𝐍𝐀 𝟒

8.8K 427 8
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PLASTIK lolipop aku buka kemudian menyumbat lolipop ke dalam mulut. Keluhan kasar aku lepas sambil melihat Zariel. Zariel menolak seseorang sehingga jatuh daripada tangga. Tak tinggi tapi dah kalau kena tolak memang sakitlah.

Arif dengan Aden hanya diam menjadi pemerhati. Masing-masing sibuk dengan rokok.

Dengan rasa malas aku menayangkan senyuman manis kepada budak lelaki di hadapanku. Aku duduk di anak tangga sambil pandang dia.

"Adam Naufal." Aku seru nama yang tertera di name tag dia. Adam memandang aku sekilas.

"Jadi ni lah yang selalu sibuk hal aku ni." Dia diam langsung tidak memandang aku. Memang tak serik.Adam ingin bangun namun ditahan oleh Aden. Aku tahu Aden dah lama tak puas hati dengan dia.

"Kau nak pergi mana bro? Kami culik kau sekejap je." Dia memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Apa kau nak hah?" Soalnya lantang. Kepala aku menyenget memandang dia .

"Aku rasa aku langsung tak ada masalah dengan kau. Tapi asal kau suka sangat menyibuk hal aku?" Tangan mengepal membentuk penumbuk. Adam ketawa perlahan . Rahang aku ketap kuat.

"Kau tu budak baru buat cara budak baru." Aku pegang bahunya lalu dicengkam kuat sehingga dia mengaduh.

"Janji ramai orang kenal aku.. daripada kau yang budak lama ni pun macam tak wujud." Bisik halus di telinganya.

Aku bangun dari duduk mahu pergi dari sini. Isyarat mata aku berikan kepada Aden membuatkan dia tersenyum suka. Berlari aku naik memanjat tangga. Aku perasan akan kehadiran seseorang sebab itu aku malas lama-lama.

Mata tertumpu ke arah bayangan seseorang di belakang tembok. Aku menyimpan senyum dalam diam. Bukannya aku tak tahu siapa.Daripada awal lagi aku sedar akan kehadirannya. Sengaja buat-buat tak tahu.

"Kau fikir aku buta agaknya sunshine." Gumam aku perlahan. Sengaja aku berjalan perlahan-lahan. Tidak mahu dia perasan. Tiba-tiba ada satu kepala keluar mengintai.Tanpa lengahkan masa aku terus menolak tubuh dia sehingga terbelaga dengan dinding. Alamak terkuat.

Jarak di dekatkan lagi dengan Ulyana. Ya dialah yang mengintai aku di sebalik tangga tadi.

"Kau nampak budak tadi?"

Ulyana laju mengangguk kepala. Takut rupanya . Tanpa aku sedar aku tiba-tiba menggosok kepalanya yang berlapikkan tudung sekolah.

"Macam tu nasib kau kalau kau bagitahu orang apa yang kau nampak." Ulyana pandang aku dengan mata yang berkaca-kaca.

Menangis?

"Noah Asher!"

Bola mata diguling ke atas. Aku jauhkan jarak kami. Aku pandang wajah Ariana jengkel.

"Kecoh minah ni."

Ariana terus mendapatkan Ulyana yang sudah menangis. Dia pandang aku dengan tatapan tajam. Aku angkat kedua belah tangan tanda aku tidak bersalah. Ariana datang menghampiri aku.

"Siap kau."

TUBUHKU mula menggigil kesejukan apabila hujan turun semakin lebat. Sepatutnya aku perlu balik sendiri dengan berjalan kaki tapi tak tahu pula hujan turun selebat ni.Kedua belah telapak tangan aku gosok laju menyalurkan haba. Sejuk. Aku hanya berteduh di bawah bus stop.

"Tak balik lagi Ulyana?" Terhinjut bahuku apabila ada satu suara garau tiba-tiba bersuara. Aku pusingkan tubuh memandang si dia. Serta merta aku mengeluh perlahan. Kenapa dia suka sangat menyibuk.Mata aku langsung tidak berani memandang dia. Aku hanya memandang sekeliling mahu berjaga-jaga.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now