tubuhkku.

"Jangan panggil aku Pak Ngah . Aku tak nak tengok muka kau lagi." Pak ngah pergi tinggalkan aku begitu juga dengan mama.

Betul cakap semua orang. Aku memang pembawa bala. Siapa sahaja yang jaga aku akan mati. Baru enam bulan aku menetap di sini namun bermacam-macam perkara yang terjadi.

"Pa..kenapa semua orang yang Pia sayang tinggalkan Pia." Nafasku semakin laju . Lepas ini aku tak tahu perlu menganggur ke mana lagi.

"Sampai hati mama tinggalkan Pia." Telingaku menangkap bunyi tapak kaki seseorang yang mula mendekat. Lantas aku mengelap air mata dengan kasar. Pasti mataku sudah sembap.

"Ulyana."

Kaku tubuhku sebaik sahaja mendengar suara garau seseorang. Aku mengangkat kepala cuba melihat wajahnya. Jejaka itu tunduk menolong aku untuk bangun. Perlahan-lahan aku bangun . Kini aku boleh lihat wajahnya dengan jelas.

"Hans."

Dia senyum kepadaku namun aku hanya diam di tempatku. Aku genggam hujung baju melihat dia yang mula mendekat.

"Apa kau buat dekat sini?" Hans sengetkan kepala sebelum menayangkan senyuman sinis. Tangannya menyelit rambut aku yang terjuntai.

"Ikut aku Ulyana. Aku akan tolong kau. Aku akan tolong kau balas dendam untuk apa yang jadi. Aku boleh bawak kau pergi jauh dari semua orang buat masa sekarang."

"Untuk apa aku berdendam Hans." Aku lajukan langkah . Sempat aku merempuh bahu dia. Tidak mungkin aku mahu ikut dia. Aku tidak lah gila lagi.

"Kau tak nak balas dendam dengan apa yang Noah buat kepada kau?" Kakiku berhenti melangkah apabila mendengar nama itu. Aku kepalkan tangan membentuk penumbuk.

"Sanggup kau tengok dia bahagia..sedangkan kau?" Halus suara garaunya menerpa telinga aku . Fikiranku celaru mendengar kata-kata dia. Hans menyilangkan tangan .

"Diam maksudnya ya. Jadi aku faham yang kau suka akan semua ni." Baru sahaja dia mahu melangkah pergi tetapi cepat-cepat aku menahan.

"Kau janji akan tolong aku?" Dia loretkan senyum sinis. Kepalanya mengangguk sekali.


THE NEW HER

STERENG kereta aku genggam kemas . Mataku tajam memandang segala perilaku seorang perempuan sebaya aku. Gigi diketap apabila hidungku di sapa dengan bauan asap rokok.

"Kau boleh stop hisap rokok dalam kereta aku tak?" Dia pandang aku pelik. Rokok terus dilempar keluar.

"Kot ya pun geram jangan lah marah aku sekali." Aku mendengus apabila dia berkata begitu. Aku kembali memerhati perempuan itu.

"Rasa-rasa betul ke apa yang kita nak buat ni?" Hans geleng selamba. Aku gulingkan mata ke atas.

"Dua tahun kita rancang benda ni tak kan kau dah menyesal. Lemah." Eh dia ni memang cari pasal. Ada jugak aku layangkan tangan ni kang. Hans mencuit tanganku lalu menunjuk ke hadapan. Aku lihat perempuan itu sudah berlalu keluar dari kedai menuju ke keretanya.

Mataku hanya mengekori langkah gadis itu. Aku kuatkan lagi genggaman di stereng.

"Go on Ulyana, aku cover kau nanti." Katanya tenang. Aku anggukkan kepala sebelum masukkan gear. Pedal minyak aku tekan sekuat yang boleh. Laju kereta Mustang kesayangan aku meluncur di atas jalan raya yang sunyi itu.

"Hanie Nadhirah bye bye."

BAM!

Tubuhnya terpelanting sebaik sahaja aku merempuh dengan laju. Nafasku berombak ganas melihat tubuhnya yang terbaring lemah dari cermin sisi.

"Confirm lepasni aku tak nak bawak dah kereta ni." Kataku seraya memberhentikan kereta.

"Relax Ulyana she's not dead." Hans keluar dari kereta menuju ke arah Hanie yang sudah terbaring lemah. Rancangan aku yang pertama sudah berjaya dan aku hanya tinggal beberapa rencana lagi.

"Noah Asher."

TANGAN aku silangkan ke dada melihat meja yang penuh dengan bunga dan coklat. Aduh malu la aku. Siapa pula yang bagi bunga ni? Sikit tak kisah ini dah banyak sangat.

"Bunga lagi?" Kepala menoleh ke arah Arif yang berdiri di tepi pintu. Nafas dihembus kasar.

"Daripada Jane lagi ke?" Aku pandangnya dengan pelik . Tak habis-habis nak pasangkan aku dengan si anak mat saleh itu.

"Hilang macho aku Rif." Arif ketawa terbahak-bahak apabila aku berkata begitu. Aku jelingnya tajam .

"Dulu time sekolah dekat Malaysia kau kan jejaka hot terpaling buaya." Aku tahu yang dia memerli aku. Aku capai sejambak bunga kemudian dicampakkan kepadanya.

"Kau tak nak Malaysia ke cuti sem ni?" Aku mengeluh mendengar soalan Arif. Hatiku selalu berat untuk pulang. Sebab aku tau kalau aku balik sudah tentu aku akan teringatkan kepada si dia. Aku akan mengingat semula kisah lama.

"Malas aku lagipun family aku semua ada sini kecuali daddy." Ya betul tu semua keluarga aku menetap di New Zealand buat masa sekarang.

"Kau tak nak balik tu kau punya pasal , apa yang aku tau aku nak balik. Jumpa buah hati." Aku gelengkan kepala melihat Arif yang melangkah keluar.

"Agaknya mana dia sekarang."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now