Bab 30

91 16 8
                                    

Kakashi berlari sepantas mungkin, dia mula menyesali kerana melanggar peraturannya sendiri. Sedangkan dia sendiri berkeras kepada Iruka untuk tidak bertindak sesuka hati. Dia berharap guru itu tidak membunuhnya.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Dia hanya mahu mencari sedikit maklumat dan tiba-tiba dia ditegur seseorang. Sialnya dia tidak menyedari kedatangan lelaki yang menegurnya.

"Mencari sesuatu?" Soel menyoalnya. Kakashi berpeluh mencari ayat untuk melarikan diri.

"Saya hanya mengambil angin. Jadi, saya akan pergi" Kakashi membuka langkah untuk pergi apabila satu bilah berkilau menghalang laluannya.

"Awak fikir saya bodoh, Ninja Daun!" Soel tersenyum sinis. Wajah Kakashi datar. Penyamarannya sudah terbongkar.

"Apa yang awak katakan?" Kakashi cuba bermain tidak bersalah.

"Saya tahu siapa awak. Adakah seseorang tidak memberitahu awak untuk tidak melakukan henge dihadapan shinobi Yuki. Tambahan lagi, ninja di negara ini mengenakan sejenis perisai yang unik di mana ianya mampu mengatasi sebarang teknik ninjutsu atau genjutsu. Mereka dapat membezakan siapa antara kamu menggunakan henge" Soel berbicara sinis berasa bangga dapat menangkap penyusup.

"Maa, mereka shinobi yang hebat" Kemudian Kakashi menjatuhkan hengenya. Tidak seperti hari sebelumnya. Untuk perjumpaan itu Kakashi lebih memilih melakukan henge.

Adakah ini karmanya kerana membantah ketika Iruka melarangnya menggunakan henge? Akalnya berputar ligat.

Soel ternganga dia mengenali ninja dihadapannya. Rambut perak itu, topeng yang menutupi separuh wajahnya dan bandana Konoha yang miring menutup sebelah mata. Wajahnya menghiasi buku bingo di pelbagai negara.

"Hatake Kakashi, Pemilik sharingan, pembunuh kawan berdarah dingin" Soel berdengung. Kemudian Kakashi dapat merasakan satu ping cakra yang dikeluarkan dari Soel. Tiba-tiba saja dia disekelilingi oleh ramai shinobi Kumo dan Yuki.

Mahu tidak mahu dia terpaksa berlawan untuk mempertahankan hidupnya. Mereka terus menyerangnya beramai-ramai. Dia terpaksa menggunakan sharingannya. Cahaya chidori memenuhi ruang itu. Bau hangus terbakar berterbangan di udara.

Dia perlu keluar dari lorong sempit itu dan segera berlari mencari jalan keluar sambil menghindari serangan bertubi-tubi dan berarus deras dari musuhnya.

Akhirnya, dia keluar dari sana terus masuk ke dalam hutan yang dipenuhi pohon beku dan berais. Shinobi musuh semakin ramai menyerang. Kini shinobi Yuki lebih juga menyertai pergaduhan itu. Dia juga dapat melihat Daimyo telah dibawa pergi.

Sialnya dia tidak dapat sebarang maklumat malah nyawanya pula menjadi taruhan. Sharingannya berputar memakan cakra. Menggunakan kunai dan shuriken sebagai alat mempertahankan diri.

Dia tidak tahu berapa lama dia perlu untuk memenangi pergaduhan itu. Ramai di antara mereka adalah ninja tahap chunin itu tidak terlalu menyusahkan tetapi mereka ramai dan sharingan menggunakan cakra yang banyak. Dan ninja Yuki memiliki kelebihan dengan salju.

Matanya sakit, sharingan mula mengalirkan darah pekat. Dia menutup seketika dan bertahan dengan taijutsu. Menendang menumbuk mereka di titik saraf membuatkan mereka jatuh.

Pemilik sharingan itu tercungap-cungap nafasnya. Satu set shuriken terbang kearahnya membuatkan dia sukar untuk menghindari. Beberapa dari mereka mengenai tubuhnya.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now