Bab 20

98 16 3
                                    

Matahari belum menunjukkan tanda-tanda kemunculannya lagi apabila mereka telah pun diserang oleh sekumpulan ninja musuh yang dahagakan darah dan nyawa.

Daripada berkumpul mereka mula terpisah untuk menyerang dan bertahan. Owl sangat berharap yang lain baik-baik saja. Apabila semua musuhnya tumbang Owl segera mencari rakan-rakannya yang lain.

Sepanjang perjalanan dia melihat ramai shinobi terkorban sama ada ninja musuh atau rakan sekampung. Itu sebab kenapa dia membenci perang. Perang yang berlaku hanya mengalami kerugian kedua belah pihak. Nyawa yang berjatuhan seolah tidak bernilai.

Dia sangat lelah dengan dunia shinobi yang hauskan darah dan nyawa. Dia pernah impikan pendamaian dimana semua negara shinobi bersatu dan hidup secara aman damai dan bersama-sama. Nampaknya perjalanan menuju ke dunia shinobi impiannya masih jauh

Owl bergetar geram apabila dia melihat Anko tidak mampu berdiri lagi mungkin dia sangat keletihan dan shinobi musuh sedang menuju dua hala ke arah Anko ingin menyerangnya. Tanpa berfikir panjang.

Owl melompat di hadapannya. Owl berjaya membunuh musuh dibelakang Anko tapi malangnya dia juga mengalami kecederaan dari pergaduhan sebelumnya. Dan dia tidak sempat menoleh untuk menghindari serangan yang datang dari belakangnya.

Akibatnya katana musuh menghunus tubuhnya hingga menembusi dari belakang hingga ke hadapan. Anko membutangkan matanya memandang Owl yang menggunakan dirinya sebagai perisai untuk melindunginya.

Topeng Owl tertanggal dan jatuh dihadapan Anko. Dengan pantas Katana itu ditarik semula. Darah mengalir dengan laju termasuk melalui mulutnya. Owl berpaling dengan menggunakan kekuatan terakhir dia membunuh shinobi musuh itu.

Iruka cuba menahan untuk kekal sedar. Memengang luka dari terus mengalirkan darah. Dia menoleh kepada Anko yang terkejut. Lalu memberi senyuman manisnya kepada wanita itu.

"Iruka.." untuk sekian kalinya air mata Anko mengalir. Dihadapannya berdiri Iruka, teman baiknya. Iruka hampir rebah ke bumi sebelum Anko menahannya dan diletakkan kepalanya di riba.

"Syukurlah.. awak..selamat" Iruka berkata sambil tercekik darah sendiri. Dia terbatuk berdarah. Tangan Anko mengigil sambil menahan luka Iruka yang terbuka.

"Jangan menangis.." Iruka sedaya upaya mengangkat tangannya dan mengusap air mata wanita itu. "Tolong.. dapatkan.. topeng saya kembali" Iruka memohon. Anko cuba menahan tangisan dan mencapai topeng anbu Iruka yang berada tidak jauh

Anko sempat melihat Iruka tersenyum dan membisikkan terima kasih. Dengan menggunakan cakranya, Anko mengikat topeng itu ke wajah Iruka Kembali.

"Tolong! Saya perlukan medik!" Anko menjerit dan meraung apabila kesedaran Iruka telah diambil darinya, tidak peduli jika ninja musuh mendengar dia hanya mahu selamatkan Iruka. Dia perlu selamatkan Iruka.

"Tolong saya merayu selamatkan Owl!" Anko menangis berharap ninja perubatan Konoha datang. Tidak lama selepas itu muncul. Cat, Gai dan Kakashi.

Mereka bergegas sebaik saja mendengar jeritan Anko meminta tolong. Terkejut mereka sebaik melihat Owl dan Anko yang berlumuran darah. Kakashi segera mengangkat Owl dari riba Anko manakala Gai mengambil Anko.

Mereka terus menuju ke tapak kem utama untuk memberi rawatan segera kepada Owl dan Anko. Apabila mereka tiba. Segera ninja perubatan meminta Kakashi dan Gai membaringkan Owl dan Anko di dalam Khemah. Manakala mereka yang lain diminta tunggu di luar.

