𝐍𝐀 𝟏𝟕

7.5K 380 20
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TUBUHKU melompat ke atas sofa. Ariana yang bising di dapur aku biarkan. Dalam kepala aku sekarang ialah tidur. Ariana geleng kepala melihat aku yang terbaring lemah. Dia hulurkan secawan air kepada aku. Tergapai-gapai tanganku cuba mengambil gelas. Air coklat itu aku hirup rakus. Panas! Terbatuk-batuk aku . Terbakar lidah wei! Ariana jeling tajam.

"Macam mana hari ni? First date." Bantal kecil aku capai kemudian baling mengena Ariana.

Banyak lah dia.

"Kepala kau first date." Marahku.Ariana tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku paling tak suka tengok dia sengih macam tu. Rasa ringan tangan nak tampar.

"Dia buat apa?" Soal Ariana seolah boleh mengagak apa yang terjadi siang tadi. Aku mengeluh.

"Aku rasa dia cam aku." Ariana ketawa. Dah kenapa pula.

"Kau fikir muka kau ni berubah sangat ke? Bukannya kau buat pembedahan muka. Kau turun berat badan je Ulyana." Aku mencebik bibir mendengar jawapan dia. Memang lah setakat hilang berat tapi kalau nak ingat balik wajah aku dulu errr.

"Baguslah dia cam kau. Itu yang kau nak kan? Nak dia ingat kau..nak dia rasa apa yang kau rasa."

Dah macam burung belatuk aku mengangguk kepala . Kadang ada bijaknya juga si Ariana ni. Nafas dihembus kasar apabila teringatkan hal petang tadi. Noah menggelar aku dengan panggilan dahulu.

Aku benci apabila aku tidak boleh mengawal perasaan berdebar. Sungguh aku rindu dengan panggilan itu. Tetapi dalam masa yang sama aku cuba membenci.

"Selama kau hilang lapan tahun lepas . Kau duduk dengan siapa? Kenapa aku rasa kau berahsia dengan aku." Kata Ariana dengan perlahan membuatkan aku alihkan pandangan. Ya, aku hilangkan diri selepas kematian maksu.

Aku tak mahu berjumpa dengan sesiapa sewaktu itu. Aku hilang arah. Dan aku diuji dengan seseorang. Namun rahsia terbesar dia dibongkar oleh aku sendiri.

"Hans." Kata aku dengan ringkas dan padat.

"Kau dengan Hans?" Aku  angguk bagi mengiyakan. Tiada apa lagi yang aku patut rahsiakan.

"Ari kau kena tau yang aku bukan lagi Ulyana yang  kau kenal dulu. Aku sekarang dibelenggu dengan dendam."

"Aku dah tak boleh keluar dari dunia ni. Satu demi satu perkara mula terbongkar.Jangan percaya aku sangat Ari." Nasihat aku kepadanya agar dia bersedia suatu hari. Aku tak mahu dia kecewa dengan aku.

"Apa yang Hans buat Ulyana?"

Senyuman manis aku ukirkan. Cawan yang sudah kosong aku letakkan ke atas meja. Mulutku terasa gatal mahu beritahu sesuatu.

"Kau tau sekarang Hanie Nadhirah dekat mana?" Ariana berkerut dahi seraya menggeleng. Sudah tentu dia tidak tahu.

"Aku tau dia dekat mana dan aku yakin kalau kau tau kau akan terkejut tengok dia."

"Noah kena hati-hati kalau tak nak jadi macam Hanie." Aku bangun menuju ke bilik. Malas mahu duduk lama-lama.Dibiarkan Ariana seorang diri. Dia perlu tahu yang aku sudah mula merancang pelbagai rancangan untuk perangkap Noah.

"Hanie lumpuh Ariana..." Senyum sinis aku dibuatnya.

MATA tidak lepas memandang budak comel itu. Senyuman manis aku berikan kepada dia.

"Uncle Ash tengoklah Ayish joget." Budak itu bergoyang sakan membuatkan aku terhibur. Lain macam .

"Ni mesti daddy ajar." Aku geletek pinggangnya. Bergema tawanya membuatkan aku geleng kepala. Lagu didi yang dipasangnya tiba-tiba terpadam. Matanya menoleh ke arah tangga. Bapak singa turun.

"Arish Hazqiil." Mula dah drama bapak singa ni. Ayish terus lari mendapatkan aku.

"Dah lewat ni Ayish. Besok sekolah bukannya cuti. Masuk tidur sekarang."

Arif punya mood kadang-kadang macam perempuan. Ayish mengetatkan pelukannya. Kepala aku geleng memandang dua beranak ini.

"Go sleep Ayish nanti uncle datang lagi." Ayish akur , dia menuju ke bilik bersama dengan muncung yang tak lepas. Ruang tamu yang selerak dengan mainan aku pandang tidak berminat. Biar bapak dia yang kemas. Aku tukang punggah je.

"Kau garang sangat dengan dia Arip." Dapat aku lihat jelingan tajamnya. Fikir aku takut lah.

"Budak umur macam tu memang kena tegas . Nanti dia pijak kepala kita macam mak dia buat." Haih, kenapa dia suka sangat mengungkit?

"Kau dah kahwin Arip, buat cara macam ada bini. Pergi pujuk bukannya buat bodoh." Dia diam sambil tangan ligat mengemas semua permainan .

"Aku dengar Aden nak balik." Terbentuk senyuman sinis aku. Ubah topik nampaknya.

"Riel balik sekali dia cakap..."

"Mesti masing-masing terkejut tengok bini kau." Arif ketap rahang sehingga menimbulkan urat-urat di leher.

"Kau jaga Ayish malam ni aku nak keluar." Tanganku naik meraup wajah. Arif sudah berlalu pergi. Pandai-pandai lah dia pujuk bini.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now