𝐍𝐀 𝟓𝟏

6.5K 320 5
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

RAKAMAN cctv ditenung dengan tekun sekali. Sesekali tangan mengepal membentuk penumbuk. Arif turut menjadi peneman aku di malam ini. Nasib turut menyebelahi aku apabila Nawar dan Ukail tidak mengacau aku. Sibuk bermain dengan mummy.

"Kau yakin situ lokasi terakhir diaorang?"

Akhirnya aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Arif hanya mengangguk bagi menjawab soalanku.Pastinya dia sangat yakin dan pasti dengan apa yang dia nampak.

"Aku yakin aku nampak dia dekat pandai haritu. Tapi aku masih perlukan banyak bukti kukuh. Aku tak boleh ambil tindakan melulu walaupun Hans memang sasaran kami."

Nafas dihela lemah. Bukannya aku langsung tidak mencari keberadaan Ulyana. Selama beberapa bulan tidurku tidak nyenyak. Siang malam aku bertungkus lumus mencari Ulyana. Sehinggakan aku terpaksa pergi ke luar negara disebabkan ada yang mengesan lokasi mereka namun semuanya tidak berjaya. Hans lebih bijak menyorokkan diri.

"Aku ada dengar juga kelab malam Hans yang ada dekat Malaysia ni ada masalah. Jadi dia memang ada motif nak balik ke sini. Kau ada cuba contact Hanie?" Arif masih tekun memandang skrin laptop. Aku tersandar lemah.Sudah lama tidak mendapat apa-apa berita daripada Hanie.

Pernah sekali Hanie menghantar lokasi keberadaan mereka kepadaku. Namun macam yang dijangka, Hans lebih pantas dan selepas sahaja hari itu Hanie terus tidak menghubungi kami.

"Apa rancangan kau, Ash?" Kini pandangan matanya sudah tertumpu ke arahku sepenuhnya. Kening aku jongketkan ke atas bersama dengan satu senyuman di bibir. Pelbagai rancangan berlayar di dalam kepala tika ini.

"Kali ni aku nak polis ikut campur sekali. Aku perlukan polis." Kepala mendongak merenung langit malam yang cantik. Bibir melakar senyuman nipis. Aku nekad mahukan bantuan polis. Tak mahu terlepas peluang berharga ini lagi.

"Aku boleh minta tolong budak-budak dari unit aku." Angguk mengiyakan apa sahaja cadangan daripada Arif. Janji ada pasukan polis yang akan masuk campur. Cukuplah drama ini, cukuplah semuanya.

"Macam mana kalau ada pertumpahan darah nanti? Kau tahu kan Hans macam mana?" Bibir herot ke tepi menayangkan senyuman sinis. Kenal...aku kenal sangat perangai Hans yang satu itu. Tapi aku sudah tak kisah.

"Sebab aku kenal dialah kita kena buat kerja ni cepat-cepat dan bawa Ulyana kembali ke dalam pangkuan aku." Tak betah duduk lama-lama di luar aku terus bangun dari duduk kemudian meninggalkan Arif yang kembali sibuk dengan kerjanya.

"Dy...dyy!"

Mendengar sahaja suara nyaring memanggil dari bawah membuatkan aku langsung turun menuju ke arahnya yang sudah menunggu di anak tangga pertama. Aku menyimpan senyuman melihat tingkahnya yang seronok melihat aku mendekatinya.

Sampai sahaja di hadapannya terus dia mendepa tangan. Bola mata digulingkan ke atas melihat kerenah dia. Badan kecilnya aku angkat kemudian peluk erat ke dalam pelukan. Dia sudah bertepuk gembira.

"Nawar mengantuk ya?" Bibir munggilnya pantas muncung ke depan. Ni apa pesen pula. Tangan kecil Nawar membuat gaya sesuatu. Tahulah aku apa yang dia nak. Kaki diaturkan ke arah ruang tamu mencari kelibat Ukail.

"Dy...cucu." Aku diam mendengar Nawar yang sudah merengek tidak suka apabila aku tidak memberi jawapan. Melihat ruang tamu yang kosong itu membuatkan hatiku berasa tidak sedap hati. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Nawar nampak Kail tak?" Toleh memandang wajah comelnya. Mata memicing tajam melihat reaksi wajahnya yang agak kaku. Macam ada benda yang tak kena je. Ukail kalau hilang memang bahaya sikit.

NOAH ASHER (COMPLETE)Onde histórias criam vida. Descubra agora