𝐍𝐀 𝟓𝟐

6.2K 339 12
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AL-QURAN diletakkan ke tepi kemudian telekung yang masih tersarung aku buka dan dilipat sekali dengan sejadah. Aku bangun dan biarkan dahulu sejadah yang masih terlipat di situ. Langkah diaturkan ke arah luar balkoni bilik. Mata terpejam rapat.

Angin malam mula menyentuh kulitku . Rambut dibiarkan berterbangan ditiup angin. Malam ini dadaku terasa lapang. Entah kenapa aku rasa selamat. Kepala menoleh ke kiri memandang kerusi kecil yang tersedia di situ. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Tiba-tiba wajah Hanie terbayang di dalam kepala.

Pandangan mata bertukar kosong apabila teringat kejadian beberapa bulan lepas. Hanie dibelasah sehingga lunyai dibuatnya. Semuanya disebabkan aku. Kalau aku tak cuba larikan diri pasti Hanie terselamat daripada ancaman Hans. Pasti Hanie akan berada di sampingku sekarang.

"Ramai orang meninggal disebabkan aku." Terbit satu senyuman hambar di bibirku. Tangan naik meraup wajah dengan kasar namun tanganku terhenti apabila terasa rambut yang berterbangan. Aku tak pakai tudung!

Laju sahaja aku berlari masuk semula takut jikalau sesiapa ternampak keadaan aku yang terdedah aurat tika ini. Tudung sarung di atas katil pantas sahaja dicapai. Tudung disarungkan begitu sahaja. Selalunya malam-malam sebegini hanya beberapa orang anak buah Hans yang berjaga di hadapan pintu ku.

"Laparlah, ada makanan tak dekat villa ni?" Tanya aku dengan diri sendiri sambil tangan sibuk menyusun sejadah . Aku langsung tidak menjamah makanan daripada pagi tadi. Bukannya mogok tapi memang tak ada selera nak makan.

Selesai menyimpan sejadah, aku melangkah ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas dengan berhati-hati. Kepala menjenguk keluar cuba memastikan ada orang atau tak ada. Melihat keadaaan ruangan luar yang sunyi sepi itu membuatkan aku hairan. Kedua bahu aku angkat. Tak tahulah yang aku tahu sekarang aku lapar.

Selamba badak sahaja aku keluar daripada bilik. Alah bukan orang jaga pun kan jadi suka hati akulah. Tapi jangan cakap besar sangat Ulyana kang tak pasal-pasal saja ada orang tegur. Pusing sahaja belakang tubuhku serta merta mengundur ke belakang. Berjaga-jaga. Kan dah cakap Ulyana!

Air liur terasa seperti tersekat apabila ada satu tubuh tegap yang tinggi lampai berdiri tegak sambil kepala menunduk memandang lantai. Mata gatalku merenung tangan kekarnya. Fuh, ini kalau dia layangkan penumbuk mengena muka aku mahu menangis tak berlagu aku. Silap-silap arwah.

Wajahnya tidak dapat dilihat dek kerana dia memakai topi. Apahal pakai topi malam-malam ni? Tiba-tiba tubuh kekarnya melangkah mendekatiku. Semakin dia mendekat semakin aku menjauh. Bala apa pula kalini.

"A...awak cari siapa ya?" Takut-takut aku bertanya. Hatiku sudah tidak sedap melihatkan dia yang semakin galak mendekatkan jarak antara kami. Tangan sudah menggagau tombol pintu dari belakang.

"N..noah saya takut." Gumam aku cukup perlahan tapi aku rasa lelaki di hadapanku tetap dapat dengar kerana bibirnya tersungging sinis. Bibirku sudah terjuih ke hadapan. Nak nangis.

"Lama tak jumpa, sunshine." Kata suara garau itu senafas . Dia tundukkn sedikit tubuh. Dahiku berkerut tidak faham. Aku tetap kaku mendengar panggilan nama daripadanya. Serta merta mataku berkaca-kaca. Suara garaunya ada sedikit mirip dengan suara Noah. Lelaki itu merenung aku namun aku tidak dapat merenung wajahnya dengan jelas dek kerana keadaan yang gelap.

"Kau tak rindu aku, sunshine?" Jejaka itu membuka topinya lalu mata coklatnya merenung mataku. Sesaat kemudian aku kaku ditempatku. Langsung tiada niat mahu bergerak. Adakah aku bermimpi? Terasa pipiku semakin dibasahi dengan air...air mata.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now