Bab 10

116 16 5
                                    

Iruka dan Naruto kini sedang sibuk bersiap untuk pergi ke akademi. Dia berharap Naruto akan baik-baik saja untuk melewati hari pertamanya di akademi.

"Hei! Makan, jangan tidur!" Iruka menegur Naruto. Sambil menepuk bahu anak itu. Tanpa sebarang bantahan, Naruto segera menghabiskan makanannya.

"Naruto, di akademi nanti awak tidak boleh panggil saya Ruka-nii." kata Iruka sambil menyumbat sarapan paginya.

"Tapi kenapa?" Soal Naruto tidak setuju. Iruka hanya merenung. "Ya, baiklah! Iruka sensei" Naruto berkata malas.

"Tapi kalau kita berdua saja saya tak kisah kalau awak nak panggil saya Ruka-nii " kata Iruka dan mendapat senyuman cerah Naruto. Kemudian mereka beriringan menuju ke Akademi.

Naruto terlebih dahulu ke kelasnya. Kerana sebagai guru, Iruka perlu selesaikan beberapa kerjanya di pejabat guru termasuk memeriksa pelan pembelajaran untuk sesi baharu.

Saat Naruto melangkah masuk. Para pelajar yang lain merenung tidak suka. Ada yang berbisik 'Jangan mendekatinya'. Naruto pura-pura tidak mendengar dia mengambil tempat kosong di belakang.

Seketika kemudian Iruka masuk. Hanya dua daripada mereka yang kelihatan teruja. Mereka adalah Naruto dan Sasuke. Iruka tersenyum dia tidak menyangka Naruto dan Sasuke akan ditempatkan di kelas yang sama.

"Baiklah, Saya Umino Iruka, guru kamu. Untuk hari ini kita akan berkenalan dahulu. Kita mulakan dari hadapan. Silakan." Kata Iruka ramah.

Kemudian seorang gadis bangun dengan malu. Tangannya digenggam dan dibawa ke dada.

"Saya Hyuga Hinata. Salam kenal"

"Saya Kiba, Inuzuka Kiba. Ini niken saya Akamaru" Kiba memperkenalkan dirinya dan seekor anak anjing ninja yang dibawanya

"Shino, Aburame Shino"

"Saya Shikamaru Nara, kamu boleh panggil saya Shikamaru."

"Saya sensei, saya Akimichi Choji. Salam kenal, sensei awak mahu keropok?"

"Tidak Choji-kun, tapi saya akan gembira kalau awak berhenti makan" Iruka tersenyum.

"Saya, Yamanaka Ino. Sensei boleh panggil saya Ino"

"Haruno Sakura. Sensei, saya dari keluarga bukan shinobi, bolehkah, saya menjadi shinobi yang hebat?" Gadis itu menyoal. Iruka tersenyum

"Saya percaya awak boleh menjadi shinobi yang hebat satu hari nanti" Balas Iruka.

"Sensei saya! saya!" Naruto menjerit dari belakang.

"Naruto, awak boleh tunggu giliran awak nanti" Balas Iruka. "Sasuke silakan" Kata Iruka kepada anak yang sudah teruja ingin mengenalkan dirinya. Sebelum Sasuke bersuara, Kiba dulu yang mencelah

"Sensei, kenapa Sensei tahu nama Naruto dan Sasuke sedangkan mereka belum kenalkan diri lagi" Kiba bersuara.

"Ya betul!" Choji dan Ino bersetuju.

"Kerana saya mengenali mereka berdua sebelum ini" jawab Iruka.

"Ruka-nii, kenapa saya tak tahu awak kenal dengan dia" Naruto mencelah.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now