Bab 29

98 16 2
                                    

Seperti yang dijanjikan. Iruka dan Kakashi menunggu wanita cantik berambut merah panjang bernama itu di luar penginapan mereka tempat yang sama mereka berjumpa.

Pada malam sebelumnya Iruka telah menceritakan kepada Kakashi bagaimana dia bertemu dengan wanita itu. Selama setahun Iruka ulang alik dari Konoha dan Taki untuk menemui wanita itu sebagai Akari. Dalam misi jangka panjangnya dalam menjejaki jinchuriki mereka

Dari situ Kakashi sudah yakin bahawa Iruka bukanlah chunin yang tidak bersalah seperti yang mereka fikir. Sejak meninggalkan Konoha lagi kemahiran dan pengetahuan lelaki itu melebihi seorang chunin tetapi dia tidak berkata apa-apa setidaknya dia gembira apabila Iruka semakin terbuka bercakap mengenai dirinya.

Kakashi terus merenung Iruka yang memeluk tubuh. Mungkin kedinginan kerana Kakashi benar-benar menghalang guru itu untuk membazirkan cakranya. Makin lama Iruka makin mendekatinya mungkin mencari kehangatan.

Jonin sangat mahu ketawa melihat wajah cemberut guru yang merajuk, Iruka kembali kepada Iruka yang merungut tentang cuaca. Sedikit sebanyak Kakashi sedikit terhibur dengan omelan guru itu.

"Awak tahu! Awak kejam Kakashi-san! Saya benci awak!" suara Iruka mengigil, walaupun dia hampir tenggelam dengan helaian pakaiannya kesejukan masih mengusiknya. "Di mana awak Satomi-chan?" Iruka mengeluh sambil menarik tangan Kakashi dan memeluknya.

"Jika saya kejam Ruru-chan, saya tak benarkan awak peluk saya" Kakashi mengusik. Iruka mendengus lalu menolak tangan Kakashi kembali. Kemudian dia terasa kosong dan membeku. Dia kembali menarik tangan Kakashi. Membuatkan ninja seribu jutsu itu ketawa riang.

ANBU rahsia itu mendengus geram lalu menarik salah satu jari Kakashi seolah ingin mematahkannya. "Aduh! Ruru-chan! sakit!" Kakashi menggoda pura-pura sakit.

"Berhenti bergurau, Kakashi-san" Iruka marah, dia tiada mood ingin bergurau saat kakinya sudah separuh membeku. "Dan berhenti memanggil saya Ruru-chan" Iruka membentak.

"Akari-kun, Sukea-san maaf saya terlambat. Mari pergi." Satomi melaung tidak jauh, seraya melambai mereka untuk bergerak. Iruka tidak mahu bergerak sebenarnya. Kakinya sudah membeku.

"Hei, kenapa?" Soal Kakashi risau apabila Iruka tidak berganjak membuatkan dia juga tidak boleh bergerak kerana guru itu terus memeluk sebelah tangannya. Iruka hanya menggeleng perlahan sebelum membuka langkah berat.

"Awak nampak sejuk Akari-kun" Itu bukan soalan itu adalah penyataan daripada Satomi. "Saya faham Akari-kun, suhu hari ini lebih rendah dari sebelumnya. Jangan risau tempat perjumpaan akan dilakukan dalam sebuah dewan yang hangat." Satomi berkata sambil mengangkat sebelah keningnya. Iruka tergoda untuk memeluknya kerana maklumat itu.

Kakashi melihat wajah Iruka berseri-seri saat wanita itu mengatakan tentang dewan yang hangat dan juga perasan bahawa Iruka tak lepas memandang wanita itu. Dia tertanya-tanya adakah Iruka memiliki satu perasaan istimewa kepada wanita itu.

Apabila mereka tiba, Iruka sangat gembira apabila dewan itu benar-benar hangat. Dia segera melepaskan tangan Kakashi. Disana mereka melihat terlalu ramai manusia. Iruka mahupun Kakashi tidak pasti adakah mereka semua itu perdagang.

"Satomi-san" Kakashi memanggil wanita itu. "Saya diberitahu, perjumpaan hari ini adalah antara pedagang asing yang sedang berurusan dengan Negara Api, benarkah?" Kakashi menyoalnya.

"Sebahagian besarnya adalah benar" Jawab Satomi. Kakashi hanya mengangguk. "Mari, saya kenalkan awak kepada yang lain" wanita itu menarik Iruka bersamanya. Kakashi berdecit apabila Iruka memberi isyarat untuk berpisah.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now