Bab 31

86 15 2
                                    

Misi itu terpaksa dihentikan kerana keadaan Kakashi yang tidak mengizinkan. Copy ninja itu perlu dapatkan rawatan dari ninja perubatan yang lebih mahir. Asuma dan Gai telah bersetuju untuk berganti-ganti membawa Kakashi.

Manakala Anko terus menempel kepada pada Iruka sejak mereka meninggalkan Yuki no Kuni. Iruka tidak banyak bercakap atau berhenti bercakap terus membisu tanpa suara. Anko risau dan wanita itu tahu bukan hanya dia sahaja yang risau. Dia dapat melihat jonin yang lain terus melirik ke arah guru muda itu.

Mereka memberi isyarat menyoal kepada Anko. Wanita itu hanya mengangkat bahu. Satu yang mereka pasti Iruka tidak akan pergi jauh dari Kakashi. Sentiasa memastikan surai perak itu tetap bernafas dan gelisah apabila Kakashi kekejangan.

"Awak harus tidur Iruka sensei" Asuma bersuara memujuk. Guru itu duduk diam sambil menarik kakinya ke dada di sisi Kakashi. Kakashi sudah lama hilang kepada dunia.

Iruka langsung tidak mendengar kata-kata Asuma. Pipinya diletakkan di lututnya sambil terus merenung Kakashi. Anko mengeluh sangat pasti Iruka kini dihantui trauma masa silamnya. Guru itu kelihatan ketakutan apabila dia melihat Kakashi mengerang kesakitan.

Anko duduk disisinya dengan perlahan-lahan menarik ANBU sebalik chunin itu supaya berbaring dipangkuannya. Menarik ikatan rambut Iruka dan menguburkan jari-jemarinya disana untuk mengelus helaian sutera coklat, chunin di pangkuannya hanya membiarkannya dan menikmati urutan lembut tangan Anko.

"Tak apa, Kakashi akan baik-baik saja. Awak perlu tidur."kunoichi itu berbisik lembut, mata Iruka bertentangan dengan Anko mencari kebenaran dalam kata-katanya. "Percayalah. Kakashi sangat berdegil untuk mati seperti itu" yakin Anko lagi.

Gai dan Asuma memandang sedikit kesal. Siapa sangka chunin yang paling semangat dan guru yang sangat terkenal dengan keceriaan serta suka bergurau sebenarnya telah mengalami kerosakan dalaman yang hampir musnah.

Asuma boleh melihat mengapa bapanya sangat mengambil berat terhadap guru itu. Dia terus menghisap rokoknya sambil berjaga-jaga kebebasan deria cakranya, tidak mahu tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan musuh dalam keadaan Kakashi yang cedera dan Iruka yang patah.

Anko terus bermain dengan surai coklat Iruka. Memberi kenyamanan untuk guru, lama kelamaan chunin itu memejamkan matanya dan tidur. Hanya setengah jam berlalu Kakashi pula terjaga. Gai mendekati apabila melihat lelaki itu seolah-olah gelisah dan mencari sesuatu sambil memaksa diri untuk bangun lalu dibantu oleh Gai untuk duduk.

"Dimana Iruka?" Soal Kakashi yang tidak perasan bahawa guru itu sebenarnya berada disebelahnya sedang tidur.

"Tidur" Gai memberi isyarat disebelah Kakashi. Kakashi melihat guru itu tertidur di riba Anko. Dia tidak tahu Anko boleh menjadi seorang yang penyayang. Dua menghela nafas lega.

"Bagaimana keadaannya?" Soal Kakashi.

"Dia baik, awak itu yang berada dalam masalah di sini Kakashi, perlukan saya ingatkan bahawa awak cedera teruk" Anko bersuara.

"Jangan tipu saya Anko." Kakashi menjeling wanita itu.

Anko mengeluh "Mental dan emosinya tidak stabil sekarang" bisik Anko.

