Bab 1

574 27 1
                                    

Sarutobi Hiruzen memandang jauh kepada seorang anak kecil berdiri di hadapan tugu peringatan. Dia tahu anak itu sedang menangis walaupun tiada esakkan berbunyi. Dengan perlahan-lahan Hiruzen menghampirinya dan menegur lembut.

Umino Iruka, anak kepada pasangan shinobi yang gugur dalam serangan musang berekor sembilan atau kyuubi, setahun yang lepas.

"Saya tidak menangis!" Bentaknya walaupun jelas Hiruzen dapat melihat air matanya yang mengalir. Segera dia menyeka air mata itu menggunakan pakaian di bahagian bahunya.

Hiruzen tersenyum lantas menariknya ke dalam pelukan dan mengusap lembut bahu anak yang berusia sepuluh tahun itu.

"Saya diberitahu bahawa awak selalu menceriakan kelas tetapi saya tahu Iruka, apabila awak sendirian awak akan meringkuk dan menangis" Hiruzen berkata lembut. Iruka tidak membalas. Dia tahu dia tidak boleh menipu shinobi tua itu. Seseorang yang tahu segalanya.

"Mari ikut saya, kita pergi makan ramen?" Tanya Hiruzen. Iruka hanya mengangguk sebaik pelukan dileraikan. Kemudian mengikut lelaki hebat itu menuju ke Ichiraku Ramen. Sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis ramen.

___________

Morino Ibiki mengecilkan matanya pada laporan di hadapannya. Dia cuba membezakan dua laporan yang diterima daripada dua pasukan yang ditugaskan untuk menyiasat kes yang sama.

"Ada apa, Ibiki? Berhenti merenung seolah-olah kertas itu akan bertukar warna" Yamanaka Inoichi menegur lalu menepuk lembut bahu ketua penyiasat itu.

Ibiki menghela nafas, lalu meletakkan laporan itu di atas mejanya. Dia akan teliti kemudian. "Saya dengar Danzo mahukan seorang Uchiha untuk dilatih secara peribadi" Ibiki menoleh melihat Inoichi.

"Ya, saya baru lepas bertemu dengan Sandaime, ini data mereka" Inoichi menyerahkan satu fail kepada temannya.

"Mereka?" Ibiki berkerut lalu mengambil fail di tangan Inoichi "lima Uchiha, adakah Fugaku-sama benarkan?" Ibiki mencebik.

"Tidak" Inoichi duduk di kerusinya. "Hanya seorang Uchiha, yang lain adalah anak yatim pasca perang dan serangan kyuubi." Jawab Inoichi menyambung kembali tugasnya yang terbengkalai.

"Uchiha Shisui, Takeshi Yuu, Koushi Hide, Yukito Haru, Umino Iruka" Ibiki menyebutkan nama mereka satu per satu kemudian dia berhenti pada data peribadi Iruka. "Iruka juga?" Ibiki menyoal. Inoichi menoleh.

"Awak kenal salah seorang dari mereka?" Soal Inoichi.

"Dia adalah anak tunggal Ikkaku-sensei dan apa yang Ikkaku-sensei katakan, Iruka sangat berminat dengan fuuinjutsu. Kohari-san mengajarnya sejak dia berusia tujuh tahun." Inoichi mengangguk dengan pengetahuan yang baru diperolehi.

"Itu sebab kenapa Danzo-sama mahukan Iruka. Sandaime-sama dan Danzo-sama telah berbalah tentang Iruka. Sandaime-sama mahukan dia melalui hari akademi seperti anak yang lain tapi Danzo-sama mahu dia dilatih dibawahnya. Tetapi akhirnya, Sandaime-sama mengalah apabila Danzo-sama berkata dia akan mengizinkan Iruka terus berada di akademi sehingga dia tamat" Inoichi memberi tahu.

"Berhenti berbual. Inoichi! Ibiki! Ada perjumpaan! Mari!" Nara Shikaku muncul. Lalu Ibiki dan Inoichi mengikut Komando Jounin itu.

__________

Iruka merenung sekeliling. Dia sendiri tidak tahu ke mana dia dibawa. Lorong itu gelap dan sunyi. Dia hanya diarahkan untuk diam dan mengikut ANBU yang membawanya.

Beberapa waktu sebelum, dia baru sahaja pulang dari akademi, dengan tiba-tiba sahaja dia di datangi oleh seorang ANBU dan membawanya pergi.

Apabila sampai di hadapan sebuah bangunan tersorok, ANBU itu berhenti dan mengetuk perlahan sebelum pintu itu dibuka dari dalam. Dia diarahkan untuk masuk. Dia hanya melangkah diam. Takut untuk bersuara.

