Bab 27

86 17 5
                                    

Cahaya matahari pagi menampar dada kamar dan suria muda mula memancarkan sinarnya. Iruka terjaga dari tidur lenanya, membuka mata dengan perlahan-lahan, keselesaan yang terus membaluti tubuh membuatkannya layu untuk bangkit.

Tatkala dia menoleh ke sisi. Dia melihat satu futon kosong. Iruka mendengus. Memikirkan ke mana perginya Kakashi di awal pagi. Sesaat kemudian fikirannya berputar menderas dan tiba-tiba terhenti. Itu adalah futon yang dia gunakan pada malam itu.

Iruka kembali menoleh ke sisi lainnya dan itu adalah Kakashi yang masih tidur disisinya. Berkali-kali dia berkelip matanya, menjernihkan kekaburan pada penglihatannya. Saat itu juga dia jelas merasakan tangan Kakashi melingkari pinggangnya.

Kerisauan diri semakin memuncak, akar persoalannya tidak terlerai. Dia tidak tahu bagaimana dia berakhir di dalam dakapan Kakashi. Wajahnya memanas merah bak bara api. Berharap Kakashi sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka berakhir dengan berpelukan.

'Neraka!' Iruka berdesis. Kakashi akan menjadikan itu sebagai bahan gurauannya sepanjang hari. Iruka terus merenung wajah itu. Tanpa sedar membiarkan sejenak fikirannya menerawang jauh. Guru itu terus merenung wajah tidur ninja salinan yang tidak bersalah. Wajah itu sangat damai. Hatinya tersentuh.

Kakashi tetap memakai topeng kainnya ketika tidur tetapi tiada pengikat dahi Konoha membuatkan lelaki itu kelihatan lebih santai dan lebih muda dari usianya. Surai peraknya berjuntai serabut menutup sebahagian wajahnya yang berparut.

Iruka dengan perlahan menolak kunci perak Kakashi yang menutup mata sharingan. Iruka tidak mahu lakukan itu tetapi tangannya bergerak sendiri tanpa disuruh seolah-olah itu adalah perkara paling benar yang dia perlu lakukan.

Jelas, Iruka dapat melihat parut lama yang melintasi mata kirinya hingga ke atas pipi. Dia ingin menyentuh parut itu, sangat ingin. Tetapi dia tidak mahu Kakashi terjaga. Dia hanya melayangkan jadi diatasinya tanpa menyentuh.

Walaupun sebahagian wajah itu tertutup, Iruka tetap yakin, Kakashi memiliki raut wajah yang sangat cantik. Alisnya indah terbentuk. Iruka dapat melihat bentuk hidung mancung milik Kakashi disebalik topeng, benar-benar terletak elok.

Itu adalah kali pertama dia dapat meneliti wajah jonin dengan lebih dekat. Iruka tidak mahu akui tetapi dia mungkin akan jatuh ke lembah cinta yang dalam jika dia terus menatapnya dan merenung pemilik sharingan itu lebih lama.

Atau mungkin dia telah lakukan tanpa dia sendiri sedar.

Kakashi sangat mahu membuka matanya yang sebenarnya sudah bangun lebih awal dari guru itu. Kemudian apabila dia melihat Iruka tertidur pulas dalam pelukannya dia tidak terasa ingin bangkit untuk memulakan harinya malah menarik guru itu lebih rapat sambil mencari wangian lembut rambut coklat itu.

Kurang daripada lima minit, guru itu mula bergerak dan terjaga dari tidurnya. Kakashi kembali memejamkan matanya. Berpura-pura masih tidur.

Sepertinya, Kakashi tahu Iruka juga tertanya-tanya bagaimana mereka berakhir diatas futon yang sama dan dia dapat rasakan sentuhan lembut hampir mengenai diwajahnya. Sangat mendebarkan apabila Iruka terus merenungnya. Susah untuknya mendatarkan rupa tidurnya.

Jantung Kakashi berdegup kencang, bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Dia berharap agar Iruka tidak menyedarinya. Kakashi tahu dia mahu mengalah dengan tidur pura-puranya.

Tetapi dia juga mahu membuka mata untuk melihat reaksi chunin itu. Apabila dia membuka mata. Mata mereka saling berpandangan. Sharingannya terus berputar merakam setiap detik dan ekspresi wajah Iruka yang tidak ternilai.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now