"Dia seperti kucing ketakutan dan sangat gelisah kerana kecederaan awak" Asuma bersuara pula. Kakashi menjatuhkan pandangan kepada Iruka. Dia ingin menyentuh guru itu. Tetapi tangannya tidak mahu bergerak.

"Berehatlah, besok kita akan tiba di Konoha, pastikan dapat rawatan yang betul dan jangan melarikan diri dari hospital sehingga awak diberikan keizinan untuk awak tinggalkan hospital" Asuma berkata tegas.

Manakala Gai terus menolak Kakashi kembali berbaring. Dia terus menoleh dan meringkuk ke arah chunin malang tersebut. Melihat dadanya turun naik dengan nafas tidur yang teratur menjadi irama kegemaran Kakashi saat itu mungkin selamanya.

Keesokan harinya, mereka hampir tiba di Konoha apabila Iruka tiba-tiba melarikan diri membuatkan kumpulan jonin tersentak dan terkejut. Anko dahulu membuka langkah mengejarnya dan  memanggil nama guru itu yang tidak menyahut. Mereka yang lain juga segera menyusul.

Iruka berlari kencang menerpa ke arah Naruto dan kumpulannya bersama Genma yang sedang dalam perjalanan pulang ke Konoha. Seperti pasukan Iruka mereka juga telah kembali dari satu misi. Dari jauh Iruka sudah perasan surai perang itu dan semestinya Uchiha disebelahnya.

Genma yang merasakan satu gerakan tajam menuju ke arah mereka seperti belati membuka langkah untuk bertahan. Seseorang melompat turun membuatkan naluri ninjanya bertindak pantas dengan meniup senbon beracun di mulutnya kepada penyerang.

Tokubetsu jonin itu terkejut apabila ninja yang dia serang adalah Iruka malah guru itu langsung tidak mengelak atau menepis jarum beracun itu dan menerima tusukan senbon beracun dibahunya. Dia mendesis sakit apabila jarum itu menikam sarafnya.

"Iruka!" Anko berjerit. Mereka yang lain kaku. Guru itu terus menarik jarum racun itu dan membuangnya. Tidak peduli dengan racun yang cuba bercumbu dengan saluran darahnya dia terus merangkul Naruto dan Sasuke ke dalam pelukan bersama.

Gemna segera mengeluarkan penawar racun memaksa Iruka untuk segera minum malah guru itu terus membenamkan wajah diantara celah wajah Naruto dan Sasuke. Aneh yang kedua genin itu juga kaku dan tidak menolak.

Iruka mengangkat wajah mencuri ciuman ke ubun-ubun Naruto dan Sasuke. Sebelum melepaskan mereka. Genma yang risau terus membuka penutup botol penawar dan menuang terus ke dalam mulut guru itu secara paksa.

"Telan sensei! Adakah awak sudah gila sensei. Menceroboh seperti itu!" Genma marah. Iruka seolah tidak mendengarnya. Dia merenung surai perang dan surai hitam itu silih ganti. Sebelum menjatuhkan pandangan kepada surai perak yang kelihatan risau dibelakang Gai.

Kemudian dia hilang dalam pusaran angin puyuh. Masing-masing tercengang. Iruka hilang dengan tiba-tiba. Naruto adalah orang yang memecah kesunyian apabila dia memberi tahu Genma bahawa dia akan pergi. Dia terus berlari lincah tidak memperdulikan Sakura yang menjerit memanggilnya.

"Sesuatu yang berlaku?" Genma menyoal kepada Anko dan yang lain.

"Seperti yang awak lihat. Kakashi cedera" Asuma mencelah.

"Dan Iruka sensei?" Mereka terus membisu sebelum membuka langkah. Gai sempat menepuk bahu Genma.

"Hei! Apa yang berlaku kepada Iruka sensei" Genma geram apabila tiada siapa membuka kata, mereka terus meninggalkan tokubetsu jonin itu bersama dua genin.

Bersambung....

Behind the MaskWhere stories live. Discover now