𝐍𝐀 𝟑𝟏

7.5K 373 2
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HULURAN tangan Noah aku capai. Akhirnya kami tiba di gempar gempurkan Noah. Aku hadiahkan senyuman manis kepada pemandu yang tampan itu sebelum keluar dari perut kereta. Pandangan maut dari Noah aku hiraukan. Sedaya upaya wajah dimaniskan. Gerun .

"Sempat lagi tu main mata dengan pakcik driver." Perli Noah. Tangan memaut lengan kekar itu. Aku tayangkan senyuman manis melihat penampilan Noah yang tampan. Dalam hati aku memujinya. Noah tampak kemas mengenakan suit biru gelap manakala aku mengenakan dress berwarna kuning lembut.

Beauty and the Beast.

"Pakcik driver dekat sini semua handsome. Dah tua pun hot. Boleh culik seorang." Selorohku sengaja memanaskan Noah. Aku mengejar langkahnya yang semakin laju.

Mak aih laju.

Dapat ku lihat ramai orang ternama yang sedang berkumpul. Daripada malam tadi Noah berpesan supaya aku menjaga perangai.

Ingat aku budak kecil?

"Kau patut bersyukur dapat suami tampan macam ni. Pakcik driver jugak kau puji." Eleh dia bukannya tahu aku dah berbakul-bakul puji.

"Alah, suami saya ni pun hot juga tapi pakcik tadi hot berganda-ganda." Perlahan sahaja aku menuturkan ayat terakhir itu. Tak nak kena maki. Mulutku membulat sebaik sahaja melihat hiasa mewah di dalam dewan itu. Laju Iphone milikku di bawa keluar lalu sempat mengambil beberapa keping gambar.

Boleh post instagram.

"Jangan ambil gambar tanpa kebenaran. Ni private event bukannya party birthday kau sesuka hati mak nenek kau je nak ambil gambar. Aku cepuk kang." Bibir merungut tidak puas hati bila Noah merampas Iphone aku. Ish!

"Siapa suruh tak bagitahu." Sedaya upaya aku cuba mengambil semula di tangannya namun Noah lebih laju memasukkan ke dalam poket bajunya.

"Biar aku simpan. Kau ni bukan boleh harap." Tangan besar Noah menjentik kuat dahiku. Aduh!

"Noah Asher?" Terhenti segala tindak tanduk Noah yang sedang menggosok dahiku apabila ada satu suara menyapa. Ish kacau baru nak sweet.

"Hans Harris." Sejurus itu tubuh ku dia tarik sedikit ke belakang. Dapat aku lihat mata tajamnya menikam wajah Hans. Apa yang dia buat dekat sini?

"Wah, akhirnya dapat juga aku jumpa kauorang ni. Lama betul tak jumpa kau Noah dan Ulyana." Riak wajah Noah tegang jauh sekali berbeza dengan wajah ceria Hans.

"Ulyana kau buat apa dekat sini? Join sekali ke?" Dia menyapaku pula. Aduh ingat tak nampak aku tadi. Aku pandang wajah Noah sekilas.

"Aku datang dengan Noah." Jawabku kemudian merenung seseorang di sebelah jejaka itu. Aku ketap bibir. Perempuan itu memakai pakaian yang bertutup litup dan berada di atas kerusi roda.

"Dia isteri aku." Noah tunjukkan tanganku yang digenggamnya. Meluatnya. Fikir Hans tu bongok agaknya.

Dia orang pertama yang ucap tahniah Noah.

"Kau buat apa di sini?" Hans senyum manis. Namun di mataku itu satu senyuman mengejek.

"Oh, ini hotel atok aku jadi akulah yang uruskan apa yang patut." Noah mengangguk tetapi aku sudah berdecit sinis. Atok? Atok dia dah meninggal awal lagi Noah.

"Partner kau?" Aku turut memandang wanita di atas kerusi roda itu. Hans mengangguk seraya mencuit wanita itu.

"My wife, Hanie Nadhirah Dato Kamal." Aku nampak Noah langsung tidak terkejut. Aku ketatkan cengkaman di lengan Noah.

"Sayang, kenal tak? Ulyana dengan Noah." Perlahan-lahan Hanie mengangkat kepala.

"Dia lumpuh sebab kemalangan dua tahun lepas. Langgar lari." Terus aku pergi meninggalkan mereka. Sakit hati.

"Bodoh Hans!"

LENGAN kekar Noah aku rangkul erat. Ramai orang yang mula berpusu-pusu ke tengah dewan. Aku tengah mengah sekarang ni. Kenyang.Noah diam sambil merenung wajahku. Dia rangkul pinggangku. Jelingan manja aku hadiahkan kepadanya.

Aku masih dalam mood kenyang.

Tiba-tiba Noah menuju ke luar dewan. Berlari aku mengejar langkahnya. Laju sangat.

Terkebil-kebil mata memandang Noah yang berpusing mengadapku dengan senyuman manis terukir di bibir. Dia hulurkan tangan. Aku terpesona dengan rupa tampannya, tambahan pula ada cahaya yang menyuluh wajahnya. Gaun aku angkat sedikit kemudian berlari mendapatkan Noah.

"Sudikah permaisuri saya ni menari dengan saya?"Tersipu malu aku dibuatnya. Dalam malu-malu aku tetap menyambut huluran tangannya.

"Mestilah sudi, takkan saya nak tolak anak raja ajak menari kot." Aku hanya mengikut rentaknya.

Lagu Moonlight by Ariana Grande dimainkan.

Alunan music bergema di dewan gah ini. Tangan aku letakkan di bahu Noah sementara dia memperkemaskan pelukan di pinggangku.

"Malamni aku Beast dan kau princess Belle." Dia kenyit mata. Tercetus tawaku. Kami menari mengikut alunan lagu itu.Masing-masing terbuai dan tidak terkata. Mata pula saling menatapi satu sama lain. Dapat ku rasa wajahku kian membahang.

Perasaan bercampur baur tika ini. Aku rindukan semua ini. Aku rindukan kenangan bersama Noah.

"Awak suka tak baju saya ni , Mr Beast?" Soalku sambil tangan naik merangkul lehernya. Noah seakan tersentak dengan tindakan tak terdugaku. Dia tunduk melihat pakaianku kemudian mengangguk.

"Suka..suka sangat . Kau nampak cantik sangat malamni, my sunshine." Noah pusingkan tubuhku perlahan dan kembali merangkul pinggangku erat.

"You said I'm your 'princess'. So who's sunshine?" Aku senyum miring.Sengaja mahu mengusiknya.Terkejut aku apabila Noah tiba-tiba menguatkan rangkulan di pinggangku sehingga tubuh aku terdorong ke hadapan. Dekat dengan dada bidangnya.

"Kau sunshine aku, princess aku, isteri aku dan kau intan payung aku." Bisik Noah perlahan di tepi telingaku kemudian dengan selambanya meniup telingaku.

Gila!

"Orang tengok Noah!" Kataku geram padahal wajah sudah memerah usah dikata. Noah masih selamba.

"Malamni malam kita, hari ni hari kita, aku sayang kau.Disaksikan langit malam yang indah ini,kau milik aku Ulyana Sophia."

Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman manis. Tak mampu nak menahan lagi.Aku rangkul lehernya . Sengaja menarik lehernya sehingga dahi kami bertemu.

"Tolong sayang dan cintakan aku macam aku sayang dan cintakan kau." Ujar Noah ikhlas dan tepat ketika itu lagu tamat. Kami masih dalam keadaan sebegitu.

"Saya benci awak!!" Bisikku perlahan. Dia senyum.

"Aku sayang kau juga.."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now