"Danial..."

Danial terkedu. Dia mendengar namanya dipanggil sayup-sayup.

"Danial...."

Suara manis yang membuai itu membuatkan tangan Danial menggeletar. Dia tahu, ada sesuatu cuba mengusiknya.

"Pergi kau menjauh dari aku, aku tak kacau kau." Cakap Danial sendiri sambil tatap lantai jalan. Tidak berani memandang sekelilingnya sambil menunggu ketibaan bas.

Tiada lagi namanya dipanggil, Danial mengangkat kepalanya. Perlahan-lahan melihat sekeliling. Dia bernafas lega kerana tiada apa-apa disekelilingnya.

"Dik, boleh tolong saya? Saya tersangkut kat atas ni."

Danial dengan spontannya melihat ke atas, sesosok lembaga putih bersama kepalanya yang patah. Badan pula tertusuk dengan zink atap di stesen itu.

Nampak seperti badannya terbelah dua. Pemandangan yang menakutkan sekiranya situasi itu di malam hari. Namun tidak Danial, siang-siang begitu, keberaniannya tidaklah menebal mana.

Danial terus pengsan. Dia kalah lagi.
............

Danial menyuap bubur masuk ke dalam mulutnya. Matanya mengerling satu-satu wajah keluarganya yang gelisah bercampur risau.

"Kau dah gila ke dik? Sejak kes kemalangan hari tu, kau jadi pelik." Jujur Huda akhirnya.

Danial menggeleng.
"Aku memang nampak dengan mata kepala sendiri kak." Jujur Danial membela diri.

"Aku rasa kau ni dah gila la Nial." Ucap Zafran selamba. Tanpa sedar menyakiti perasaan Danial.

"Kau kena rawat ni, macam mana ayah? Ibu?" Tanya Izzuddin pula.

"Ayah dah telefon dengan Ustaz tu, kita akan bertolak petang ni. Tapi sebelum tu, kita ziarah kubur mangsa kemalangan hari tu. Kamu saksinya Danial, tak nak melawat kuburnya?"

Danial terdiam. Dalam diam tidak setuju, tapi dia ingin berubat dirinya. Tidak boleh menolak, kalau tidak dia tak tahu kenapa semua ini terjadi dengan dirinya.

"Baiklah."

.........

Di kuburan itu, Danial beralasan tidak menyertai mereka membaca Yassin, sebaliknya duduk di pondok dengan alasan kepalanya masih pening. Sedangkan dia ketakutan sangat di kuburan ketika itu.

Wanita yang kemalangan itu ada disana. Menangis air mata darah. Danial tidak berani melihat, dia takut wanita itu menghantuinya sekiranya wanita itu menyedari dia boleh melihat.

Danial mengerling kemasan lain, dia menyedari seseorang. Seseorang yang pernah dia nampak sebelum ini.

"Dia, lelaki yang aku tengok di balai hari tu." Gumam Danial masih ingat.

Namun, sebaik melihat sesuatu lembaga yang melepasi penglihatannya, pantas Danial menunduk menekur lantai tanah.

Menyedari ada lembaga yang menyerupai sesosok lelaki tua terbongkok-bongkok berjalan mundar mandir disitu.

Dia takut. Dia takut sosok itu menghampirinya.

Bunyi derap kaki menghampiri, Danial menggeletar ketakutan.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now