𝐍𝐀 𝟒𝟑

6.7K 328 16
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

NOAH yang leka dengan kerjanya aku pandang tidak puas hati. Lagi lima minit jam menunjukkan pukul dua pagi.Sudah puas aku pejam celik pejam celik tapi dia tetap juga tiada di sebelah. Ini dah masuk seminggu dia sibuk dengan kerja sampaikan aku pun tidak dilayan.

Kaki panjangku melangkah ke arah mejanya. Sedaya upaya wajah cuba dimaniskan. Kang monyok kata merajuk pula.

"Abang ku sayang..." Panggilku meleret namun Noah masih lagi sama. Pegun di tempat duduknya. Aku syak bontot dia kena gam dekat kerusi tu.

"Kenapa tak tidur lagi, sunshine?" Hujung rambut aku gulung-gulungkan. Noah tak nak pandang aku ke?

"Abang tak nak tidur lagi ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Ini kalau ada gempa bumi belum tentu dia bangun dari tempat puaka itu.

"Abang tengah buat kerja ni, sunshine. Jangan kacau pergi tidur." Bibir dicebik apabila dihalau. Tangan naik menggosok perut bulat aku. Sebenarnya aku pening kepala.

"Baby cakap daddy dah lama tak luang masa sama-sama." Alamak, tuduh anak sendiri tak apa kan? Raya nanti mummy minta maaf.

Lagipun sekarang memang betul Noah selalu sibuk dengan kerja dia sampaikan kadang-kadang aku rasa terabai. Aku tak salahkan dia. Mungkin aku bosan asyik terperap dalam rumah. Nak pergi kerja tak larat.

"Sunshine, please abang ada banyak kerja ni. Kalau mengantuk pergi masuk tidur dulu." Kata Noah dengan tegas. Terus aku diam menekur lantai.

Aku cuma nakkan perhatian.

"Abang tak sayan..."

"Berapa kali abang nak kena cakap? Abang sibuk kerja apa kena mengena dengan sayang ke tak ni?" Tersentak aku apabila di marahi sebegitu. Panggung kepala dapat aku lihat Noah sedang memandangku dengan pandangan yang tajam.

Air mata cuba ditahan. Tak mahu Noah menganggap aku mengada-ngada. Senyuman manis aku ukirkan."K..kalau macam tu saya tidur dulu. Goodnight Noah." Dengan pasrah aku menapak keluar dari bilik kerjanya.

Denyutan di kepala dibiarkan. Hati yang lebih sakit sekarang ni. Tanpaku sedar setitik demi setitik air mata mula membasahi wajah.

"Saya rindu abang."  Tangisan semakin kuat sambil kaki melangkah ke arah bilik tidur. Tiba sahaja di bilik tidur terus aku hempaskan kasar.Meja solek menjadi tujuan utama. Wajah yang dibanjiri air mata aku lihat dengan pandangan kosong.

"Kita tinggal berapa bulan je lagi abang. Nanti kalau saya rindu macam mana?" Air mata aku sapu dengan kasar.

"Anak-anak mummy jaga daddy tau nanti. Daddy tu memang kadang-kadang menyakitkan hati..." Aku diam mengusap perut.

"Tapi daddy tu baik."

"Nanti bagitahu daddy yang mummy akan selalu ada dengan daddy walaupun mummy jauh tapi mummy tetap akan ada di hati daddy."

"Kalau daddy gatal anak-anak mummy tolong sembelih dia." Tangan naik mengesat air mata. Senyuman manis aku terus terbentuk sebaik sahaja ada pergerakan di perut bulatku. Mereka seperti faham dengan apa yang aku pesan.

KEDUA belah tangan naik mencekak pinggang apabila terasa mengah. Nafas dihela kasar melihat halaman rumah yang agak berselerak.Paip aku halakan ke arah bunga-bunga yang Noah tanam. Haihlah suami, tanam pandai siram tak pandai.

