𝐍𝐀 𝟓𝟓

6.7K 343 9
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BIBIR melakar senyuman manis saat memandang tubuhku di hadapan cermin yang segak mengenakan baju Prince Suit berwarna royal blue. Semua ini Ulyana yang memilih. Dia siap melarang aku untuk ikut dia tempah baju kahwin. Katanya baju kali ini akan membuat aku nampak lain. Dia betul...aku nampak sangat lain. Aku tampak lebih maskulin dan bertambah tampan sudah tentu.

Akhirnya tiba di hari yang aku nanti-nantikan iaitu hari persandingan aku dan Ulyana. Setelah dua tahun berkahwin aku dan dia baru berpeluang untuk meraikan hari bahagia kami. Sepanjang tempoh perkahwinan kami bermacam-macam ujian yang kami hadapi dan aku bersyukur kami masih di beri jodoh yang panjang.

Tok

Tok

Tok

Spontan aku menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka luas. Ada dua pasang mata yang asyik merenung wajahku tidak lepas. Aku berdehem cuba menyedarkan kedua-duanya. Mereka tersengih ceria sebelum berlari ke arah aku. Pantas sahaja aku mengangkat kedua-duanya.

"Hello anak-anak daddy yang comel." Nawar selamba melentokkan kepalanya di dada bidangku. Ukail pula sibuk membetulkan rambut perang dia yang agak serabai. Ukail nampak bergaya mengenakan baju yang sama sepertiku cuma berwarna kuning diraja manakala Nawar nampak cantik dengan gaun kuningnya yang kembang.

Bibir ternaik membentuk senyuman manis apabila teringat sesuatu. Ah, aku baru teringat yang kami berkongsi tarikh yang istimewa. Tarikh yang sangat berharga dalam hidupku. Tarikh di mana aku menjadi seorang suami dan seorang bapa.

"Happy birthday, my handsome Ukail Syaheen and my gorgeous Nawar Ayreen." Langkah di bawa ke luar bilik. Kini mataku dihidangkan dengan orang-orang yang sibuk ke hulu ke hilir. Sibuk dengan majlis yang pasti meriah hari ini.

"Daddy, ane kiss Wawar? Patt !" Jari telunjuk Nawar menunjuk-nunjuk ke arah pipi bulatnya. Aku gulingkan bola mata ke atas. Perangai mengalahkan orang besar. Malas banyak bunyi aku terus hadiahkan beberapa ciuman ke pipi gemuknya sehingga dia ketawa geli. Mata memandang Ukail dengan pandangan nakal. Dia langsung faham dengan apa yang aku rancang terus dia tolak mukaku menjauh darinya.

Hari ini genaplah setahun umur anak-anak kembar aku dan Ulyana. Yang paling istimewanya tarikh hari lahir mereka sama dengan tarikh pernikahanku. Mungkin sudah ditakdirkan pada tarikh ini memang akan berlaku peristiwa yang terbesar dalam hidupku.

Pada tarikh ini, aku berjumpa dengan seorang anak gadis yang comel. Pada tarikh ini, aku berjumpa dengan seorang isteri yang persis bidadari. Pada tarikh ini juga, aku berjumpa dengan Ukail dan Nawar yang sama perangainya seperti Ulyana, bidadariku.

08.05.

Tarikh yang cantik begitu juga dengan peristiwa-peristiwa indahnya.

"Daddy mane mummy?" Kali ini Ukail pula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Dahiku berkerut hairan apabila ditanya sebegitu. Bukankah budak-budak ni dari dalam bilik Ulyana? Dah kenapa tanya aku pula? Baru sahaja aku mahu bersuara ada tangan kecil mengepit bibirku.

"My tak de lam biyik. Kami atang cini nak cayi mymh je." Ukail jelirkan lidahnya. Nawar pula mengekek suka dengan perbuatan si kembar. Ada juga aku luku dua-dua ni.

"Err, ape kate dy g cayi mymy ?Lau tak de lam biyik meshti kat pat yang mymy ukee. Dy g cari auu. Ti War ajuk kang!" membuat isyarat matanya menyuruh aku letakkan dia ke bawah. Sebaik sahaja aku letak kedua-dua mereka sudah berlari meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil.

"Tak ada dalam bilik?"

Aku sudah naik risau. Langkah aku aturkan ke arah biliknya yang terletak tidak jauh dari bilik aku bersiap tadi. Baru sekejap berpisah takkan dah hilang. Nak tak nak aku tetap menuju ke bilik itu. Gagang pintu hanya menjadi perhatianku. Aku langsung tak ada niat untuk jenguk ke dalam dan lihat apa yang bakal terjadi.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now