𝐍𝐀 𝟑𝟑

7.8K 369 9
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

GELAK tawa Aden membingitkan telingaku. Daripada tadi asyik ketawa sahaja apa yang lawak aku pun tak tahu.

"Bising ah kau Aden." Terus diam budak tu apabila Arif bersuara. Niat aku mahu bertemu dengan Arif sahaja tak tahu pula ada kambing ni .

"Aku nak ceriakan suasana je." Suaranya aku endahkan. Wajah tegang Arif dipandang. Tegang macam ni mesti bergaduh dengan isteri.

"Ni rekod jenayah Hans." Dia hulurkan satu file. Aku ambil huluran itu. Setiap helaian aku baca dengan tekun.

"Wait! Hans?" Aden memandang aku dan Arif tidak percaya.

"Kau ketinggalan zaman sangat Aden. Semua orang dah tahu."  Dia pegang dada.  Kononnya terasa.Terbentuk senyuman sinis dibibirku.

"Baru tengah hari tadi aku nampak dia dekat butik bini kau." Diam. Aku tatap Arif dan dia turut menatapku.

"Hans still bekerja dengan Adam?" Aku soal Arif lagi. Dia angguk mengiyakan. Aden masih terebil-kebil.

"Kau lembab Den." Aku bangun dari duduk kemudian melangkah keluar meninggalkan mereka berdua. Tangan naik meraup wajah kusut.

"Apa lagi yang bini aku buat dekat kau Hans." Helmet hitam di sarungkan ke wajah. Terus aku melompat ke atas Kawasaki hitam aku.

Nombor seseorang di dail.

"Assalamualaikum, pakcik Rahim. Tolong ambil Sophia pukul enam nanti. Bagitahu dia saya ada kerja." Aku tamatkan panggilan begitu sahaja.Tiba-tiba mataku tertancap ke arah seorang wanita yang berkerusi roda. Dia turut memandangku.Pandangan sinis tajam menusuk memandang tubuh itu. Tangan aku tongkat kan pada tank minyak.

"Aku nak cakap sikit dengan kau." Katanya.

"Go on.Hanie."

PINTU bilik aku tolak dari luar. Dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam bilik. Keadaanku tika ini serabut bagaikan orang yang tidak terurus.Nampak sahaja kelibat Ulyana terus aku turut merebahkan badan di sebelahnya. Dia masih lagi merenung majalah fashion.

Huh.

Majalah dia terbalik.

Mungkin dia tengah mengadakan perang besar denganku. Tidak perlu di soal aku sudah tahu asbabnya.

"Sunshine marah abang ke? Sorry sebab harini abang sibuk sangat sampaikan nak call sayang pun tak sempat." Pantas Ulyana kalihkan perhatiannya kepadaku.

"Apa? Sweet right? Abang..."Dapatku lihat wajahnya yang berkerut-kerut menahan diri dari tersenyum. Haih sayang Noah ni.

"I'm sorry sunshine, sehari dua ni abang sibuk sikit. Abang harap sunshine faham." Kini aku sudah duduk bersila berhadapan dengannya.Aku tarik kakinya sehinggakan lutut kami bertemu. Majalah fashion yang terbalik di pegangannya aku ambil.

"Tapi janganlah sampai baca majalah tu terbalik." Hidung mancungnya aku cuit lembut. Ulyana jeling aku tajam.

Aduh.

"Lepastu hujung minggu ni kita date nak? Abang teringin sangat nak tengok art gallery isteri abang ni.Tak pernah sunshine ajak abang. Dapatlah merasa gallery date sekali lagi." Ulyana simpul senyum membuatkan aku turut  tersenyum. Senyumannya bagaikan magik untukku. Ia mampu menghilangkan segala-galanya.

Senyumannya memabukkan.

"Macam mana kerja harini? Ada apa-apa jadi tak?" Sengaja mahu berborak dengan isteri tercinta. Namun hanya kebisuannya yang menjawab.

"Banyak sangat kerja memandangkan harini first day masuk kerja lepas lama sangat cuti." Akhirnya bersuara juga.Aku bangun dari katil kemudian menuju ke arah almari. Satu persatu butang kemaja aku tanggalkan.

"Betul ni sunshine? Tak ada apa-apa benda pelik jadi? What a boring day." Niat di hati mahu memancing Ulyana. Telinga menangkap helaan nafasnya yang lemah. Bibir tersungging sinis. Aku tahu. Segalanya. Kali ini hanya bunyi derapan kaki Ulyana sahaja yang menyapa gegendang telingaku. Jam di tangan aku buka serta otot yang terasa sakit aku regangkan.

"Bosan kan hari saya,husband?"Sekotak rokok dikeluarkan daripada poket seluar. Ulyana sudah menyilang tangan di hadapanku.Sebatang rokok aku ambil sebelum melangkah ke arah balkoni. Tidak mahu Ulyana bau asap rokok ini.

"Tipu.."

Pemetik api di tangan aku cucuhkan pada rokok di tangan. Aku pejamkan mata cuma menenangkan gelora di hati.Mataku terus terbuka apabila terasa rokok di mulut hilang. Wajah garang Ulyana aku pandang tidak puas hati.

"Saya tak nak suami saya mati awal." Makin luas mataku dengan kata-katanya. Ulyana tunduk, kedua tangannya mengepung tubuhku.

"Apa? Saya bagitahu perkara betul...abang."

Ternaik senyuman manisku mendengar panggilannya. Panggilan 'abang' yang terbit di bibirnya sangat merdu hingga aku mampu terleka buat seketika.

"Hans buat apa dekat butik kau?" Wajah cantik Ulyana nampak bengkak. Dari awal aku perasan.

"Dia nak...tempah baju anniversary. Hah betul lah tu." Ulyana tersenyum kekok. Aku bangun berdiri menghadapnya.

"Habistu muka kau kenapa bengkak?Ada orang sondol ke?" Cepat-cepat Ulyana menarik beberapa helaian rambutnya menutup wajah.

"Y...yang ni..tadi tersondol pintu bilik air. Huaah ngantuklah abang. Saya masuk tidur dulu bye."

"Isteri aku memang tak pandai menipu."

NOAH ASHER (COMPLETE)Kde žijí příběhy. Začni objevovat