𝐍𝐀 𝟐𝟔

8K 390 7
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AKU pandang dia dan dia pandang aku. Keadaan sekarang sunyi sepi . Sungguh terasa seakan gunung berapi bakal meletup sekarang.

"Erm Sophia...aku ada buat salah ke?Kita berdiri tengah panas ni? Aku pun dah kepam ni." Sungguh aku tidak faham dengan mood para wanita ni bagaimana.Tadi elok sahaja bergelak tawa dengan aku. Lepastu aku ajak pergi makan. Sampai depan motor terus dia badmood. See? Tak faham kan?

"Awak tak nampak ke saya pakai apa? Awak tengoklah awak bawak apa? Nak sayang tayang peha atas motor awak ni ke? Nak kain saya yang ketat ni koyak rabak ke macam mana Noah?!" Tak tertelan air liur aku dengar bebelannya yang panjang lebar. Terus aku kerling memandang pakaiannya. Kain separas lutut . Oh patut lah...

Marah punya pasal sampai dah tak guna aku kau. Nampak sangat aku kena selalu buat dia marah. Baru comel.

"Naik je lah. Aku siap balik rumah ambil helmet berbulu kau ni tau." Helmet dia aku tunjuk. Dia jeling sahaja.Dia tak tahu ke yang aku ni bersusah payah cari helmet dia tadi rupa-rupanya helmet lain dari orang. Dah lah berbulu siap ada telinga.

"Haih kau ni garang sangat tau Sophia." Akhirnya aku sebagai suami mengalah. Langkah diaturkan melangkah ke arahnya.Kemudian aku tundukkan badan sedikit. Dia pandang aku pelik. Namun muka masih lagi tampak garang.

"Naik belakang aku."

Sekejap sahaja Ulyana sudah melompat baik ke atas belakang badan aku. Nasib kau ringan. Hampir tercekik aku apabila dia kuatkan rangkulan di leher.

"Nak jadi janda muda ke?" Ulyana ketawa terkekek-kekek. Enjin motor Kawasaki aku hidupkan sebelum melompat naik ke atas motor bersama dengan beban di belakang

"Pasangkan helmet." Dapat aku lihat bibirnya yang memuncung serupa dengan itik. Suruh tolong pasangkan helmet sampai muncung habis.

Haih isteri siapa lah?

"Kita nak pergi mana Noah?" Aku angkat bahu sebagai jawapan. Banyak tanya sangat.Sekali lagi Ulyana menepuk belakang badanku beberapa kali. Kepala toleh sedikit memandangnya.

"Kenapa kau tak jalan?" Senyuman sinis serta merta terbentuk cantik di wajah. Walaupun si Ulyana ni tak nampak.

"Aku bawak motor laju." Ulyana masih lagi diam di belakang. Mungkin tengah blur lagi. Apa yang susah ni sayang.

Peluk badan aku.

Malas mahu menunggu lama. Aku pulas minyak motor laju kemudian aku brek motor secara tiba-tiba.Ulyana di belakang sudah membebel seorang diri, Kemudian aku kerling sepasang tangan yang sudah melingkar di bahagian pinggangku.

"Baru betul."

TANGAN kecil Ulyana aku genggam kemas. Nasib harini dia tak banyak celoteh sangat. Kalau tidak membebel saja kerja.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni Noah?" Baru cakap. Banyak tanya betul. Nasib isteri.

"Kau buta ke macam mana? Terang-terang kita dekat tasik Putrajaya sekarang." Ulyana membuat mimik muka serta mengajuk kembali ayat aku.

"Bosan betul. Asyik-asyik datang sini. Kau sengaja kan?" Haih lah isteri, kenapa comel sangat ni? Sudah lah tengah bercekak pinggang serupa dengan penguin. Ada hati nak marah orang.

"Boleh tak sekali je kau ikut cakap aku penguin." Terlopong Ulyana mendengar. Marah barangkali? Lagipun memang kena penguin dengan dia.

"Tak ada nama lain ke sampai nak kena panggil aku penguin?" Bahu aku angkat seraya berjalan meninggalkan budak katek di belakang.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now