Bab 15

83 15 1
                                    

"Ini sudah di luar batas Danzo, arahkan orang awak berhenti menyerang. Kita disini untuk berbincang" kata Hiruzen tenang.

Danzo juga sebenarnya agak terkejut dengan kemunculan Owl tiba-tiba, dia tahu Owl adalah identiti Anbu Iruka tetapi dia tak dapat melihat siapa diantara mereka adalah yang asli.

Dia tahu guru itu melakukan sesuatu dengan cakranya. Itu salah satu sebab kenapa dia mahu Iruka patuh kepadanya. Kemahiran Fuuinjutsu Iruka adalah yang terbaik yang dia pernah lihat.

"Nampaknya awak memiliki pengawal sendiri itu membuktikan bertapa biadapnya awak, chunin" Danzo mencemuh. Nafas Iruka turun naik. Walaupun dia hanya Klon dia memiliki perasaan yang sama dengan tubuh aslinya.

"Jika tiada perkara yang baik untuk bercakap lebih baik awak diam, Danzo-sama" Owl bersuara memerintah. Dia sebetulnya hanya mahu melihat dari tempat persembunyian tetapi apabila Danzo mula menyerang dia tak boleh membiarkan klonnya hancur.

Kemudian Owl berpaling kepada Iruka dan berdiri disisinya. Dia menolak bahu Iruka untuk duduk dan mengambil alat tulis lalu diletakkan ditangan Iruka.

"Tulis apa yang akan saya katakan. Tentang pencerobohan Kiri, penyerangan ninja pengkhianat dan pembantaian Uchiha" Owl berkata. Iruka hanya mengangguk. Kepada dirinya sendiri.

"Kenapa perlu mengambil kira tentang Klan pengkhianat itu!"

"Uchiha bukan pengkhianat!" Iruka, Owl bersuara serentak. Harmoni suara mereka memberi tekanan yang menyesakkan. Para jonin diam membeku. Danzo juga seolah tersentak dengan gema suara itu. Mereka merenung tajam wajah Danzo dan Kemudian, Shikaku memecahkan kesunyian itu.

"Owl, saya fikir awak tidak datang. Apa-apa pun terima kasih kerana hadir memandang awak sendiri yang terlibat dengan ketiga-tiga masalah tersebut" Shikaku bangun memandang Owl dan Iruka silih ganti mencari yang mana yang asli. Kemudian dia yakin Owl adalah yang asli.

"Boleh kita mulakan tentang pencerobohan Kiri dahulu" Shikaku menoleh kearah Ibiki. Kemudian dia mengangguk. Untuk beberapa minit mereka berbincang tentang pergaduhan yang tercetus oleh Kiri dan apabila masuk saja tentang perbincangan tentang Uchiha sekali lagi suasana menjadi tegang.

Kakashi perasan Danzo seolah-olah menyerang Iruka habis-habisan seperti guru itu adalah punca kepada masalah. Bukan hanya dia, mereka perasan Danzo dan Iruka seolah memiliki satu hubungan yang tidak baik, seolah dendam yang telah lama tersimpan diantara mereka yang kian menjarah.

"Danzo terus menyerang sensei dan sensei sepenuhnya membenci Danzo" bisik Genma kepada jonin berdekatan. Yang mendengar mengangguk bersetuju dengan kata-kata Genma.

"Ada sesuatu yang berlaku di antara mereka" bisik Anko. "Saya tak pernah melihat Iruka membenci seseorang dengan begitu dahsyat" sambungnya lagi.

"Perasaan tak anbu itu seolah-olah menjaga sensei" bisik Aoda mereka mengangguk setuju.

"Saya tak tahu apa masalahnya di sini, Danzo-sama. Jika isu Uchiha dibangkitkan awak seolah-olah mengelak dan terus menyerang seorang chunin." Owl bersuara dingin.

"Adakah awak dalang disebalik penyembelihan Uchiha?" Kata Owl. dia sangat tahu apa yang berlaku kepada Uchiha. Itachi sudah memberitahu segalanya.

"Adakah awak mahu menuduh Danzo-sama tanpa bukti?" Kini Anbu bersama Danzo bersuara.

"Saya tidak menuduhnya, seperti yang saya katakan, Danzo-sama terus menerus mahu isu Uchiha tidak dibincangkan. Saya ingin tahu mengapa?" Soal Owl. Menatap tajam antara Anbu lelaki itu dan Danzo sendiri.

