𝐍𝐀 𝟖

7.6K 370 8
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BEG sekolah aku lemparkan ke atas lantai kemudian tubuh aku hempaskan atas katil. Penat betul sekolah harini. Apa yang membuatkan aku penat ialah aku penat berpusing satu kawasan sekolah hanya untuk mencari seseorang. Seharian aku tidak nampak jejaka itu.

Noah Asher.

"Kenapa dia tak datang sekolah harini? Dia tak tau ke Hans kacau aku seharian ni." Keluhan terbit dibibirku. Daripada tadi aku ligat fikirkan dia.

"Apa awak ni? Fikirlah anak sama!"

Aku pandang ke arah pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu. Sekali lagi aku mengeluh sebaik sahaja mendengar bunyi pertengkaran di luar.

"Diaorang gaduh sebab kau Ulyana. Kau kena sedar yang keluarga bahagia kau dah musnah." Kataku sendiri bersama dengan senyum sinis. Aku bangun dari pembaringan. Baik aku keluar bersiar daripada duduk di rumah. Tidak betah aku mendengar pergaduhan orang tuaku.

Hoodie putih aku padankan bersama dengan skirt bunga-bunga labuh. Entah ke mana aku mahu pergi kali ini. Peralatan melukis aku ambil dan menyumbat semuanya di dalam satu beg galas.

"Saya dah tak tahan abang. Selama ni saya bertahan hanya disebabkan anak dan sekarang saya dah tak tahan."

Berkerut dahiku sebaik sahaja keluar dari bilik aku masih mendengar pertengkaran mereka. Mungkin mereka sangka aku belum pulang dari sekolah.Kaki terasa ringan mahu menapak ke arah bilik mama dan papa. Sengaja mahu mendengar apa pula yang digaduhkan kali ini.

"Pia dah besar dia pandai-pandai lah urus diri. Awak kena tahu yang saya penat Umar." Aku dekatkan telinga ke pintu bilik.

"Tapi dia masih perlukan awak." Haih mesti bergaduh disebabkan aku lagi.

"Apa yang susah sangat awak nak tanda tangan ni hah Umar? Saya bencikan awak." Tekun aku mendengar perbalahan mereka .

Tidak sedar akan mataku yang sudah berkaca-kaca. Aku tidak tahu kenapa keluargaku berpecah belah sebegini. Aku dekatkan lagi telinga, mahu tahu benda apa yang perlukan tanda tangan papa.

"Kalau awak rasa ini yang terbaik. Saya akan tanda tangan borang penceraian ni Ummu Sabrina."

Saat ini jantungku bagaikan terhenti buat seketika. Adakah aku salah dengar? Air mata yang bertakung tadi mula mengalir membanjiri wajahku.

Ya Allah ..

Ujian apa pula Ya Allah.Kenapa aku perlu hadap semua ini di umur sebegini. Tangan naik menekup mulut tidak mahu membuat bunyi. Aku berlari keluar daripada rumah dengan air mata yang masih laju mengalir. Kini tempat yang menjadi hala tuju aku hanyalah tasik.

"Sampai hati mama."

ASAP rokok aku hembus keluar dari bibir. Sejak kebelakangan ini entah kenapa aku banyak merokok. Tak seperti selalu. Rambut diserabaikan serabut. Hari ini aku malas mahu ke sekolah. Lebih baik aku duduk santai melepak dengan yang lain. Tiada mood mahu berjumpa dengan orang-orang di sekolah.

Yang lagi tiga ekor ni sudah tentu lah ikut aku. Kalau aku ponteng semua pakat ikut. Arif dan Zariel keluar membeli sarapan .

"Nasi lemak je ada pagi-pagi macam ni. Aku tak tau lah kau makan ke tak tapi yang penting aku makan."

Tersentak aku apabila ada nasi lemak terapung betul-betul di depan mata. Tajam sahaja mataku menikam wajah Zariel.

"Kepala kau pagi , dah pukul dua dah pun." Marah aku kepada dia terus tersengih-sengih

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now