Bab 41

93 16 0
                                    

Iruka berkelip apabila mereka kembali ke tempat pertarungan Sasuke dan Danzo. Satu yang dia pasti lidahnya terasa ringan. Segel itu telah dipatahkan. Sasuke berjaya membunuh Danzo.

Keadaan disana lebih hancur dari yang Iruka lihat sebelumnya. Dia melihat Sasuke sedang bercakap dengan seorang gadis berambut merah. Iruka mungkin pasti bahawa gadis itu merupakan seorang Uzumaki.

Dia segera melompat kehadapan terus ke Sasuke. Remaja itu merenung tajam wajah bekas gurunya. Tetapi dia dapat menangkap hembusan kelegaan dari Sasuke.

"Apa yang awak mahu?" Sasuke bertanya dingin. Sedingin yang pernah dia keluarkan. Sasuke telah menarik dirinya kembali.

"Pulanglah bersama saya, tolong.." pinta Iruka lembut sambil menghulurkan sebelah tangannya kepada Uchiha muda itu. Iruka dapat melihat anak itu tersenyum miring. Seolah mengejeknya. Pasti mengejeknya

"Untuk apa?" Dia bertanya sinis.

"Sasuke, awak sudah membalas dendam bukan. Tidak ada keperluan lagi, awak meninggalkan Konoha. Awak boleh pulang. Saya berjanji untuk..."

"Seorang yang gagal seperti awak, apa yang boleh awak lakukan?" Iruka terdiam. Kata-kata Sasuke umpama belati tajam. "Awak terlalu lemah untuk segalanya" kesunyian hampir saja membunuh sebelum Sasuke bersuara lagi.

"Awak tahu apa yang Konoha lakukan terhadap Uchiha! Awak tahu apa yang berlaku kepada Shisui! Tapi awak diam! Pengecut! Awak tahu Itachi tidak bersalah, Itachi bukan pengkhianat malah awak diam tidak berterusan terang kepada saya. Membiarkan saya terus tenggelam dengan dendam bodoh ini! Awak sama sahaja seperti mereka, melayan Itachi seperti pengkhianat!" Sasuke menjerit marah.

"Konoha menyebabkan Itachi bunuh keluarga saya! Apa yang awak lakukan? Awak bersama Konoha menuduh Itachi sebagai pengkhianat." tengking Sasuke lagi.

"Saya tidak! Saya.."

"Awak adalah sejenis manusia yang paling saya benci di dunia ini. Seorang yang hipokrit. Berbicara manis seolah Uchiha adalah keluarga awak. Tetapi dibelakang, awak antara orang yang menikam kami seperti pisau yang tajam." Iruka akan mati jika kata-kata boleh membunuh.

"Seorang yang gagal seperti awak tidak akan mampu lakukan apa yang saya lakukan. Saya telah membunuh Danzo dan sekarang saya akan menghancurkan Konoha." Azam Sasuke

Iruka terkilan dan kecewa. Cahaya mata Sasuke benar-benar bermaksud untuk menghancurkan Konoha.

"Saya akan membunuh sesiapa saja yang menghalang laluan saya, termasuk awak!" Sasuke berkata dingin. Iruka mahu membidas apabila dia dapat merasakan satu suar cakra yang sangat dia kenali menghampiri. Kemudian Sasuke ketawa kecil.

"Adakah awak mahu tinggal dan menunjukkan betapa gagalnya dan tidak berguna nya awak kepada bekas pelajar awak." Sasuke mendengus sinis. Iruka mengigit bibir. Dia perlu pergi. Dia tidak boleh bertemu dengan Sakura disini.

Segera dia menghilang diri dengan jutsu perpindahan yang pernah diajar Shisui kepadanya.

Iruka melompat pergi bersama linangan air mata kekecewaan. Dia benar-benar terkilan. Sasuke mahu hancurkan Konoha dan Iruka masih tidak mampu melakukan apa-apa.

Adakah dia terlalu bodoh kerana masih menyayangi anak itu walaupun jelas dihadapannya betapa Sasuke membencinya.

Dia terus membawa diri ke tempat persembunyian Itachi dan Shisui. Berkira-kira perlukah dia memberitahu mereka tentang rancangan Sasuke.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now