𝐍𝐀 𝟒𝟒

6.2K 316 4
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PERLAHAN-lahan aku naik ke atas katil yang menempatkan Ulyana yang sedang lena dibuai mimpi.Jangan mimpi aiskrim lagi ya sayang.Patutlah rumah sunyi sahaja petang ini. Selalunya ada makcik comel ni tunggu depan pintu. Tetapi hari ini makcik comel tertidur pula.

Nak kacau sikit boleh?

Mak buyung seorang ni bukan main garang lagi sekarang ni.Nak usik sikit pun tak boleh dah.Rambut hitamnya yang terjuntai aku selitkan ke telinga. Jari nakalku bermain-main di wajahnya. Sekejap menyentuh hidung sekejap mata.Sedaya upaya tawa ditahan melihat wajah si cantik yang berkerut. Aduh tidur pun cantik. Aku labuhkan ciuman hangat ke kedua belah keningnya.

"Assalamualaikum anak daddy.." Kini tanganku menggosok lembut perut Ulyana. Kadang-kadang naik risau aku bila Ulyana selalu mengadu sakit. Maklumlah perut pun tunggu hari sahaja nak meletup.Sejak akhir-akhir ini aku perasan akan perubahan Ulyana yang selalu menangis dan suka bercakap benda bukan-bukan.

"Sampai sekarang mummy tak nak bagitahu daddy anak daddy ni lelaki ke perempuan." Aku tersenyum suka apabila perutnya bergerak-gerak.

"They can be both."Hampir luruh jantung aku dibuatnya. Aku pandang sekilas Ulyana yang sedang bertongkat dagu. Sejak bila dia bangun?

Dia dengar ke?

Matilah..

"Anak abang dua alam ke?" Soalanku membuatkan Ulyana terdiam. Siapa suruh tak bagitahu jadi aku main teka ajelah.

"Abang boleh jadi member siput babi.Sama-sama lem..." Laju tanganku mengepit bibirnya. Suka suki saja dia kata aku. Aku teka jerr.

"Sunshine abang beli hadiah." Kedua-dua kening aku jongket ke atas. Mata si isteri terus bersinar sebaik sahaja mendengar perkataan 'Hadiah'.

Aku kemam bibir rapat melihat Ulyana yang bersusah payah bangun dari baringan. Jangan gelak Noah.

"Mana hadiah, abang?" Aku diam merenung wajahnya yang bersinar. Seri ibu mengandung mungkin. Ah isteri aku sentiasa berseri-seri.

"Tak reti sabar ke. Esok-esok anak pun gelojoh macam maknya." Dia julingkan mata ke atas.Aku keluarkan satu kotak baldu berwarna merah. Kotak segi empat itu aku buka dengan perlahan. Sengaja nak uji kesabaran dia.Sikit lagi matanya mahu terjojol keluar.

"Mesti tertanya-tanya kenapa gelang kan?" Laju dia menyambar kotak baldu itu kemudian barulah mengangguk.

"Sebab isteri abang yang seorang ni selalu sangat tengok gelang dalam fon. Kalau nak cakap nak." Hidungnya aku cuit geram.Err sebenarnya ada sebab lain.Kali ini aku tidak dapat menahan lagi. Tangan naik mencubit geram pipi bulatnya. Daripada tadi aku perhati. Ulyana pasrah melayan aku.

"Terima kasih abang. Saya janji saya akan pakai gelang ni selagi saya hidup. Nanti kalau saya rindu abang saya tenung aje gelang ni ya."Bibirku turut mengukir senyuman manis apabila melihat wajahnya yang juga manis itu. Seutas gelang aku keluarkan daripada kotak itu kemudian aku pakaikan ke tangannya.

"Jaga gelang ni macam mana abang jaga sayang." Sekali lagi aku hadiahkan senyuman manis buatnya. Ulyana diam membelek gelang pemberianku itu. Tiba-tiba dia memandang aku dengan wajah yang menggerunkan.

"Betul abang ikhlas bagi? Ke abang ada buat salah apa-apa dengan saya?" Mata bulatnya memicing tajam. Air liur terasa pahit ditelan. Perlahan-lahan aku geleng kepala. Ini kalau dia tahu memang aku berkemah dekat luarlah malam ini.

"Betullah, apa sunshine ni? Abang bagi hadiah pun nak syak wasangka dengan abang. Niat abang baik tau, nak bahagiakan isteri tercinta." Ulyana mengangkat kedua bahunya. Mungkin jawapanku sudah diterima.

NOAH ASHER (COMPLETE)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