Bab 19

93 19 4
                                    

Perang telah berlaku. Banyak yang terkorban dan tercedera. Fox dan Owl juga terpisah. Owl tidak tahu dimana Fox dan begitu juga Fox yang tak tahu dimana Owl berada. Di satu kawasan. Owl berdiri di atas salah satu dahan pohon meninjau kawasan jika ada pergerakan daripada musuh.

"Owl-san" panggil seseorang. Owl tidak menjawab hanya menoleh melihat Kakashi merenungnya. Dia memberi syarat seolah-olah bertanya 'apa' kepada copy ninja itu.

"Anko dan yang lain minta awak untuk berehat seketika. Saya bersetuju untuk itu. Awak dan Cat terlalu memaksa diri. Perangkap kita akan melakukan kerjanya jika ada musuh yang mendekat. Dan Anko juga telah menempatkan beberapa ularnya untuk berjaga bergitu juga ninken milik saya" jelas Kakashi.

Owl seolah-olah ingin membantah. Tetapi Kakashi terus merenung tajam berharap anbu berehat. Bahu yang tegang sedikit jatuh dan mengeluh. Mungkin dia perlu setuju dengan cadangan kakashi. Lantas kakashi melompat turun dan Owl mengikut di belakangnya. Tidak jauh dihadapan mereka, Owl melihat Gai muncul bersama Cat di belakangnya.

Mereka kemudian duduk dikeliling ungun api kecil. Semua kelihatan merehatkan diri tapi tetap masih berjaga-jaga dan peka terhadap keadaan sekelilingi mereka. Owl memandang Anko, lebih tepatnya Iruka memandang kearah teman baiknya. Dia tahu ada sesuatu dengan Anko, selama dua hari ini dia bersama Anko dan wanita itu tidak seperti dirinya.

"Anko-san" Owl memanggil dan bukan Anko saja memandang malah yang lain turut memandangnya. Tertanya-tanya apa yang ingin dibicarakan Owl. Kerana sepanjang mereka bersama Anbu itu jarang bersuara. Hanya bersuara apabila sangat perlu. Mereka masih menanti ucapan Owl yang terhenti kerana pandangan yang diberikan.

"Ah! Maaf, saya hanya ingin bertanya, seperti ada sesuatu yang mengganggu awak Anko-san, adakah awak baik-baik saja?" Pantas yang lain menoleh kearah Anko. Sejujurnya mereka tidak perasan apa yang aneh dengan wanita itu.

"Awak memiliki mata yang hebat! Saya okey sebenarnya hanya terfikirkan Iruka" kata Anko. Bahu Owl tegang. Anko memikirkannya sepanjang peperangan ini. Apa yang dia telah lakukan hinggakan wanita itu risau.

Yang lain juga seolah terganggu dengan keberadaan Iruka sekarang. Tapi mereka cuba sembunyikan perasaan risau dengan baik. Dan bahu Owl makin tegang. Mereka risaukan dia, sedangkan dia berada bersama mereka sepanjang hari.

"Saya rasa dia baik-baik saja" Owl cuba menahan getaran suaranya. Dia rasa sangat bersalah.

"Owl awak patut berehat seketika. Bahu awak terlalu tegang. Jangan risau ular saya tengah berjaga-jaga sekarang. Berehatlah. Awak perlu berehat juga. Awak sudah memaksa diri, awak juga Cat. Adakah, Anbu memang tak tahu apa itu rehat?" Keluh Anko sambil memandangkan Owl dan Cat silih ganti.

Owl memandang Cat seketika sebelum bangkit dari duduknya.

"Awak nak ke mana?" Soal Anko. Owl hanya diam. Lalu menangalkan jubah hitamnya. Kini dia hanya memakai seragam anbu biasanya. Jubah itu dimasukkan kedalam skrol penyimpanan. Dia kembali duduk ditempatnya disebelah kakashi. Dia tahu mereka masih merenungnya mungkin menganalisis setiap inci badannya.

"Ada yang salah?" Soal Owl. Saat itu juga mereka mengalih pandangan kerana malu tertangkap.

Tidak tahu kenapa saat melihat Owl. Anko terfikirkan Iruka lagi. Bentuk tubuh itu warna kulit itu sama seperti Iruka Melainkan rambut hitam panjang melepasi bahunya. Mungkin kalau Iruka melepaskan ekor kudanya tentu rambut Iruka seperti itu.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now