Bab 44

97 12 0
                                    

Iruka duduk ditebing tinggi manakala kakinya tergantung ke bawah. Di bawahnya ada sebatang sungai yang mengalir deras. Dia mahu bertemu dengan Itachi dan Shisui. Tempat itu kembali menjadi tempat yang wajib mereka kunjungi. Dan mereka datang hampir tiap minggu sekarang.

Iruka bersenandung sedih. Dia fikirkan Yuu, Hide dan Haru. Orang-orang yang bermakna dalam hidupnya sebelum Naruto hadir dalam hidupnya. Dia semakin rindukan mereka. Telah terlintas jika dia terjun  ke bawah adakah dia bertemu dengan mereka bertiga.

Dia terus bersenandung nada dan melodi yang biasa Yuu nyanyikan untuk mereka.

"Iruka sensei" tegur Naruto tiba-tiba. Iruka kaku ditempatnya. Bait lirik yang dialunkan juga mati di bibir. Terkejut dengan kedatangan Naruto. Iruka yakin deria ninjanya mula menumpul.

"Naruto, lama tak jumpa tapi saya yakin awak baik-baik saja, saya bangga dengan awak Naruto" lembut suara Iruka tiada lagi nada gurunya yang tinggal kini hanya suara seorang yang penuh kerinduan. Naruto menggigit bibir. Tidak suka dengan nada suara itu.

Naruto memberi isyarat kepada mereka yang lain untuk menunggu dengan diam. Mereka hanya mengangguk dan bersembunyi di sebalik pohon.

"Naruto, dahulu awak pernah bertanya bagaimana saya boleh terlibat dalam ANBU, bukan?" Iruka berkata lagi nadanya tetap sama. Naruto mula yakin Iruka tidak sedar bahawa di belakangnya terdapat ramai yang berkumpul. Itu membuatkan dia terganggu, adakah Iruka berhenti bergantung kepada deria ninjanya.

Naruto berjalan lalu duduk di sisi Iruka. Tetapi guru itu langsung tidak memandang Naruto matanya terus tertumpu kepada air terjun yang mengalir deras. Hati Naruto bagaikan dicarik apabila melihat wajah Iruka.

Wajah itu tidak seperti Iruka yang dia kenal. Wajah itu tergambar kesedihan kekecewaan dan rasa tidak berdaya. Kesakitan yang sudah lama tersimpan.

Sasuke ingin membuka langkah tetapi pantas dihalang Kakashi. Hokage itu tahu untuk tidak mengganggu kedua mereka untuk seketika.

"Mereka mengambil saya kerana kebolehan saya" Iruka mengangkat tangannya kemudian menggerakkan jarinya muncul dua ekor ikan lumba-lumba dalam bentuk air sedang melompat. Iruka ketawa kecil terkenang namanya sendiri

"Ini kali pertama saya tengok kekei genkai awak, Ruka-nii"

"Kekei genkai saya tak sehebat Uchiha dan Hyuga, saya hanya mampu manipulasi air tanpa menggunakan sebarang " ujar Iruka.

"Bagi saya, Ruka-nii yang paling hebat" jujur Naruto. Iruka terdiam. Lantas menggelengkan kepala.

"Tidak Naruto! Saya terlalu lemah saya tak mampu lindungi keluarga saya. Benar kata Sasuke saya senjata gagal" Sasuke berkerut. Sakura merenung Uchiha itu lalu menyentuh lembut tangannya.

"Saya tak mampu hentikan Itachi daripada membunuh keluarganya. Saya tak mampu menghalang Danzo daripada merampas mata Shisui dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk membunuh diri disini" Iruka berhenti apabila Naruto merapatkan tubuh mereka dan dia memeluk Iruka dari sisi.

Kepalanya diletakkan dibahu Iruka. Guru itu tidak menolak hanya membiarkan Naruto memeluknya.

"Yuu, Hide dan Haru mati demi melindungi saya" Air mata mengalir tanpa dipaksa. Tetapi tiada esakkan yang berbunyi.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now