Bab 18

91 17 5
                                    

Sandaime mengadakan mesyuarat dengan seluruh jonin yang tidak memiliki sebarang misi. Mereka bincang tentang pencerobohan tiba-tiba yang berlaku. Dalam hal ini ada lapan anbu ditugaskan untuk memantau pegerakkan musuh.

"Cat dan Snake dihantar ke utara negara dan Boar dan Eagle dihantar memantau daerah timur manakala Viper dan Fox ditugas memerhati kawasan selatan selain itu Owl dan Snail menuju ke Barat. 6 daripada 8 anbu yang dihantar telah kembali dari misi mengintai" Shikaku berkata para jonin terus menumpukan perhatian.

"Dua anbu yang belum muncul sejujurnya saya agak risau. Mereka telah mengambil lebih setengah dua jam dari masa yang ditetapkan untuk kembali" Hiruzen bersuara. Sandaime menoleh ke arah Fox. Dia tahu selainnya, Fox adalah yang benar-benar risau. Dia tahu hubungan antara Owl dan Fox sudah seperti saudara kandung.

Enam Anbu itu berdiri dibelakang Sandaime masing-masing  membisu tanpa membantah dan menurut arahan sandaime untuk menunggu Owl dan Snail. Manakala shinobi lain yang berkumpul dihadapan mereka mula resah.

"Fox!" panggil Sandaime. Fox yang seperti hilang ke dunia lain terus berdiri teguh menjawab panggilan ketuanya.

"Ya" jawab Anbu yang paling muda.

"Jangan risau Owl akan baik-baik saja. Kamu lebih kenal dia daripada saya, bukankah, Fox?" Kata Sandaime yang di dengari oleh hampir seluruh shinobi yang berkumpul.

"Kakashi! Anbu Fox tu, saya yakin dia sangat muda, perlukah sandaime menugaskan dia dalam skuad Anbu." Bisik Gai tidak setuju jika anak yang berusia sangat muda menyertai anbu. Kakashi tidak menjawab hanya memberi senyuman disebalik topeng hitamnya kerana dia juga telah terlibat dengan Anbu pada usia yang sangat muda.

"Kakashi, awak mantan Anbu bukan? dari semua Anbu disana saya agak mengenali mereka tapi saya tertanya-tanya siapa Fox ini?" bisik Gai lagi.

"Maa, saya sudah lebih dua tahun meninggalkan Anbu" jawab Kakashi. Sujujurnya dia juga tertanya-tanya. Ketika dia masih terlibat dengan Anbu, dia tidak mendengar tentang Fox tetapi dia pernah berjumpa Owl dua kali.

"Mungkin mereka orang baru" balas Raido pula.

"Ya dan tidak " sampuk Hayate sedikit terbatuk. Masing-masing memandang kearahnya. Seperti yang mereka tahu Hayate memiliki hubungan romantik dengan seorang Anbu wanita.

"Apa maksud awak?" Gai menyoal. Yang lain juga menunjukkan minat ingin tahu.

"Owl sudah lima tahun dalam Anbu dan apa yang diberitahu Yugao, Owl suka melakukan misi solo tetapi tidak setelah kemunculan Fox. Fox sepertinya baru beberapa bulan dalam Anbu. Yugao beritahu kehidupan mereka sangat-sangat peribadi. Walaupun dipejabat Anbu, mereka berdua tak pernah dedahkan wajah mereka." Jawab Hayate.

"Kakashi, awak pernah menjadi kapten Anbu tidakkah awak tahu siapa mereka?." Genma bersuara. Kakashi mengangkat bahu.

"Tidak, sejujurnya saya terkejut mendengar dia sudah lima tahun di Anbu." Jawab kakashi.

Keadaan jadi riuh. Mereka masing-masing memandang kepada Anbu yang baru muncul dengan tiba-tiba. Melihat keadaan Anbu itu sepertinya dia cedera. Jelas sekali Fox mula berlari mendapatkan Owl yang akan rebah bila-bila saja.

"Sandaime, maaf" kata Owl. Yang lain hanya memandang risau dengan keadaannya. Dua Anbu dibelakangnya sudah bersedia untuk memegang jika Fox tak mampu menampung tubuh yang lebih tinggi darinya.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now