𝐍𝐀 𝟓𝟒

6.5K 346 3
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HARI ini cukup genap sebulan aku balik ke pangkuan Noah.Sudah sebulan aku menjalani hari-hariku seperti biasa. Dan aku juga mula kenal perangai anak-anak kembarku itu. Sebenarnya memang aku tak nak mengaku apa yang dikata Noah sebenarnya betul. Budak-budak itu banyak ikut perangai aku. Ini adalah fakta!

"Haih, keluar dating tapi termenung ingat anak dekat rumah macam mana ni." Suara garau Noah mula sapa gegendang telingaku. Spontan bibir terlakar senyuman manis melihat Noah yang segak mengenakan t-shirt polo berwarna hitam begitu juga dengan aku. Noah mengambil tempat di sebelahku seraya meletakkan dulang yang berisikan air.

"Rindulah, agak-agaknya apa yang diaorang buat dekat rumah?" Soalku kepada Noah. Dia hanya menggeleng kepala memandang aku. Apa? Salahkah apa yang aku tanya?

"Daripada rindu anak-anak baik rindu daddy diaorang." Dia kenyitkan mata sebelum menghirup air yang dipesannya tadi. Aku gulingkan bola mata ke atas. Menyampah dengan sikap Noah yang mengada-ngada.

"Abang, tak cerita lagi dekat saya macam mana abang jumpa saya." Baru aku teringat yang Noah sudah berjanji semalam mahu ceritakan semuanya. Aku tak salah. Aku cuma menuntut janji sahaja.Tubuh aku pusingkan menghadapnya. Dia pun siapa suruh duduk sebelah aku.

"Nak abang cerita dari mana?" Noah tongkatkan tangan ke dagu sambil matanya naik merenung wajahku. Aku simpan senyum melihat wajahnya yang sangat tampan itu. Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Melihat kafe yang tidak ramai orang itu membuatkan aku tersenyum suka. Aku dekatkan kerusi dengan kerusi Noah. Aku turut menongkat tangan.

"Kalau macam ni terus tak jadi abang nak cerita." Berkerut dahiku. Dah kenapa pula tak nak cerita. Mungkin disebabkan kedudukan kami yang agak rapat. Aku tenung dia, dia pun tenung aku. Auch klise sangat!

"Sebenarnya, abang memang dah lama minta tolong Arif. Abang suruh dia carikan lokasi sayang. Tapi usaha kami langsung tak pernah berjaya walaupun Arif gunakan gadget yang canggih juga dan ilmu menggodam dia yang hebat tu. Sejujurnya abang hampir putus asa sebab abang fikir semua ni angkara sayang. Abang fikir sayang yang tak mahu abang jumpa sayang. Dan abang juga ada cakap dengan diri sendiri yang sunshine memang tak gembira hidup dengan abang...sunshine datang pun hanya disebabkan dendam."

Aku terkedu sebentar. Mata masih lagi merenung anak mata Noah. Di bibirnya terlakar senyuman manis yang sangat bahagia. Aku hanya diam dan tetap tekun mendengar ceritanya.

"Tapi ada satu haritu, Hanie ada hantar mesej dekat abang. Dia tak cakap banyak tapi dia cuma hantar satu lokasi. Abang dan Arif syak situ lokasi kauorang. Bila abang ikut lokasi tu abang jumpa satu banglo yang pernah diduduki Hans. Tapi bila abang sampai...banglo tu kosong. Tak ada sesiapa, tak ada sunshine."

Bibir dikemam rapat apabila Noah menyebut nama Hanie. Aku tetap maniskan muka tidak mahu dia berfikir apa-apa. Tiba-tiba Noah buka topi yang dia pakai kemudian selamba sahaja dia letakkan ke atas kepalaku. Serentak itu air mataku mengalir namun aku sorokkan mengguna topi dia.

"Abang sambung ya?" Angguk. Aku hanya mengangguk. Topi yang Noah pakaikan aku tarik sedikit cuba menutup mata.

"Lepas sahaja daripada tu abang cuba contact Hanie balik tapi tak ada respond. Arif kata dia dapat kesan lokasi Hans dekat Paris. Dapat sahaja tahu berita tu tengah-tengah malam abang berangkat ke Paris nak cari sunshine abang. Tapi mungkin tak ada rezeki. Abang dan Arif kena serang di airport. Kami langsung tak boleh masuk ke Paris."

Tangan Noah menggenggam tanganku seraya menggosok lembut. Aku cuba intai melihat wajahnya. Aku kagum melihat dia yang cuba mengawal reaksi wajahnya. Manakala wajahku sudah basah dengan air mata. Semua cerita yang dia ceritakan itu betul dan semua peristiwa itu aku nampak dengan mata kepalaku sendiri.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now