Anbu itu terdiam begitu juga Danzo. "Sebelum kehilangan Uchiha Shisui, dia memberitahu saya bahawa dia perlu berjumpa dengan awak, Danzo-sama. Adakah ianya kebetulan awak menghantar saya ke misi bunuh diri dan memberitahu saya bahawa pencerobohan Kiri adalah maklumat palsu? atau itu memang rancangan awak untuk memisahkan kami berlima!?" Owl menyoal ketegangan dalam suaranya semakin meningkat apabila menyebut nama Shisui

Danzo terdiam. Anbu Danzo mahu membuka langkah apabila satu bilah pedang ditangan Owl menghala terus kearahnya "Jangan berani membuka langkah! Saya tidak berniat untuk menyerang! saya hanya ingin mengetahui. Kenapa, Danzo-sama? Kenapa?" Owl membentak dia mula merasakan lidahnya terbakar dek materai yang semakin menggila.

Danzo tidak membalas pandangan Owl. Dia menoleh ke arah Hiruzen. "Tiada yang perlu dibincangkan lagi" kata Danzo kemudian melangkah pergi. Ketika dia berselisihan dengan Owl dan Iruka. Danzo langsung tidak menoleh. Entah kenapa itu memberikan senyuman kepada Jonin.

Dalam diam mereka bersorak atas kekalahan Danzo. Kecuali seseorang. Kakashi merenung Owl. Lelaki itu sangat misteri baginya. Dia sangat ingin tahu apa sebenarnya berlaku antara mereka dan Uchiha. Dari apa yang Owl katakan dia sepertinya berteman rapat dengan Shisui dan dia tahu Shisui adalah sepupu Itachi. Dia mengenali Itachi dengan baik dan seperti yang Iruka katakan diawal pergaduhan dia dan Danzo. Itachi tidak mungkin membunuh klannya tanpa ada seseorang disebaliknya.

Beberapa minit kemudian perjumpaan itu berakhir. Iruka masih ditempatnya masih menulis sesuatu. Ramai yang sudah pergi. Hanya beberapa jonin yang tinggal.

Iruka mengangkat wajah apabila Anko dan yang lain berdiri dihadapannya.

"Iruka awak sangat terbaik, saya tak penah melihat awak sepanas ini" Anko bersuara. Iruka hanya tersenyum. Klon itu perlu pergi kerana tubuh aslinya akan melakukan misi.

"Iruka sensei, boleh saya tanya sesuatu?" Soal Kakashi. Iruka sedikit mengangguk tidak tahu harus menerima soalan atau tidak. Walaupun klon, kadangkala mereka memiliki fikiran sendiri yang tidak selari dengan tubuh asli.

"Apa yang berlaku antara awak dan Danzo? Ini bukan kali pertama saya melihat awak bertikam lidah" Kakashi sangat ingin tahu sejak guru itu benar-benar mahu bunuh Danzo ketika di pejabat hokage.

"Sejujurnya saya memiliki dendam peribadi dengannya" jawab Iruka tanpa memikir.

"Dendam apa?" Soal Genma.

"Bukan perkara yang besar. Hanya dia merampas sesuatu milik saya dan.." Iruka terdiam apabila Owl melompat dibelakangnya. Iruka yang asli hanya berkerut ketika klonnya masih belum hancur. Apabila dia kembali. Klonnya dikelilingi jonin yang sangat ingin tahu.

"Maafkan saya, sensei. Hokage-sama ingin berjumpa" Owl berbohong dia hanya tak mahu klon itu membuka semua rahsianya. Kemudian dia menarik klonnya dengan paksa dan hilang dari pandangan mereka.

"Hei, adakah Owl cemburu" Anko sedikit ketawa. "Lihat! Dia benar-benar cemburu. Sial, Iruka menjalinkan hubungan tanpa memberitahu saya" Anko mencebik pada akhir ayatnya.

"Apa yang awak fikir Anko. Hokage-sama ingin berjumpa dengannya" Gai berkata.

"Saya rasa Anko benar. Awak tak melihat cara Owl pandang kita. Seolah memberitahu. Jangan berani sentuh milik saya" Kata Genma pula. Sambil membalas tepukan dengan Anko.

Kakashi tak suka itu, ia seolah memberi satu perasaan tidak enak di perutnya. Sepanjang perbicaraan mereka tadi. Dia boleh melihat bertapa Owl sangat melindungi Iruka dan Iruka seolah tidak terganggu dengan kehadiran Owl seolah mereka mengenali lama dan sentiasa bersama.

Perasaan itu terus menganggunya. Kemudian dia meninggalkan mereka dan pergi mana saja di mahu.

Bersambung...

Behind the MaskWhere stories live. Discover now