𝐍𝐀 𝟏𝟏

7.5K 415 9
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AKU mengibas baju yang lencun disebabkan hujan. Bergegas aku pulang ke rumah tadi apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebat.Aku pergi melawat pusara arwah papa dan menyinggah beli sarapan . Nasi lemak aku letakkan ke atas meja.

Hampir luruh jantungku melihat mama yang tercegat di anak tangga. Aku hanya menayangkan senyuman manis. Mama sudah tidak seperti dulu. Perangainya lain sangat. Aku seakan tidak mengenal perangai mama yang dingin ini.

"Ma makan jom, Pia beli nasi lemak favourite mama."Selesai sahaja menghidang makanan aku terus menuju ke ruang tamu mahu mengemas apa yang patut. Bukannya tidak mahu makan bersama cuma aku tahu mama tidak selesa dengan kehadiran aku. Takut pula kalau dia mengamuk.

"Aku tak lalu nak makan. Aku ada benda sikit nak cakap." Aku pandangnya pelik sebelum menggeleng kepala. Aku hanya mengikut langkah mama . Apa pula kalini aku pun tidak tahu. Mama duduk manakala aku berdiri tegak di hadapannya.

Pap

Terangkat sebelah keningku memandang surat yang dilempar olehnya ke atas meja. Mama memberi isyarat mata. Surat itu aku ambil sebelum dibelek-belek. Aku buka sampul surat itu dengan berhati-hati.

"Aku nak kau pergi jauh dari hidup aku." Mati senyumanku. Wajah cantik itu aku pandang tidak percaya. Cepat-cepat surat itu dibaca. Surat pertukaran sekolah. Jantungku laju mengepam . Memang ini yang aku mahukan tetapi bukan sekarang.

"Aku nak kau pergi jauh dari sini. Duduk sana selama mana yang kau nak, aku langsung tak kisah."Mama bangun sebelum meninggalkan aku yang masih kaku berdiri. Tangan aku kepal membentuk penumbuk.

"Kenapa sampai macam ni sekali?" Soalku sayu.

"Sebab aku tak nak tengok kau. Cukuplah dari kecik aku tanggung beban kau." Mama menolak kuat tubuhku. Terkaku aku apabila diperlakukan sebegini.

"Nanti siapa nak jaga mama?" Soalku dengan suara yang bergetar

"Pandailah aku jaga diri. Kalau aku mati lagi bagus." Aku merenung bayangnya dengan mata yang berkaca. Kertas ditangan aku genggam kuat. Tangisan ku bergema memenuhi ruang tamu ini. Perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh .

"Semua ni sebab kau..."

AKU berjalan seorang diri masuk kke dalam KLIA . Berat hatiku mahu pergi tinggalkan tempat ini . Jam ditilik sekilas sebelum menghembus nafas perlahan. Masih awal untuk aku berlepas. Aku berjalan menuju ke tempat duduk yang disediakan. Tempat yang kosong aku duduk apabila rasa penat mula menyelubung.

Malam tadi aku langsung tidak boleh lelapkan mata. Terlalu banyak perkara yang berlayar di fikiranku. Aku mengeluh untuk ke sekian kalinya. Botol air yang berisikan air kosong di tepi beg aku ambil sebelum air itu aku minum dengan rakus.

Senyuman hambar terukir dibibir apabila teringat akan interaksiku dengan mama pagi tadi. Mama langsung tidak bersuara. Datang ke KLIA pun berseorangan. Aku tahu dia sudah bencikan aku. Tanpa aku sedar wajahku sudah dibasahi air mata. Mengapa aku begitu lemah?

"Nanti mama rindu Pia tak papa? Kenapa Pia rasa mama dah tak sayang Pia?" Gambar yang di dalam Iphone aku pandang sayu.

"Kalau papa ada mesti papa akan cakap yang mama sayang Pia. Cinta seorang ibu kepada anaknya lebih indah daripada bunga yang segar."

"Nanti ada masa Pia datang jenguk papa dengan mama tau." Aku bangun membawa semua bagasi . Senyuman manis aku ukir dengan paksa.

Terasa berat hatiku untuk pergi. Air mata aku kesat dengan kasar. Nafas ditarik dalam.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now