Sebaik kaki melangkah masuk ke sebuah bilik dia melihat ada empat orang yang hampir sebaya dengannya sedang duduk di kerusi yang disediakan. Dia perasan diantara mereka ada satu kerusi kosong dan dia yakin itu miliknya.

Seperti yang dia fikir, ANBU itu menyuruh dia duduk di kerusi kosong itu. Mereka hanya membisu tanpa sebarang suara sehinggalah pintu ruang itu dibuka kembali. Kemudian masuk seseorang.

Iruka melihatnya, sebelah wajah lelaki itu berbalut begitu juga sebelah tangannya. Dia juga membawa sebatang tongkat. Pandang tajam merenung mereka berlima. Jantung Iruka terasa ingin berhenti berdenyut saat matanya membalas pandangan lelaki itu. Dengan pantas dia menunduk wajah.

"Saya Shimura Danzo, mulai sekarang kamu berlima akan dilatih di bawah arahan saya dengan latihan yang sangat ketat. Kamu akan tinggal disini dan rahsiakan tempat ini dari sesiapa sahaja termasuk keluarga kamu" Lelaki itu berhenti melihat reaksi ke lima anak itu. Tiada siapa yang membantah.

"Diizinkan keluar jika saya membenarkan dan awak Iruka saya telah berjanji dengan Hiruzen untuk membenarkan awak terus belajar di akademi sehingga tamat. Saya akan berjumpa kamu semua besok!" Danzo berkata tegas. Iruka hanya mengangguk Danzo berpaling kepada salah seorang pengawalnya.

"Kei! Tunjukkan tempat untuk mereka menginap. Untuk hari ini, Izinkan mereka keluar untuk mengambil barang peribadi, tetapi sesiapa pun diantara mereka harus diekori, pastikan tiada diantara mereka bercakap tentang tempat ini dengan sesiapa saja di luar sana, Faham!" ANBU itu menunduk faham. Lalu lelaki yang bernama Danzo itu keluar

"Mari!" ANBU itu berkata datar sambil membawa mereka menuju ke satu ruang lainnya. Iruka melihat ruang itu cukup besar hingga dapat memuatkan lima buah katil dan setiap sisi katil itu memiliki sebuah almari pakaian dan meja tulis.

Kelima mereka ditolak masuk dengan kasar dan pintu itu ditutup rapat di belakang Iruka. Masing-masing berdiri kaku tiada siapa yang berani bergerak. Lima minit kemudian, akhirnya seorang dari mereka bergerak ke arah satu katil lalu merebahkan badannya. Kemudian yang lain juga mengikuti melainkan Iruka yang masih berdiri di tempatnya kaku.

Dia masih memproses apa yang sedang berlaku. Dia diberitahu dia akan dilatih secara peribadi di bawah Danzo. Dia pernah melihat lelaki itu muncul di pejabat hokage ketika dia sedang belajar bermain shogi dengan Sandaime.

"Hei, marilah dan duduk sini. Awak takut? Awak sangat kecil, berapa usia awak?" Salah seorang diantara mereka memanggilnya. Iruka teragak-agak untuk pergi. Kemudian dia melihat keempat mereka tersenyum mesra kepadanya.

Dengan perlahan Iruka duduk di katil kosong sebelah lelaki yang memanggilnya.

"Saya Shisui, Uchiha Shisui, Saya lima belas tahun, awak?" Shisui sopan memperkenalkan diri.

"Umino Iruka, sepuluh tahun" Iruka menjawab.

"Awak terlalu kecil untuk seorang yang berusia sepuluh tahun, Oh, selamat berkenalan Saya Yukito Haru, awak semua boleh panggil saya Haru dan saya berusia tiga belas tahun" Haru ramah membalas. Iruka menggigit bibir kerana tidak suka dipanggil kecil.

"Takeshi Yuu, empat belas"

"Koushi Hide, tiga belas dan salam kenal" Hide bersuara.

"Awak tahu Iruka, apabila awak masuk tadi saya fikir awak seorang perempuan" Haru berkata lagi lalu bertenggek di tepi Iruka. Iruka tanpa sedar mengembungkan pipinya. Mereka memandang lucu.

Setidaknya ada sesuatu yang manis untuk mereka lihat di tempat terkurung seperti itu. Mereka sangat yakin mereka kini terpaksa tinggal di bawah tanah tanpa bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Bersambung...

Behind the MaskWhere stories live. Discover now