BUM!

Danial terduduk. Hujan lebat betul-betul telah menyaksikan dia kepada kemalangan tragis tersebut.

Masa berlalu dengan cepat. Api merarak tinggi ke udara meski sekarang hujan lebat membasahi permukaan.

"Se-Semuanya disebabkan dia.." Danial menoleh. Tiada kelibat wanita itu lagi. Pandangan Danial mula redup, danial terus pengsan disana.

...........

Sejam dari tadi, Danial memicit kepalanya. Pening terkena hujan membuatnya jadi tak tentu arah. Dia cemas dan paling penting, dialah saksi utama dalam kemalangan besar yang terjadi di kawasan yang berdekatan dengan perumahannya.

"Betul ke ni dek? Perempuan yang kau nampak tu hantu? Hilang macam tu je?" Wanita yang menyoal siasat dia akhirnya mengeluh.

"Betul puan, saya tak tipu! Saya nampak dengan mata kepala sendiri." Akui Danial.

Wanita itu menutup fail di hadapannya, lalu mengarah dua orang rakan polis berhampiran menyoal siasat Danial.

"Kau berdua uruskan dia. Aku ada benda lain lagi nak settlekan."

"Okey miss." Serentak kedua-dua mereka berkata. Lalu membawa Danial ke luar, menanya benda sama.

"Hantu tu tuan. Kalau tidak, macam mana boleh tiada dalam rakaman CCTV?" Soal Danial dengan pendapatnya sendiri.

"Sudahlah budak, penerangan kau tak masuk akal." Ujar polis lelaki itu.

"Saya cakap betul tuan! Saya nampak dengan mata kepala sendiri macam mana hantu tu bagi kereta tu hilang kawalan!"

"Hah, bro kita kutip saksi gila la. Dia ni tak boleh membantu. Dari tadi cakap hantu." Ujar polis tersebut sambil berkata kepada kawannya.

"Ya Allah tuan! Saya cakap betul! Saya tak tipu!" Ujar Danial bersungguh-sungguh.

"Cukup! Okey dengar sini, memandang CCTV menjelaskan kau tak bersalah dan kau boleh dibebaskan, jangan bawak cerita mengarut kau ke media sosial. Anggap ini kemalangan kereta kerana jalan yang licin. Kami cuba mencari punca lainnya. Kau dibenarkan balik. Tiada apa-apa lagi yang perlu disoal siasat ke atas kau. Kalau kau masih berkeras dengan cerita yang sama, kami tak tak teragak-agak mengahantar kau ke hospital mental. Faham?"

Danial terdiam dengan penjelasan lelaki itu yang panjang lebar. Kalau dia masih berkeras, tak pasal-pasal dia yang waras masuk hospital gila. Tetapi! Dia betul-betul nampak!

"Baiklah, saya balik dulu."

Danial hampa. Dia keluar dengan hati yang sebal. Penjelasan dia tidak diterima lansung. Dia melangkah longlai ke stesen bas. Hujan mula reda.

"Danny, kau buat apa kat sini?"

Danial menoleh, terlihat sekumpulan lelaki menyala seorang pelajar. Macam mana dia tahu lelaki itu pelajar, dari pakaiannya sahaja. Tapi, lelaki itu besar. Macam bukan budak remaja. Patutlah berkawan dengan orang-orang yang dah dewasa.

"Selesaikan kes. Abang Am buat apa kat sini?"
"Ahaha, kami ada hal sikit kat balai."

Danial merasa kosong, pandangan dihala ke bas yang mula menghampiri.
"Kalau macam ni hari-hari, pokai aku." Ucap Danial lemah lalu naik ke dalam bas. Pandang dihala keluar tingkap. Masih melihat sekumpulan tadi.

'Kalaulah aku ada member.'

.......

Sampai sahaja di rumah, Danial memberi salam. Keluarganya terus meluru ke arahnya dan menanyakan tentang kejadian tadi.

"Jadi kau tak bersalah, buat apa nak risau. Rakaman CCTV pun menunjukkan kau tak buat apa-apa." Bela si ayah. Danial terdiam. Sebenarnya dia nak jelaskan tentang wanita tersebut, tetapi dia tahu dia tidak dipercayai mentah-mentah oleh keluarganya.

"Saya mandi dulu ayah, ibu." Ujar Danial naik ke tingkat atas.

"Bang, kau rasa adik nampak lain tak hari ni?" Tanya si kakak kedua.

"Tak ada pulak, sama je. Ada mata ada hidung, apa yang pelik?" Hairan si abang sulung.

"Ish kau ni, aku seriuslah." Marah si kaka kedua.

"Tapi aku rasa pelik jugak." Abang ketiga menyampuk.

"Apa dia?" Kakak keempat muncul nak tau juga.

"Dia balik hari ni, diam. Tak banyak bercakap. Selalu balik-balik bising mulut dia nak marah inilah, itulah. Kerja semua tak kena. Kau tau kan perangai adik ambil mak. Tak berhenti membebel." Umpat si kakak kedua.

"Mungkin dia letih kot, biasalah. Pengsan kat tempat-tempat hujan pulak tu. Pastu ditahan pulak oleh polis sebab nak soal siasat. Bukan nak lepaskan dia bersihkan diri ke apa." Ujar si abang sulung menyokong Danial.

"Tapi kos bil hospital polis yang tanggung, adik pengsan je." Jelas si kakak kedua.

"Apapun dia selamat dari nahas kemalangan tu dah memadai, yang korang ni buat apa? Tak reti nak buat kerja?" Datang ibu mencelah antar keempat beradik tersebut.

"Ala ibu, Malaysia lawan Thailand malam ni, ibu hari ni kena bawak bertenang ya, kalau tak...." Abang memujuk dengan melutut di kaki ibunya.

"Kalau tak apa?" Ibu mereka menjeling tajam.

"Kalau tak, perlawanan tak syok kalau tak dilihat sama. Marilah kita tonton sama-sama." Ajak si kakak kedua akhirnya mengheret ibunya ke sofa.

Di bilik Danial.

Manakala Danial pula, menatap cermin bilik airnya. Tangannya menggigil. Pucat diwajahnya sukar dijelaskan kecuali ditoreh. Pasti darah tidak keluar.

Sesosok tubuh berbungkus berdiri mematung di belakangnya, wajahnya tidak kelihatan kerana berbungkus. Bau darah di kain kafan benda tersebut itu menyeruak dalam tandas biliknya.

Kerana ketakutan yang melampau, akhirnya Danial kembali jatuh pengsan.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now