Bab 6

116 16 0
                                    

Kakashi dan pasukan ANBUnya kini sedang berkumpul di ruang rehat ANBU. Seseorang telah muncul di muka pintu. Kakashi kenal siapa dia.

"Saya Tenzo" ucapnya memperkenalkan diri.

"Selamat datang" balas Kakashi. Itachi hanya merenung, ia adalah Kinoe yang pernah diceritakan oleh Shisui dan Iruka.

Bercakap tentang mereka Itachi Sebenarnya risaukan mereka. Sudah lebih sebulan mereka tidak datang untuk berjumpa dengannya. Adakah sesuatu yang berlaku? Fikirnya. "Maaf, Tenzo" Itachi menegur. Yang lain memandang Itachi.

"Boleh saya tahu apa yang berlaku kepada Kuro dan yang lain? Kami dengar Root sudah bubar" Itachi menyoalnya. Yang lain merenungnya penuh soalan. Apa yang Itachi tahu yang mereka tidak tahu.

"Saya tidak tahu, kami tidak dibenarkan berhubung dengan mereka berlima" balas Tenzo. Dia tahu siapa yang Itachi soal. Dia juga pernah melihat mereka berlima yang diasingkan berlatih di satu kawasan.

"Siapa mereka?" Soal Kakashi ingin tahu. Adakah Shiroi juga salah satu darinya. Kakashi berfikir.

"Mereka sebahagian daripada Root tetapi saya hanya pernah melihat mereka hanya beberapa kali." Jelas Tenzo.

"Bagaimana awak tahu tentang mereka? Awak kenal mereka secara peribadi?" Soal Kakashi kepada Itachi.

"Saya pernah bersama dengan mereka dalam satu misi" Itachi berbohong. "Saya hanya ingin tahu kerana saya sudah lama tak lihat mereka" Kata Itachi lagi. Kakashi merenung. Uchiha itu menyembunyikan sesuatu.

"Adakah awak tahu apa-apa mengenai mereka?" Soal Itachi pula.

"Saya sejujurnya tidak tahu. Root dilarang untuk bertanya apa-apa tentang mereka. Tetapi Root yang lain memberitahu saya bahawa Sandaime ingin berjumpa mereka bersama Danzo-sama. Mungkin mereka berlima juga akan menyertai ANBU." Kata Tenzo ketika dia bersilang dengan Root yang lain saat ingin mengambil barangnya di markas operasi root ANBU.

Kemudian Itachi terus melangkah keluar dari ruang itu. Masing-masing hanya membisu. Itu memberitahu bahawa remaja itu sembunyikan sesuatu.

"Kita perlu berhati-hati jika Itachi bersama Danzo" Kakashi bersuara. Yang lain mengangguk.

Itachi melarikan siri ke perkarangan Uchiha. Dia tahu dia akan berjumpa mereka di air terjun kematian jika mereka tiada di lapang latihan. Tekaannya benar apabila dia melihat kelima bekas ahli  Root itu berkumpul di sana.

"Apa yang berlaku? Di ANBU, mereka mengatakan bahawa Root dibubarkan dan pengguna mokuton kini bersama pasukan Ro." Itachi bersuara sebaik mendarat tepat di belakang mereka.

"Benarkah? Bagus untuk dia." Shisui bersuara.

"Bagus juga untuk kita bukan" Yuu tersenyum.

"Itachi saya mahu berjumpa Sasuke!" Iruka gembira melompat ke arah Itachi.

"Saya tidak tahu lagi siapakah yang paling muda antara Itachi dan Iruka" Hide mengusik. Iruka mencebik.

"Ya, Root telah bubar dan Sandaime mahu kami bersama anbu dan malang lagi sekali untuk kami kerana lagi sekali kami di bawah arahan Danzo" Haru berkata. Yang lain mengeluh.

"Apa maksud awak?" Soal Itachi.

"Danzo kononnya mahu terus memantau kami kerana kami adalah anak didik kesayangannya. Dia diberi kebenaran untuk mengarahkan kami atas kelulusan Sandaime" kata Shisui belati.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now