Sebaik sahaja Kakashi keluar dari Khemah perubatan Fox muncul dengan panik. Segera Kakashi menangkapnya sebelum dia sempat menceroboh dan mengganggu ninja perubatan melakukan kerjanya.

"Tidak! Lepaskan saya! Saya mahu berjumpa Owl. Eagle kata dia melihat awak datang membawa Owl tidak sedarkan diri. Lepaskan saya!" Fox meronta. Tetapi Kakashi sedaya upaya menahan remaja itu dari terus menggila

"Hey, bertenang Owl-san sedang dirawat. Saya yakin dia baik-baik saja" Kakashi cuba memujuk anbu muda itu. Lalu memaksa Fox duduk bersamanya dan temannya yang lain. Remaja itu sangat gelisah. Kakashi tahu jika dia terlepas pandang Fox akan berlari mencari Owl.

"Saya tak pernah melihat Anko menangis dengan begitu teruk" Gai membuka suara.

"Apa maksud awak?" Kurenai bersuara. Wanita itu kelihatan sangat keletihan dan memiliki luka-luka di sekitar tubuhnya. Tidak hanya dia ramai shinobi yang lain mengalami luka-luka kecil dan ada yang mengalami luka serius seperti Owl.

"Ketika saya, Kakashi dan Cat-san melakukan tinjauan, kami terdengar Anko menjerit dan menangis minta tolong. Dia tidak seperti Anko yang kita kenal. Dia terlihat sangat rapuh sambil meriba Owl-san" Jelas Gai. Kakashi mencuit temannya untuk tidak bercakap lebih lagi tentang Owl apabila dia melihat tubuh Fox kaku ditempatnya.

"Jangan risau Owl-san pasti akan selamat" Kakashi cuba menenangkan Fox.

Manakala Anko didalam khemah perubatan masih tidak berhenti menangis. Lukanya telah dibersihkan dan dirawat. Tetapi ahli perubatan itu tidak membenarkan Anko bangun lagi.

Dia menoleh melihat Iruka yang masih tidak sedarkan diri. Ninja medis sedang berusaha menutup lukanya. Anko memohon dan merayu agar ninja medis dapat menyembuhkan Owl.

'Iruka, tolong selamat' Anko memohon dalam hati. Dia benar-benar tidak menyangka Anbu bersamanya adalah Iruka. Iruka selama ini dekat dengannya tetapi dia langsung tidak perasan.

Kenangan Iruka mengunakan tubuhnya untuk melindunginya terus berputar. Di mana dia jelas melihat katana musuh melubangkan tubuh Iruka. Bagaimana Iruka tersenyum kepadanya supaya dia tidak menangis. Bagaimana Iruka menahan kesakitan saat katana itu dicabut semula.

Anko terus menangis. Dia cuba berhenti tetapi air matanya berdegil untuk terus mengalir. Dia tidak mahu kehilangan Iruka. Iruka teman baiknya. Iruka adalah orang pertama yang menegurnya saat Anko kembali setelah menjadi mangsa kutukan Orochimaru.

Hanya Iruka tidak pernah memandang serong kepadanya dan tidak menuduhnya bahawa satu hari nanti dia akan mengkhianati seperti senseinya Orochimaru. Dia tak mahu kehilangan Iruka. Dia tidak mungkin sanggup kehilangan kawan terbaiknya.

Iruka masih tidak sedarkan diri walaupun sudah lebih tiga jam dia pengsan. Pelawat telah dibenarkan untuk masuk tetapi hanya seorang sahaja setiap masa. Dan Fox setia disisinya selama tiga jam itu tanpa melepaskan pengangan tangannya. Terus berdoa agar Owl kembali bangun.

Tidak lama setelah itu Komander jonin memberi arahan untuk kembali, kerana pihak musuh nampaknya berundur dan kembali ke negara mereka. Dengan itu Anbu yang lain telah ditugaskan untuk mengiringi dan membawa Owl kembali ke pejabat Anbu untuk dirawat oleh ahli perubatan khas Anbu.

Bersambung...

Behind the MaskWhere stories live. Discover now