Bab 8

122 15 4
                                    

Sebulan setelah mengenali Naruto dan berteman baik. Dia terpaksa meninggalkan si mata biru itu untuk beberapa minggu. Dia perlu menyelesaikan misi solonya.

Iruka melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. Kakinya cedera dan darah mengalir seolah air. Dia tidak boleh berhenti apabila musuh dengan bernafsu mengejarnya. Iruka tahu jika dia berhenti nyawanya akan terancam.

Apabila pandangan mula kabur Iruka tahu. Mungkin itu hari terakhirnya. Lantas terlintas bayangkan senyuman cerah si surai perang tertentu berkata bahawa dia akan menunggu Iruka pulang.

Iruka jatuh ke tanah apabila cakranya tak mampu menahan tubuh dari terus melekat pada pohon. Dia duduk bersandar di satu pohon tumbang. Kemudian sekumpulan shinobi asing melompat kelilingnya.

"Akhirnya Owl-chan, adakah awak mengalah?" Salah seorang daripada mereka bertanya geli. Kemudian dia mengeluarkan sebilah kunai. Baru saja dia hendak menikam. Iruka perasan satu kilat merempuh setiap tubuh ninja asing itu.

"Owl adakah awak okey?" Soal seseorang. Iruka mengangkat wajah. Itu adalah Itachi.

"Saya okey" jawab Iruka bernafas lega.

"Saya kebetulan dalam perjalanan pulang dari misi, kemudian Hound Taicho merasakan sesuatu. Syukurlah kami cepat sampai" kata Itachi. Kemudian Iruka membuang pandangan kepada Hound dan Iruka tahu itu adalah Kakashi. Mereka pernah berjumpa tetapi Kakashi tidak tahu itu.

"Awak cedera!" nyata Kakashi saat melihat kaki Iruka yang terluka parah. "Awak sendiri? Di mana pasangan awak?" Soal Kakashi pula.

"Salah saya kerana cuai dan saya dalam misi solo" jawab Iruka. Kakashi tidak membalas segera dia mengeluarkan set perubatannya dan merawat kaki Iruka.

"Adakah awak masih boleh berjalan?" Soal Kakashi. Mengoyakkan kaki seluar Iruka. Menampakkan betis yang berlumuran darah.

"Saya rasa, Terima kasih Hound Taicho, Lynx. Jika tiada awak berdua mungkin saya sudah mati" Iruka Ikhlas berterima kasih.

"Tak perlu, saya tahu awak akan lakukan perkara yang sama jika kami dalam situasi awak" Itachi menyentuh bahu Iruka lembut.

"Pergilah saya tak mahu menahan awak berdua lebih lama" kata Iruka sebaik sahaja Kakashi selesai membalut kakinya.

Kakashi dan Itachi tahu ANBU Owl itu tidak boleh bergerak. Kemudian Kakashi merendahkan badannya dan meminta Itachi menolong Iruka naik ke atasnya. Iruka cuba menolak tetapi Itachi mahupun Kakashi tetap mahu membawanya kembali ke Konoha bersama.

Iruka dirawat di rumah sakit selama tiga hari dan kini dia bersama Hiruzen dan Danzo di pejabat Hokage setelah membuat permintaan untuk bertemu dengan dua shinobi itu.

"Ada apa Iruka? Apa yang awak mahu bincangkan bersama kami berdua?" Hiruzen bertanya. Danzo hanya merenung.

"Saya sudah lama terfikir. Saya telah putuskan saya mahu jadi guru di Akademi" Beritahu Iruka. Hiruzen tersenyum tetapi Danzo memandang tidak setuju.

"Tidak! Iruka, Saya melatih awak bukan untuk menjadi guru Akademi!" Danzo menolak dengan keputusan lelaki itu.

"Tapi Danzo-sama, Saya mahu mengajar mereka. Seperti Sandaime-sama pernah berkata kepada saya dahulu, saya mahu menanam tekad api dalam diri mereka" kata Iruka. Dalam diam Hiruzen berbangga dengan Iruka.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now