Disebabkan mengah punya pasal aku mengambil keputusan untuk menyiram pokok sahaja. Yang lain Noah buat.

Tiba-tiba pinggang aku dirangkul daripada belakang. Paip ditangan terus aku halakan mengena orang belakang aku.

Ambik kau!

Sesaat kemudian barulah aku perasan yang...Noah sudah basah lencun. Matilah aku. Bapak singa mengamuk nanti. Namun aku tetap selamba memalingkan tubuh.

Masih dalam fasa merajuk.

"Cerah betul hari abang sunshine." Tahulah aku yang dia tengah perli aku. Lu tengok muka wa. Ada nampak wa kesah?

"Oh cerah, selalunya hari abang cerah dengan kerja aje." Ah aku pun nak perli juga. Apa dia ingat hati kite tak sakit ke.Makan dalam woo.Kedengaran Noah melangkah mendekat ke arahku. Alah shuh pergi jauh sana. Tapi semakin dia dekat semakin aku diam bukannya membantah.

"Sunshine marah pasal semalam? Habislah anak abang keluar muncung macam mummy." Selamba acik dia sahaja cuit pipi tembam aku. Bayar aaa kalau nak sentuh.

Paip air aku lepaskan kemudian kaki menghentak-hentak tidak suka dengan perangai Noah. Sensitif betul aku kalau orang main pipi.

"Harini abang cuti. Sayang abang tak ada nak pergi mana-mana ke?" Aku cebik bibir sambil tubuh menghadapnya. Merajuk ni.

"Tak apa abang pergi aje kerja tu. Tiba-tiba saya rasa malas nak tengok muka abang." Noah buat muka toya. Mungkin tengah mengejek aku.

"Sunshine tak nak pergi dating dengan abang?" Argh aku buntu! Hati kata mahu tapi mulut ini terasa berat sangat. Noah geleng kepala dengan senyuman manisnya.Nak tapi malas cakap.

"Makan aiskrim jom." Mata aku yang kuyu tadi terus bersinar-sinar. Benarlah orang kata hasutan suami ni memang lain macam. Tangan kekar Noah terus aku rangkul erat.

"Nak aiskrim vanilla." Dia angguk tandanya dia bagi green light untuk aku. Tubuhku dia tarik ke arah tempat duduk di sebelah pokok bunga.

"Abang nak tahu tak? Malam tadi saya mimpi sesuatu." Dahinya berkerut hairan manakala dia tetap menyuruh aku teruskan.

"Saya mimpi saya makan aiskrim. Dekat situ ada tiga aiskrim." Bersungguh-sungguh aku cuba meyakinkan suamiku dengan mimpi rekaanku.Semakin teruja aku melihat Noah yang menongkat dagu sambil matanya tidak lepas merenungku. Auch cairlah macamni.

"Ada aiskrim vanilla, coklat dengan mocha." Terangguk-angguk Noah dibuatnya. Shh tengah bodek ni.

"Yang vanilla dia rasa creamy sangat tau lepastu yang coklat rasa sedap sangat, lagi satu yang mocha tu dia rasa pahit-pahit tapi sedap juga." Wajahku bertukar muram. Noah semakin terkebil-kebil dengan aku.

"Tapi..."

"Saya tak dapat rasa satu pun. Sebab awak kejut!" Sungguh aku nak tergelak melihat reaksi Noah yang bingung. Kalau dia percaya memang dia bengap.

"Nanti abang beli sepuluh." Beria dia tunjuk jarinya.

"Tak nak sepuluh." Bibir aku memuncung serupa itik.Beginilah gaya jika mahu bodek Noah.

"Habistu? Bagitahu abang kejap lagi kita pergi beli." Bibirku tersungging sinis. Sedaya upaya aku tarik kerusi mendekat ke arah Noah.

"Bagi penuh satu peti ais." Kedua kening naik terjongket beberapa kali.

"Jangan tanya kenapa kaki hilang sebelah nanti."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now