Bab 17

82 15 0
                                    

Iruka merasakan kehidupannya lebih tenang tanpa misi bunuh diri. Dia sangat menikmati pergaulan antara para muridnya. Dia sangat menyayangi mereka walaupun dia tidak pernah meluahkan kata-kata itu.

Dia juga telah mengembangkan hubungan persahabatan antara Izumo dan Anko yang pernah terputus dulu. Cuma bezanya kini Kotetsu juga sebahagian dari kumpulan chuninnya. Semenjak berhenti menjadi anbu Iruka mengambil tugas di meja misi sebagai gantinya.

Ketika ini guru itu sedang bertugas di akademi seperti biasa. Kemudian apabila dia melirik keluar dia melihat surai perak tertentu sedang membaca diatas satu dahan. Iruka sedikit tersenyum sudah lama dia tidak melihat jonin itu disekitar. Dia berfikir adakah dia perlu menegur jonin itu. Mungkin tidak jonin itu sepertinya sedang berehat dan dia tidak mahu menunggu.

Manakala Kakashi terus menarik novelnya menutup wajah apabila dia melihat guru itu membuka jendela dan menongkat dagu. 'adakah dia perasan saya' Kakashi berbisik sendiri. Tetapi apabila pandangan guru itu tidak terarah kepadanya dia fikir guru itu tidak menyedarinya.

Iruka tersentak apabila tattoo anbunya berdenyut setelah lima bulan. Iruka menoleh melihat Naruto, anak itu juga tersentak membalas pandangan ini bermakna bukan hanya dia. Dia menoleh kepada anak muridnya yang sedang melakukan tugas yang diberikan.

"Maaf, anak-anak, kelas terpaksa diberhentikan. Kemas barang awak dan bersurai" Arah Iruka. Kebanyakan pelajarnya tidak merengek malah ada yang tersenyum senang.

Kakashi perasaan apabila Iruka menamatkan kelasnya lebih awal dari biasanya. Dia menjatuhkan diri di atas tanah. Dari jauh dia melihat Iruka berbicara dengan Naruto tetapi dia tidak dapat menangkap butir bicara mereka kerana guru itu membelakanginya. Seketika kemudian Kakashi melihat mereka berdua hilang dalam sekelip mata. Kakashi menghela nafas kemudian berlalu pergi.

Dengan menggunakan jutsu teleport Iruka membawa Naruto kembali ke apartment mereka. Iruka segera kembali ke kamarnya dan menukar kepada persalinan anbunya yang masih tersimpan kemas. Naruto masih berdiri ditempatnya. Dia sangat berharap Iruka menolak panggilan itu.

"Ruka-nii, perlukah awak kembali?" Soal Naruto teragak-agak apabila Iruka telah masuk ke dalam pesona anbunya. Dan Kata-kata Naruto tiada makna lagi.

"Saya tak akan memaksa awak untuk pergi, Naruto. Tetapi jangan halang saya" Iruka bersuara, tidak itu adalah Owl. Naruto mengeluh. Lalu melakukan henge anbunya. Untuk menutup warna rambutnya yang mencolok. Lalu mengambil satu tag ciptaan Iruka untuk mengekalkan hengenya dan dilekatkan di dadanya.

Pada mula dia menyertai anbu duhulu, Iruka menyuruh Naruto menukar warna rambutnya. Tidak hanya itu Naruto juga telah menukar gaya rambutnya malah kelihatan seperti Iruka. Mereka sedikit bersyukur kerana tidak perlu mengubah suara kerana topeng itu sendiri telah direka khas untuk mengubah suara pemakainya.

Kemudian dia mencapai seragam anbunya dan menukarkannya. Iruka hanya menunggu diruang tamu sehingga Naruto selesai mengantikan pakaiannya. Apabila selesai dengan menggunakan Shunshin no Jutsu, Iruka membawa Naruto ke pejabat Hokage.

Disana Iruka telah melihat enam anbu dan komander jonin sudah menunggu bersama hokage.

"Maaf, kami terlewat" Iruka menjawab datar. Hiruzen hanya tersenyum. Dia tidak marah kerana sekarang adalah jam pembelajaran di akademi.

"Maaf, Owl, Fox saya terpaksa memanggil awak kembali bertugas" kata Sandaime. Owl mahupun Fox tidak membalas. Kemudian Shikaku membentangkan sebuah peta diatas meja hokage.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now