Bab 32

88 13 9
                                    

Selepas misi yang menuju ke jurang dalam, shinobi telah dikumpulkan untuk berbincang dan menata rancangan untuk ujian chunin.

Kemudian, segala-galanya hancur apabila Konoha diserang saat ujian chunin sesi tiga diadakan. Sarutobi Hiruzen, Sandaime Hokage telah gugur dalam mempertahankan rakyatnya.

Iruka berdiri di upacara perkabungan untuk Sandaime dan shinobi yang gugur. Guru itu berdiri teguh disana untuk menenangkan sesiapa sahaja terutama cucu hokage yang juga anak muridnya.

Para shinobi yang lain sangat bersyukur memiliki guru positif itu dikalangan mereka untuk memberi keselesaan kepada anak-anak. Shinobi da orang awam sangat terpukul dengan kehilangan hokage seolah hidup mereka telah diambil separuh.

"Terima kasih Iruka sensei, tanpa awak saya tidak tahu bagaimana nak uruskan mereka terutama Konohamaru-kun" seorang wanita menepuk lembut tangannya. Iruka sedaya upaya memberikan senyuman cerah kepadanya. Dia mengenali wanita yang telah menjadi pembantu rumah Sarutobi.

Perkarangan tanah perkuburan itu mula beransur lengang kerana ramai yang mula meninggalkan tempat itu setelah upacara selesai. Iruka kemudian menghantar Naruto untuk pulang bersama Konohamaru terlebih dahulu.

"Iruka sensei, sungguh awak guru yang baik. Disaat begini awak berdiri dengan teguh dan memujuk hati-hati yang kehilangan." Kurenai bersuara. Asuma bersebelah wanita itu dan disebelah Asuma berdiri Kakashi.

Iruka memberikan senyuman kepada mereka seolah-olah dia tidak terganggu dengan kehilangan hokage. Matanya menangkap mata Kakashi yang merenung tajam. Segera Iruka membuang pandangan. Dia tahu Kakashi sebenarnya menangkapnya.

Setelah meminta izin, Kurenai dan Asuma pula bergerak meninggalkan Iruka berdiri bertentangan dengan Kakashi. Masing-masing membisu. Sebelum Iruka mengalah untuk membuka bicara yang terkunci.

"Naruto beritahu kumpulan tujuh ada latihan petang ini. Jadi saya rasa lebih baik awak segera pergi atau mereka akan menjerit kepada awak terutama Naruto" Iruka ketawa kecil. Kakashi tidak memberi sebarang reaksi kepadanya. Iruka menarik kunci coklatnya gementar.

"Baiklah saya akan pergi. Selamat tinggal Kakashi-san" Iruka bergerak pulang.

Dia telah mengambil masa lebih lama daripada dia pergi untuk sampai ke rumahnya. Apabila dia membuka pintu Naruto sudah berdiri disana sambil merenungnya masuk.

"Bukankah awak ada misi, Naruto?" Soal Iruka. Naruto sedikit tersengih.

"Saya yakin Kakashi sensei akan lewat seperti selalu jadi saya beli ramen untuk kita. Saya mahu makan dengan awak sebelum saya pergi." Iruka tersenyum sambil mengacak acak rambut Naruto sehingga anak itu menjerit geram.

Selesai saja makan. Naruto meminta Iruka menghantarnya berjumpa dengan pasukannya. Walaupun Iruka menolak Naruto terus mendesak dan akhirnya Iruka akur. Mereka terus berjalan dalam diam. Naruto melingkari tangannya pada Iruka.

"Jadi bolehkah adik kesayangan saya lepaskan tangan saya, pasukan awak telah menunggu" Iruka memberhentikan langkahnya apabila dia melihat Kakashi bersama Sakura dan Sasuke sudah menunggu. Dengan berat hati Naruto melepaskan pengangan tangannya.

Naruto segera mengucapkan selamat tinggal kepada Iruka. Guru itu menariknya untuk memberi kucupan dahi dan kemudian melambai mesra kepada mereka yang lain sambil melepaskan Naruto pergi.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now