𝐍𝐀 𝟒𝟕

6.4K 341 15
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

UMMU menghela nafas lega apabila sudah siap menyediakan hidangan untuk tengah hari. Dia masak menu lebih hari ini disebabkan Ulyana beritahu dia malam semalam mereka suami isteri mahu tidur di rumahnya malam ini.

Dia tidak boleh membantah. Nasib baik anak gadisnya tunggu masa sahaja lagi mahu bersalin. Ummu tersenyum sendiri melihat sambal udang yang siap dihidangkan. Sambal udang antara makanan kegemaran Ulyana dan arwah suaminya.

Jam dikerling sekilas. Hidangan itu semua dia tutup lalu melangkah ke arah ruang tamu. Entah kenapa lambat pula pasangan itu sampai.

"Dah pukul satu mana pula budak-budak ni? Melencong tempat lain dulu ke?" Soalnya sendiri. Gelas kosong di atas meja dia ambil mahu letakkan ke sinki. Tiba-tiba tubuhnya terlanggar dengan bucu meja.

PRANG!

Dadanya berombak ganas apabila melihat cawan kaca yang sudah pun jatuh mencium lantai.Tangan naik mengurut dada yang berdebar. Tak tahu kenapa perasaan tiba-tiba tak sedap.

"Ya Allah kenapa dengan aku ni?" Entah apa yang mengganggu fikirannya.Mata terpejam erat seraya mulut beristighfar.

"Perasaan aku je ni." Dia geleng kepala beberapa kali sebelum menunduk mahu mengutip kaca yang berteraburan. Habis sahaja mengutip kaca dia terus melabuhkan duduk di atas kerusi .

"Mana budak bertuah dua orang ni?Risau aku." Mata meliar memandang keadaan sekeliling. Sungguh dia rasa seram sejuk tika ini.

"Perlu ke aku call Pia? Tapi Noah cakap tadi dah gerak." Dia harap-harap tak ada apa yang berlaku dengan pasangan itu.

TOK

TOK

Laju kepala menoleh memandang ke arah pintu. Dahi berkerut hairan. Dah sampai ke dua orang budak bertuah tu? Pantas Ummu berlari menuju ke arah pintu. Senyuman di bibir terlakar manis. Pintu di buka dengan terujanya namun apabila ada satu susuk tubuh tegap yang memandangnya tajam membuatkan dia menutup pintu kembali.Senyuman yang terukir terus hilang.

Belum sempat dia mahu berbuat apa-apa tiba-tiba ada satu tangan menghalangnya dari menutup pintu. Bibir sudah bergetar. Makin dia tolak makin kuat juga tangan itu menolak kembali pintu itu.

"Hai, Puan Ummu...opss atau saya patut panggil bala; mama mertua. Kenapa mama nampak takut sangat ni? Saya datang nak melawat." Ummu melangkah setepak demi setapak ke belakang. Tubuh tegap itu merempuh masuk ke dalam rumah dengan selambanya.

"H...hans Harris." Hans tayangkan senyuman sinis. Dia semakin mendekati tubuh tua itu. Tahulah dia Ummu takut dengan kehadirannya. Namun dia langsung tidak kisah.

"Kau tahu tak apa maksudnya kalau aku munculkan diri?" Hans silangkan tangan ke dada. Pandangan penuh sarkastik dia lemparkan.Dia sengaja...sengaja mahu lengahkan masa. Ummu perlu tahu kehadirannya ini merupakan satu amaran.

"J...jangan bunuh aku." Hans tayang wajah terkejut. Tidak sangka Ummu sangat pandai meneka niatnya. Namun jawapan yang diberi tetap salah. Bukan dia target Hans.

"Muka aku nampak jahat sangat ke dekat muka kau?" Hans dekatkan wajahnya. Tibba-tiba suara tawanya bergema kuat. Ummu segera menjauhkan diri daripadanya.

"Kau tu pembunuh Hans! Kau bunuh suami aku!" Makin galak Hans ketawa mendengar bait bicara perempuan tua di hadapannya. Entah kenapa geli hatinya mendengar.

"Kalau aku pembunuh sebab aku bunuh suami kau...jadi kau?Apa? Kau baik sangat ke? Kau lagi teruk Ummu Sabrina. Kau bunuh keluarga aku. Ibu, ayah, abang, adik semua orang yang aku sayang mati disebabkan kau!" Bergetar anak mata Ummu apabila Hans menjegilkan mata. Liur terasa kelat.

NOAH ASHER (COMPLETE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora